Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 21 April 2011

Temankan Kakak

Hari ni takde dah nak tayang2 resepi dah hehe..nak bual2 kosong je pla..oh ya, nanti No carikan maklumat pasal seafood kat sini murah ke mahal ye sebab Daddy Ziyyad berminat nak tahu. Biasa No p pasar Isnin/Selasa untuk cari bahan basah. Yang pasti seafood sini memang segar cuma klo musim murah memang murah sangat tapi klo takde musim kena sabar je la nampaknya.

Berbalik No nak kongsi hari ni..pagi tadi No temankan Husna. Hari ni Husna ada Pertandingan Tilawah mewakili sekolahnya di SK Patau-Patau. Cerita ada dalam entri Terima Kasih Sayang. Jadi No pergi la tanda sokongan seorang Ibu pada Husna. (Husna pergi dlu dengan ustazahnya bersama peserta acara lain.) No sampai agak lambat sket kira2 jam 9.20pagi sebab terlupa jalan. Maklum la No ni jenis tak ingat jalan. Masa Abang bawa kita duk 'makan angin' je seblah tu. Dan No juga jangan nak pandai2 ajak p cari jalan..jawabnya sesat la awak hehe..

Bermula dengan tersalah lorong terpaksa shortcut sebab nak u-turn tu jauh sangat..naik bukit yang tersilap gear..No guna gear 2 naik bukit ala2 50darjah (agaknya la tp mmg tinggiiiii dan curam sangat)...nak tukar gear 3 tetiba mati..apa lagi gostan la kete tu..cepat2 tekan handbreak..sket lagi nak masuk cerun..kete bertentangan dah panjang menunggu sebab jalan tu sempit sangat (jalan kampung)..kebetulan ada Uncle (jiran No) nak lalu jadi dia mintak tolong staffnya naikkan kete sampai kat atas...jalan kaki menonggeng2 la No jawabnya..tersengih2 orang dalam kete..No pun terkulat2 senyum manis kat dorang haha..No rasa ada la dalam 6-7buah duk nunggu..TAUBAT dah No takmo dah naik bukit tu sensorang. Baru 4bulan dapat lesen kete nak tunjuk pandai dah kononnya haha..

Akhirnya jumpa juga sek tu setelah bertanya kabar orang kampung. Husna giliran ke16 jadi kira2 jam 10.15pagi gilirannya. Alhamdulillah Husna dapat membaca dengan lancar dan suaranya agak jelas. No rasa ada peningkatan sket dari tahun lepas sebab tahun lepas suara agak kementar..1st time la katakan. Cuma No tak pasti tang Tajwid tu (No masih naif lagi bab2 tu)..No harap Husna dapat tumpu dan ingat apa yang Ustaz dan Ustazahnya ajar. Jadi No tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab pesertanya pun hebat2 belaka. InsyALLAH ada rezeki..adalah la tu. Klo takde, kita cuba lagi tahun hadapan..InsyALLAH

Ruang kelas yang dijadikan tempat majlis. Ni antara perserta yang hadir seramai 16orang. Sorang tarik diri.

Mak budak tumpang glemer..satu2nya Ibu yang hadir. Yang kelakonya kawan Husna ingatkan Ustazah haha..

Testing Testing..

Penjaga Masa dan Juruacara.

Esok petang keputusan akan diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara jadi No akan bawa Husna kesana. Apa2 pun debaran tetap No rasa. 

9 ulasan:

Ija berkata...

saya lalu jln tu klu saya jd penumpang, klu drive sendiri taubat xlalu jln tu..patutla pg td tgk banyak kete parking dpn skolah tu...pas2 nampak budak2 skolah pki lawa2..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

haha..kelakolah No ni..tp tabik sbb berani gak bwk keta sengsorang..rina pun mcm No jenis buta jalan..bwk keta manual mmg tak reti dah..auto bolehla tp mmg x berani nk bawak..

moga husna menanglah..ya ustazah No hehe

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

no ko ngan husna muka samalah. untung no dapat anak cam husna, rajin nak baca Al quran. no kalau ada masa pegilah belajar tajwid. dulu akak sekolah agama ada belajar semua tu , dah tak amalkan sekarang dah banyak lupa.biasalah ilmu tanpa amal.

sal berkata...

baru2 dpt lesen..memang bnyk cabarannya..tak sah klu tak terkena..
lelama ok lah tu..insyaAllah

halila Ibrahim berkata...

hehe.. dulu saya pernah kona tak lepas langgar bumper keta org .. tapi kena bawak la jugak.. buat2 berani n buat2 terer je.. bukan org nak tau pun.. tp malam saya betul2 tak berani coz silau..

Harap2 anak kak no berjaya la.. esok gtau la.. best kan dapat anak bijak macam husna...

shah-kayrul berkata...

mujur la tak masuk cerun kak....suspend jer baca tadi...

mzhany berkata...

no, bertuah nya no.Hany doakan Husna berjaya Ameen...

sgt kagums dgn Husna

ariana's berkata...

Akak doakan moga anak No akan berjaya dalam tilawah tu ye..Alhamdulillah, sebab dia berminat, bukan senang anak2 zaman ni nak berminat ke arah tu..kita sebagai ibu bapa ni, hanya memberi galakan je dan kagum akak sebab No sanggup pulak susah payah untuk hadir sama kat acara tu..walaupun dia dah pg dulu ngan ustzh.itulah namanya sokongan padu gitu..:)

Piasara berkata...

"No..insyaallah ada lah rezeki husna nanti tu..Nak tergelak akk bc kisah no panjat bukit tu,tp syabas sgt kat no sbb berani mencuba..kalau akak jgn harap ler..keta auto nak ler bawak..takut jadi mcm tu la..ingat ms kt driving school..naik bukit jer ngundur..asal naik bukit jer..enjin mati..hehehhe.."