Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 9 Mac 2011

URINE Test Ada ??????..

Dua tiga hari ni No rasa tak sedap badan. Biasa la dah musim penyakit skang dengan cuaca tak tentu kan.Tujuan asal nak amik ubat selsema, sakit kepala dan buang kahak je. Tekanan darah No juga rendah 90/60. Doc kata No mungkin kurang rehat atau kurang makan.

Kesempatan ni juga No nak minta nak urine test sebab selalu sakit belakang sejak 2menjak ni. Hasil keputusan kencing takde masalah jadi bukan kencing kotor la. Protin dan gula pun takde..alhamdulillah. TAPI...

"Saya kesan ada darah la..you period ke?..
"Takde doc.."
"Pregnant?.."
"Takde gak doc..saya injek skang.."
"Kencing lawas tak?.."
"Ok doc, takde masalah.."
"Ooo mungkin kesan perubahan hormon kot.."
"Tak bahaya ke doc?.." No musykil..
"Takdelah..you jangan risau.." 

Cuma yang No risau bila No balik minta tolong kat pakcik google No dapat petunjuk..

Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai 'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.


Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.




Tanda2 dah jelas apa yang No rasa..sakit pinggang bahagian belakang membawa ke ari2. Dan kadang kala No ada rasa nak mual dan muntah..


No rasa cam tak puas ati je ngan jawapan doc tu. No kenal sangat sebab dia doc panel kami. Boleh pula dia tanya nak ubat apa macam tak konfident je nak bagi. Abang klo dengan doc tu memang klo boleh nak elak sangat.


Esok No mungkin p sekali lagi untuk pengesahan tapi takmo p panel dah..nak terus ke hospital kerajaan lak. Doakan No takde apa2 ye..dia nak 'bergurau' je dengan No kot.

6 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

-Selalunya kalau ada traces of blood dalam urine, ianya samada:

1- tercemar dgn darah period

2- kencing kotor (infection saluran kencing)

3- batu karang


Cuba ingat, ada tak rasa sengal2 pada pinggang/ari2...

Ada pelbagai jenis batu karang..

Ada yg hanya boleh nampak bila di buat ultrasound scan...

Ada yg nampak hanya dlm X Ray..

Saya harap ianya cuma kencing kotor biasa..

Boleh hantar urine ke lab utk pengesahan lanjut(urine microscopy). Buat yg ni dulu, dalam 24 jam dah dpt jawapan.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

eh..doktor tu tny kita plak nak ubat apa..actually rina pun penah jumpa doktor mcm ni..rs nak lempang laju² je doktor tu..baik rina je jd doktor..nampak sgt bukak klinik sbb nk jual ubat jer..nak kaya g bisnes betul² la..

apa pun No jgn fikir bukan² dulu. Rina ni pon salu gak kalau ada tanda² aneh cpt jer rs cam ada penyakit serius. Rina doakan everything will be ok. No sihat² jer..ok

ainnoraini berkata...

ingatkan pregnent td...
mintak2 tak ape2 ye no...biar sihat mcm biasa..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No buat pemeriksaan lanjut di Hospital kerajaan. Kat sana dorang check terperinci. No jangan risaulah, Insyaalah tak de apa apa.

Dda Ly berkata...

kak No, harap2 kak no sihat ye...insyaAllah takde ape2 tu...

keep in touch kak dear! :)

Norhafiza berkata...

=>daddyZiyyad : thx atas info tu..mmg sakit kat pinggang dan ari2 dan skang still sakit pinggang..

=>rina : tu la pasal..kita siap boleh pilih nak amik ubat apa huhu..terima kasih rina

=>ainNoraini : tak kak..negatif lagipun No skang merancang..

=>kakIna : ya kak, betul tu..puas ati gak walaupon lambat hehe..trima kasih kak..