Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 19 April 2011

Cendol

Kat Labuan klo nak makan cendol kena la buat sendiri baru puas hati kan. Apatah lagi klo kita ni anaknya ramai hehe jimat ekonomi rumah tangga..klo sekali skala nak rasa diluar tu apa salahnya kan..takde sapa nak larang tapi sendiri tanggung la hehe..


Nak buat cendol homemade, mula2 kena beli cendolnya dlu..haaaa part ni No kureng sket sebab tengok la..kaler je lebih sampaikan abis turun warnanya. Rasa isinya pun licin dan agak liar. Tapi dah takde lain No hentam je la. Tos dalam 3-4x baru la jernih sket airnya. No tak belajar lagi nak buat isi ni walopon kawan dah bagitau resepinya. Katanya klo kita pandai buat kuih LOMPAT TIKAM (yang lapis hijaunya) pandai la buat isi cendol ni. Yang penting ada acuannya. Kuih tu pun No tak try lagi buat hehe..

BAHAN
Isi Cendol (toskan airnya)
Santan (1bj kelapa)
Gula Melaka
Gula
Sedikit garam
Daun Pandan.
Pulut (tanak macam biasa)

CARA
Hancurkan gula melaka dan masakkan bersama santan serta daun pandan. Masukkan gula untuk tambahan manisnya. Garam pelengkap rasa lemaknya. Kacau jangan bagi membuak nanti tak cantik. Dah siap boleh dihidang mengikut selera anda. Jadi No tambah pulut.

Time cuaca panas ni memang tak sedo abis 2mangkuk hehe..

Ohya, kalo sebelah pantai timur especially di Kelantan, dorang akan tambah Tapai Ubi dalam cendol..No dah rasa dan memang sedap tau..perghhhhh memang terbayang2 la lagi time makan tu..aish, buat terliur je dah la sini tapai ubi susah sket nak dapat klo tak buat sendiri. Kat kg p market tu berlambak dorang jual.

Lagi satu Ma suka klo tapai ubi tu goreng garing2 dengan minyak (minyak tak perlu banyak-ala2 je). Rupanya nanti jadi macam pisang goreng. Sedapnye tau time makan panas2. Tiap kali balik Kelantan Ma mesti buatkan.

16 ulasan:

rATu kEBaYA berkata...

tak pernah pulak tapai ubi buat macam tu.. mesti sedapkan.. garing2 je

Piasara berkata...

"ms akk kecik2 dulu selalu mak sedara buat cendol..bancuhan cendol tu dia kacau2 dlm periuk berlubang(buat lubang ngan paku)bwh periuk tu dia letak baldi diisikan ngan air...cendol tu akn jatuh dlm air tu..alamak...akk tak pernah buat sendiri la nor..nak beli pun was2 pulak(sbb takut cina buat)sesekali teringin, mkn kat mamak bwh pokok tu..tp takde was2 lah..kang tak leh makan.."

So Shy Lady berkata...

ltak pulut sdap tuhhh + santan pkat2 lemak bkrim
hihiii mnitik air liur ;)

^effa^ berkata...

erk.. sedapnye cendollll.. ;D

YATZAKIE berkata...

xpenah lak saya buat kak..nampak menarik...huhu..leh try pasni..hehe

ZSqueenbee berkata...

Salam perkenalan...sye dtg memfollow..harap sudi memfollow blk ye..hihi..

dapnyee cendol...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina suka cendol kacang merah..kat jb ada satu tpt dekat x-tra..sedap gila cendol dia..nk buat sndiri mcm No ni mmg takkan hehe..dasar pemalas lah katakan..

zaidah berkata...

terliur lah tengok cendul pulut tu....yum3..

ainnoraini berkata...

dulu2 mak selalu buat...
kalau bulan puasa mmg sentiasa ade la cendol ni...

ariana's berkata...

Teringat bulan puasa lah No..tiap kali ramadhan mesti cari cendol..tapi belilah.. tak pandai buat huhu..

halila Ibrahim berkata...

waaa.. tengah2 panas ni.. kak no entry cendol plak.. tp malas nak keluar pegi beli.. mak saya dulu kan dia tebuk periuk lama.. dengan paku .. tebuk banyak2 belah bawah periuk buat acuan..

ayushida berkata...

sedapnya...... ar tu, cari cendol, jumpa eksiden sekalik, hehe, kt dpn tmn ni ada gak org jual cendol, tp tak kaw la rasanya......

Aku Ibu Muda berkata...

tetiba rasa rindu plak dengan cendol :)

Port Lepak yang sangat best!

Daddy Ziyyad berkata...

nak lagi real, kena kisar ais tu macam kat kedai punya...

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No , buat cendol tu senang gak, teringat plak masa ada arwah mak wat cendol tu. siap pakukan tutup tin wat acuan. wangi cendol kalau wat sendri sebab guna daun pandan.haus nengok cendol ko tu no.

mzhany berkata...

terbaek ah no, siap nge pulut tuh..uiiii sedap!