Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 30 April 2011

Berjumpa Setelah 19tahun Terpisah..

Orang tua ada mengatakan bahawa sekiranya mata kanan berkedip2 berhari-hari mungkin petanda ingin berjumpa orang jauh..namun sekiranya berkedip sebelah kiri mungkin petanda ada berita kurang enak didengar. Nak percaya dengan tidak terpulang lah tapi itulah yang No alami selama seminggu lebih akhir Mac lepas. Tiap2 hari berkedip sampai No tak selesa dibuatnya. No ada bagitau pada Abang tapi Abang diam membisu. Namun awal bulan April pula No menerima khabar kawan lama No ingin datang bercuti di Labuan. Gembira bukan kepalang. Ye la, mana taknya..No tinggalkan asrama semasa Tingkatan 3 lagi untuk tinggal bersama kakak No di PJ, S'ngor.

Kira-kira jam 10.20pagi mereka selamat tiba di Labuan. Dek kerana lama tak jumpa sampai terlupa No nak snap time tu. Abang pula tunggu di dalam kete. Terharu betul bila dapat jumpa balik.

Mula-mula No bawa pusing keliling pulau Labuan dan singgah di Chimney sekejap. Maklumat apa itu Chimney boleh klik di sini.

Yus dan suaminya Madi 
(sama2 belajar 1kelas di sekolah menengah akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin..amiiiiin..No je kelas lain tp 1asrama dengan mereka)

Posing sket..

hehe giliran No plak..walbulat walgette walmuke..

No juga membawa mereka ke Taman Damai (<-sila klik untuk maklumat lanjut.) Tapi No tak singgah untuk snap gambar memandangkan bahang terlalu panas time tu. Hanya sekadar tengok dari dalam kereta.

Bawa Yus dan Madi makan di Restoran Deep Sea sambil menghirup udara segar dari laut (bau air masin + minyak2 kapal huhu). Kat sini klo malam baru ada masakan panas.

Lepas makan No bawa mereka ke pasar..looo lupa lagi nak amik gambornye cz terlalu ayik membeli belah huhuhu.. Yus dan Madi ada membeli buah tangan untuk keluarga di kg.

Kemudian membawa mereka ke hotel untuk beristirehat. Malam ni No nak bawa mereka makan ketam pula hehe..jd tungguuu entri seterusnya ya..

9 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

seronok jumpa kwn lama kan..nnt rina g labuan (ntah bila) No bwk rina makan ketam juga okeh..heheh

cikguden berkata...

lamanya tak jumpa.

Curi motosikal buat jalan-jalan

sal berkata...

syukran..syukran dpt jumpa kawan lama..tentu rasa happy yee..maklumlah dh lama x jumpa..

halila Ibrahim berkata...

oo.. nanti Rina nak p ajak2 la saya sekali bleh la..jumpa2 n gumbira2.. tak pernah terfikir lg nak g Labuan pasal tak de saudara or kawan2 tinggal kat sana...

halila Ibrahim berkata...

kak no .. saya tak reti la nak buat header lekat2 gambar macam k.nor.. lg pun tak de photoshp..

Norhafiza berkata...

=>rina : mmg seronok rina..maklumla, belas2 thn tak jumpa..agaknya kita klo jmp camne ek hehe..beres, nnt No bw p makan ketam..best tau!

=>cikguDen : tu pasal, lepas abis skolah memasing mmbawa diri hehe..

=>kakSal : alhamdulillah..tu la kakSal..happy sangat2..

=>Fazz : oooi, seronoknya kakNo klo dapat jmp rina, fazz dan rakan2 blogger yang lain..mesti kakNo bw pusing2 sampai pening hehehe..

kakNo dh send mesej tu harap Fazz faham..klo tak nnt senang2 kakNo watkan entri ek..

tiefazatie berkata...

wah..tmn chimney..hihi..tmpt ifa n kwn dok berabes amik gambar nie..

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

no, jalan lagi. bestnya jumpa blogger. nanti kalau akak datang sana,boleh jumpa no.

Norhafiza berkata...

=>tiefazatie : hehehe...abis tempat ork..

=>kakIna : sronok sangat kak..beres2, nak datang akak bagitau No ya.. sure No bawa pusing2 labuan nnt..