Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 29 April 2011

Semak Gula Tambahan Dalam Susu Tepung Tumbesaran

Negara kita sekarang sedang hangat dengan isu pemakanan yang mengakibatkan obesiti bagi murid-murid sekolah. Semua sudah maklum dan ramai rakan kita telah memberi pandangan masing-masing dalam blog. Cuma bagi pendapat No la kan, PERANAN IBU BAPA sebenarnya yang membentuk anak-anak kita. Bukan pihak kantin mahupun penjaja luar. Cubalah anda fikir, berapa minit sangat lah mereka menghabiskan waktu rehat mereka. Paling tidak pun kira-kira 30minit je pun. Kemudian di sambung selepas waktu sekolah sementara menunggu dijemput. Tapi bab menjual jajan dan seumpamanya memang No tak setuju sangat dan No turut berterima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya menggempur para penjaja di luar kawasan sekolah.

Ok No takmo cite bab tu lagi sebab semua dah sedia maklum. Yang No nak kongsi ialah berapa ramai antara kita terutamannya para ibu yang menyemak kadar gula dalam susu tepung pembesaran anak-anak kita? No rasa semua dah tengok iklan Anmum kan. Jadi No pun mengambil keputusan untuk menyemaknya. Dlu No menggunakan susu tepung DUMEX/DUTCH LADY. Dan apa yang memeranjatkan No adalah hasilnya. Bagi DUMEX adalah 47% dimana setiap kali mereka minum antara 13-18 sudu teh gula tambahan. Bagi susu tepung jenama DUTCH LADY pula adalah 35% dan antara 10-14 sudu gula tambahan setiap 1gelas. YA ALLAH, selama ni memang No tak pernah tau pun. Cuma bayangkan berapa sudu teh gula tambahan dah masuk dalam perut mereka?. Paling tidak pun 4gelas dalam 1hari jadi darab la huhu..

Dengan itu No pun telah menukar jenama susu mereka. Nak beli ANMUM No memang tak mampu. Mahal ooo. Dlu masa Farihin baby No pernah memberinya ANMUM namun setelah Fadhlan membesar dan ingin minum susu tepung bersama setelah diceraikan susu badan No pun menukar susu yang lebih ekonomi sampai la baru2 ni No menggunakan jenama FERNLEAF. 

Tertera perkataan KURANG MANIS. Yang TIADA SUKROSA pun ada tapi tiada stok untuk perisa coklat.

Mesti minum 1gelas sorang selepas pulang dari sekolah.

Kita minum duluuuuuu....

Sedap kan?..

Ini la hasilnya yang No dapat. Walopon No tak mampu nak bagi yang 100% takde gula tambahan namun sekurang2nya No dah buang sebahagian daripadanya. Ini hanya untuk menilai SUSU TEPUNG TUMBESARAN/GROWING UP MILK POWDER je tau.

Bagi ibu2 yang berminat jom semak di http://www.semakgula.com.my/ anda mampu mengubahnya.

Sayangkan..kumpul2 tapi tak redeem pun. Agaknya keahlian pun dah lupus huhu..

No ada buat entri Petua Bila Nak Berhenti Botol Susu sebab No dah amal untuk Husna dan Farihin. Alhamdulillah berjaya.



8 ulasan:

~izan~ berkata...

banyak tu kak hujung scoop tu..izan pun tak pernah redeem.kalau kumpul mmg byk sbb anak izan fasya hisap anmum smpai skrg ni 5thn huhu...

Daddy Ziyyad berkata...

sebenarnya, proses terjadinya kencing manis ni kompleks..termasuk unsur genetik, dan exposure terhadap high sugar sejak kecil...so, kalau kita ada genetik diabetes, kawal lah gula dalam makanan/minuman anak anak sedari kecil

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina baru tukar anmum baru² ni..yela cuma si kakak yg minum..adiknya masih nyusu badan..jd mampulah..

Norhafiza berkata...

=>izan : tu la izan, duk simpan wat kenangan je la kan hehe..

=>daddy Ziyyad : No setuju sesangat tu DD, terima kasih atas info tu ya..

=>rina : sorang ok lagi kan rina, dh dua kena double la plak huhu..

rATu kEBaYA berkata...

banyak kandungan gula dalam susu tu.. tq no bagi info ni..

Norhafiza berkata...

=>RatuKebaya : sama2 kak

Ila berkata...

hmmmm,tp ila ada baca sebenarnya gula dalam susu bukanlah gula semata-mata..tp lebih sebagai tenaga...
Jom Baca Dua Tempat berbeza

halila Ibrahim berkata...

anak saya tiga2 dah tak mau minum susu.. milo, oat n nestum itu fav.. depa la.. tapi sebenarnya saya tak jadikan keperluan untuk minum pasal sekarang dah besar pola makanan depa kena berbeza n berkualiti kan ..

Saya amat2 lebih kan buah, ais kosong, kurma n kismis .. tu penting la pasal depa dh sekolah..