Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 15 April 2011

Isu POLIGAMI

NOTA : Entri ni panjang dan terpulang kepada anda untuk meneruskannya atau tidak..ni kira entri ala2 luah perasaan la ni..

Sekadar Hiasan-TQ pakcik google

No baru melawat blog PakNgah dan terbaca entri Rahsia Pikat Dua Isteri. Pompuan kan klo isu ni baru sebut 'POL' dah hangin 1badan. Sensitif sangat. Bagi No perkahwinan adalah perkongsian kita antara Si Suami tidak boleh dikongsi2 dengan pihak ke3. Tapi kenapa ISLAM membenarkannya? Tentu ada RAHSIA disebaliknya kan. Ok, No tak mahu cerita bab tu sebab anda boleh mintak tolong pakcik google. Banyak info dan maklumat dalam tu. Lagipun ilmu No dalam bab ni terlalu cetek masih dibawah bimbingan Sang Suami.

No sebenarnya pernah membincangkan isu ni bersama2. Dan hasilnya betul2 No jadi terkedu..

"Tiap kali lepas Abang solat, Mama tau apa Abang mintak? Abang mintak supaya keluarga kita bahagia hingga akhir hayat bersama anak2 yang soleh dan solehah. Mintak supaya tetapkan hati Abang bersama Mama je..Esok2 klo Abang tua Abang takmo anak2 jaga tapi Abang nak Mama jaga Abang. Klo Abang sakit Abang nak Mama yang suapkan ubat untuk Abang. Cukup rezeki Abang nak bawa Mama pergi Mekah. Abang nak kita macam ni sampai akhir hayat kita.."

"Abang pun bukan ada banyak harta nak tinggal untuk Mama bila Abang takde esok2..bukan Mama tak tahu kan?..dan semua ni akan jadi milik Mama juga nanti. Sebab tu Abang suh Mama blaja bawa kete, nanti klo ada pe2 hal senang Mama nak jaga diri dan anak2. Selama ni duk bergantung dengan Abang je kan? Klo boleh Abang nak Mama belajar apa2 kemahiran contoh menjahit, memasak atau apa2 la yang Mama minat. Bila Abang takde Mama boleh amik tempahan nanti.."

"Kita hidup ni cukup la sekadar kesederhanaan. Bersyukurla apa yang kita miliki sekarang. Tak perlu berangan nak rumah banglo, kereta mewah, duit banyak. Abang percaya bila kita duk banglo secara tak langsung akan timbul perasaan dalam diri kita kan? Sentiasa ada perasaan tak cukup. Lagikan Ustaz2 dan Tok2 Iman boleh diuji ini kan kita yang cetek ilmu agama."

"Mama boleh terima ke orang lain dalam hidup kita? Oklah, Abang rasa Mama boleh berlakon dan cuba pendam perasaan tapi setakat mana Mama boleh tahan sebab Abang tahu siapa Mama. Abang bukan kenal Mama setahun dua je.. InsyALLAH Abang akan jaga Mama sebagaimana Mama jaga Abang. Tapi sekiranya takdir ALLAH SWT kita tak mampu melawannya dan kita kena redha kehendakNYA. Mama kena ingat tu. Klo boleh kita elak la setakat yang mampu"

Orang kata tak berbunyi kalo bertepuk sebelah tangan jadi seharusnya kita cuba elakkan la anasir negatif dalam diri kita. Jangan terjerumus ke arah itu kerana tak mustahil kita akan terleka..

YA..sekiranya ada UJIAN untuk No, No akan pk POSITIF dan akan cuba semampu mungkin dan terima seadaanya. Lelaki semakin sedikit dan jangan pk keseronokkan dunia sahaja. Ingatlah bekalan kita di masa depan. Betul, kita ada mulut dan lidah yang boleh berkata2 tapi hati dan perasaan kita hanya ALLAH SWT yang tahu dan hanya padaNYA la tempat kita mengadu. No percaya setiap yang berlaku ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

No bukan nak SURUH atau SOKONG atau HALANG bab Poligami ni..tapi kita ada akal. Guna la ia sebaik mungkin selagi dipinjamkan olehNYA..

