Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 20 April 2011

Kari Pekat Udang Ala Che'No

Minggu ni No tayang resepi masakan la pla..No pun bukannya pandai sangat bab masak memasak ni..takat untuk bagi keluarga makan hasil air tangan seorang Isteri dan Ibu..alhamdulillah boleh la..takat nak kongsi2 tu No tak kisah klo anda nak cuba ya..

Kali ni No nak kongsi resepi ala2 malas No pula. Tadi No p jenguk blog CMG nak cari idea masakan udang. Balik2 yang sama boring gak kan. Jadi No terjumpa resepi Kari Udang Kapitan. Naik meleleh gak tengok hasil air tangan abangMat kita ni tapi hurmmm, banyak senarai bahan2 tu takde dalam simpanan No maka jadilah serupa dibawah ni..

Jom tengok apa No taruk hehe..

BAHAN
1/2kg Udang Pasir-bersihkan, buang saraf belakang
1/2labu bawang besar bombay-blend*
3ulas bawang putih-blend*
1/2inci halia-blend*
3sudu serbuk kari Adabi (baru) - peskan bersama *
100ml susu sejat (ganti santan)
3buji ubi kentang-belah 4
1tangkai daun kari
1keping asam gelugur
garam dan gula secukupnya

REMPAH KASAR
1/2batang kayu manis
2biji buah pelaga
2kuntum bunga lawang
4tangkai cengkih

CARA
1) Tumiskan daun kari dan rempah kasar hingga naik bau kemudian masukkan pes bersama asam gelugur.
2) Masak hingga pes betul2 masak. Nak tau camne, pes tersebut akan pecah minyak. Jangan lupa selalu kacau, kang hangus pla huhu..
3) Masukkan susu sejat bersama ubi kentang hingga ubi empuk.
4) Masukkan udang, gula dan garam secukup rasa.
5) Kira2 5minit..masakan anda siap untuk dihidang.

Nah, senang je kan?..selamat mencuba ya..Oh ya, resepi ni amat sesuai untuk yang baru2 nak belajar memasak sebab yang No ni asas je tau..yang dah pakar tu jangan la ketawakan No pula..malu la No hihi. No ni tak kisah, asal suami dan anak2 suka No lagi la SUKA..

SELAMAT MENCUBA..

6 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Saya perasan kan..dalam minggu ni, banyak resepi pasal seafood kan..ketam lah...udang lah...besar2 dan nampak fresh betul...

ardinihumaira berkata...

cedapnyeeeeeeeeeeeeee!

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

sedapnya no. nampak pokat kuahnya , besar-besar udang tu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No ni hari² bikin org terliur..tp rina suka resipi yg senang mcm ni..malas nk buat resipi yg bnyk sgt bahan..mcm tom yam ala che' no tu rina pon dah salu buat (ikut resipi No)..mgkin yg ni plak lah rina nak tiru hehe..

Piasara berkata...

"fuyooo..sedap2..tgk pon dah tau dah no..pekat melekat,kebetulan pulak,semalam akak pon buat menu udang.tp udang kari cair jer campur ngan kacang panjang..hihi..tak ler berapa sedap sgt pon...No,akak nak amik resepi ni nak try boleh?"

ainnoraini berkata...

semalam resepi ketam...hari ini udang..
mmg sedap...

ibu kalau masak dgn ikhlas..inyaallah anak2 mesti ingat dan suke makan...