Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 28 April 2011

Gelagat Keluarga

Kedengaran suara gemersik anak-anak tadika menyanyi nyanyian 'Nombor' dalam bahasa Arab memecah keheningan malam di ruang tamu.

"Wahidun Satu
Ethnaini Dua
Thalatha Tiga
Arba'a Empat
Khamsa Lima
Sittatun Enam
Sab'a Tujuh
Thamania Lapan
Tiss'a Sembilan
'Ashara Sepuluuuuh"

>SUMBER<
Begitu la lebih kurang. Tak jumpa pula 'nyanyian' mereka dalam YT..ini sahaja untuk tatapan..


Di ulangi lagi rangkap tersebut berkali-kali sederas jari jemari masing-masing menconteng sehelai kertas  sambil meniarap dilantai.

Si Ibu dan Si Bapa pula sedang asyik menonton televisyen. Si Kakak dan Si Abang menelaah buku di dalam bilik masing-masing.

Tiba-tiba kedengaran suara garau Si Bapa..

"waHIDUNG Satu
waMATA Dua
waMULUT Satu
waTINGA Duaaaaaaa"

Anak3 : Salah la Bah, cikgu tak ajar macam tu la..apa la Abah niiii..
Anak4 : A'a kan, bukan macam tu..salah Abah nyanyi.. sambil mereka ketawa terkekek-kekek..
Bapa : Abis, cikgu ajar macam mana?
Anak3&4 : Menyanyi serentak seperti rangkap diatas sampai habis.
Bapa : Ooooo macam tu..dulu Abah tak belajar bahasa Arab ni jadi Abah mana pandai nak nyanyi..terang si Bapa tersengeh-sengeh.

Si Ibu pula tak tahan, ketawa sama bersama anak-anak melihat telatah Si Bapa yang memang suka mengusik anak-anaknya..

"YA ALLAH YA TUHANKU..KAU Berkatilah hidup kami sekeluarga..KAU restuilah kami sekeluarga dan KAU Rahmatilah kami sekeluarga. Izinkan kami menikmati suasana yang harmoni seperti yang kami kecapi sekarang berterusan sampai bila-bila hingga akhir hayat kami berdua...
AMIIIIIIN YA RABBILALAMINNN..

11 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

hahaha..kelakolah cik abe No nih..

halila Ibrahim berkata...

Amin.. semoga keluarga kita semua di berkati dn di pelihara ALLAH senantiasa.. jujur kak No.. i love2 my family..

~izan~ berkata...

happy family...rindunya nak lengkap2 semua ada..hmm...

anak izan yg tadika pun belajar arab,izan kena ada kamus arab satu bila dia tanya betul ke tak ape dia tanya hehe...

Ila berkata...

syok jer si bapak kacau ank ek...
Jom Baca KFC Chicken Chop

MamaEma berkata...

semoga keluarga kita diberkati..AMIN...

now, anak2 yg ajar bapa dan ibunya...

ainnoraini berkata...

aminnn...moga bahagia hendaknye buat No sekeluarga...
dan dibekati oleh allah didunia dan akhirat...aminn...

ariana's berkata...

hehe..org Ganu ke cakak Wahidung gitu.
Aapapun, sama-samalah kita memohon ke hadrat Ilahi agar kehidupan kita sentiasa didalam mawaddah dan rahmah nya..Insyaallah.

suri solehah berkata...

salam no..hehe..suami akak pun camtu..suka menyakat anak2 dia..moga kebahagian n keharmonian itu kekal selama2nya no..amin

YATZAKIE berkata...

amin kak,,i'Allah..

Piasara berkata...

"hahaha...no,suami akak pun suka ngusik ank2.Biar diorang rasa seronok sikit nak belajar tk ler tertekan sgt.."

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

teringat plak masa akak form 1 mula nak belajar bahasa arab masa tu kat sekolah hisamudin, almaklumlah masa akak sekolah rendah tak sekolah agama.. nanti no masukkan lah anak no sekolah agama.