Sekiranya kita terjebak..cubalah cari DIMANA PUNCANYA..adakah punca kita yang GAGAL menunaikan tanggungjawab atau kerana sikap pasangan kita yang GATAL atau kita sedang DIUJI..

MAAF sekiranya tulisan No ni ada menyinggung mana2 pihak tapi ini adalah ikhlas dari hati No. Yela, mungkin anda akan kata "No senang la nak tulis apa2 sebab belum merasai dunia POLIGAMI. Bagi yang dah merasa tau la macam mana langit tu tinggi ke rendah". Jadi berbalik lah pada AL-Quran dan Sunnah..buat apa yang DISURUH dan tinggal apa yang DILARANG..insyALLAH pahit didunia namun akan MANIS DIAKHIRAT nanti..

Renungkan2 lah dan TERIMA KASIH kerana sudi membacanya hingga noktah akhir.

7 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

Rina baca dari awal sampai akhir..bermadu tu bnyk pahit dari manisnya sbb lelaki susah nak berlaku adil..mcm mana pon mesti ada pihak yg akan terluka..

sal berkata...

terharu baca terutama apabila membuat pengakuan bab2 kesetiaan nih..

moga impian menjadi kenyataan yg mengembirakan, ye No..

Norhafiza berkata...

=>rina : betul tu..mmg ada yg terluka..cuma kita kena pohon supaya kita tidak sesekali dilukai..kadang2 bila berjanji manis je dibibir kan tapi itula hakikatnya..kaum wanita juga yang menjeruk rasa..

=>kakSal : bab2 ni kita kena standby kak..kita tak tahu nasib kita esok2 mcm mn..No juga doakan supaya kita semua dilindungi ALLAH SWT..amin..

halila Ibrahim berkata...

poligami ni manis janji je.. jiran depan umah juga kawen 2.. mcam sy pernah story dlm entry saya.. kesian wife 1 kene keje tanggung anak2 mak mertua.. laki asyik balik umah bini no 2 je.. anak2 terbiar hidup depa pun x teratur.. bukan nak mengata.. tp harap bila tengok depan mata bleh jadikan pengajaran yg amat bermakna terutama buat saya.. n suami..

al-lavendari berkata...

saya baca entri no dari mula sampai akhir dan juga komen2 yang diberikan.

jarang sekali saya berjumpa tulisan dari seorang perempuan yang begini.

perspektif wanita dan lelaki selalunya berbeza dan jarang ada titik pertemuan.

pandangan saya begini saja.

"Kalau kita minum arak dengan penuh kesedaran yang arak itu haram, bukan terpaksa dan juga bukan dalam dharurat, kita akan berdosa tetapi kita tidak menjadi kafir atau terkeluar dari Islam. Tetapi kalau kita menghalalkan arak itu, maka kita akan menjadi kafir. Nauzubillah"

mzhany berkata...

Betol NO, mmg majoriti semua perempuan xsuka, tipu la akalu takde rasa apa apa tang poligami ni, tipu. tapi itu lah kan, kita ni, ishhh nauzubillah....

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Bagi diri akak, kasih sayang tak boleh dibahagi dua. Akak dah cakap ngan suami pendirian akak. Akak tak nak hipokrit , memang akak tak suka berkongsi kasih.Dalam islam memang madu tu dihalalkan, tapi bolehkah suami berlaku adil sebagimana Nabi Muhammad SAW berlaku adil pada isteri-isterinya.

Banyak suami yang tak berkemampuan dari segi zahir dan batin, tapi ada hati nak pasang dua.ikut sunnah nabi konon, bab lain tak nak pulak diikut.