Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 20 April 2011

Ketam ButterMilk

resepi sama macam Udang Buttermilk

BAHAN
Ketam (bersihkan, potong 2 dan dikukus dahulu)
3-4 ulas bawang putih diketuk/cincang
2sudu besar mentega (No guna marjerin sbb takde stok)
1 biji telur (dipecahkan dan dikacau biar sebati, tak perlu kembang)
1 tangkai daun kari
3-4 tangkai cili Taiwan - ikut kepedasan masing2 (rujuk sini)
1cawan susu sejat
garam dan gula secukup rasa

CARA
1) Panaskan mentega (marjerin), tumis daun kari,bawang putih dan cili hingga naik bau.
2) Masukkan telur sedikit2 sambil dikacau2 hingga habis.
3) Masukkan susu dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Last sekali baru masukkan ketam sambil dikaup balik. Siap

Alkisahnya semalam p pasar nak cari keperluan basah, terliur la bila tengok Si Sepit ni. No pun amik la sebab Farihin duk minta nak makan ketam pula lepas puas makan udang.


Memang besar betul yang ni..

Tengok, kaki dia dah sama besar dengan jari kelingking No..

Harga semasa RM13/kg. 3ekor ni lebih 1kg. Tengok keadaan, klo musim ketam boleh dapat bawah rm5-8/kg tau tp jarang sangat dan saiz agak kecil. Seingat No ada la 2-3x terserempak dengan ketam yg murah2 sepanjang 7tahun di sini. Rata2 antara rm10-15/kg je.

13 ulasan:

ainnoraini berkata...

mintak ambik resepi ni ye no...
selalunye buat sup n goreng jer ketam tu...

mesti anak2 kak ain suke buat mcm ni..

Ija berkata...

teringat makan ketam kat anjung ketam

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

amboi sedapnya..bak sikit..

azila berkata...

waaa..besarnya ketam tu akak.mmg murah kan kat sana???nak..nak..heheh

Nurul Ashikin berkata...

huaa~ nmapk sedap jer! :)

Daddy Ziyyad berkata...

peliknya corak ketam tu...1st time tgk ni...agak nya ada kat kawasan perairan Sabah/sarawak aja kot ....

kat Labuan makan seafood nya murah tak?

Mama Zara berkata...

yummyyyyyy..sedapnya ketam! semalam ingat nak beli, bila pk2 makan sorang je, mcm tak berbaloi plak :( hubby allergic..huhuu

halila Ibrahim berkata...

selalu wat masak lemak je ketam.. huhu.. tak reti masak lain..

Atie Serina berkata...

wahh..nmpk sedap..mesti try ni..
=)

Kasih Ibu berkata...

kak no,thanks follow dan sudi singgah blog sy...

sedapnya ketam, favorite ni...selalunya masak lemak cili api je, lps ni boleh lah try resepi kak no ni...

shah-kayrul berkata...

sedapnyer kak..cantik colour ketam tue

^effa^ berkata...

kak noo wat effa terliur ni.. heheh sedapnye ketam

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

sedapnya, banyak-banyak seafood akak paling suka ketam. kat sini mahal