Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 5 Mei 2011

Alahai Kue Ku Sayang...

Jeng jeng jeng..haha..kelakar No dibuatkan bila flashback entri semalam pasal Eh Dah Hari Ibu Ke?. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen dan penerangan panjang lebo terutamanya..


Terima kasih kakZakie ya dengan panjang lebonya hehe...jadi terlerai sudah soklan No semalam. Dan yang pasti tak tahu kenapa Abang ter'wish' awal hahaha...takpe la..alhamdulillah syukur dah sebab ada juga yang ingat kat kita kan. No pun takmo terangkan balik pada Abang..takpe la..sama je bila2 pun..bak kata Daddy Ziyyad "Saya hari2 sambut hari ibu bapa"..mmmm baru la betul kan..aman rumahtangga kita nanti..amiiiiiin..

Oh ya..kali ni No nak cita bab kue sket. Pagi tadi terbangun agak lewat sket maka No tak sempatlah nak menyediakan sedikit sarapan. Lepas hantar anak2 sekolah No belikan sedikit kuih untuk santapan dalam kete sementara sampai opis Abang. No beli karipap 4singgit (dah abis dan sedap), apam pisang (ala2 kek pisang) 2jenis 3singgit di kedai runcit sebelah Klinik Desa Tanjung Aru. Selain kedai runcit dia amik upah jual kuih muih orang lain..

Cantik kan?..Nampak pun gebu je..Harga RM1 3biji..TAPI mak oooi..maniiiiisnya..macam makan  gula..takde rasa pisang dan gandum langsung. No hanya cubit sedikit je tu pun takleh telan huhuhu..leh kencing manis klo camni..

Yang ni pula pun sama RM1 3biji..tuan lain dari yang atas..rasanya ok la, boleh la setakat nak kenyangkan perut sebab dia takde rasa manis sangat..cuma rasa adunan dia tu lain sket..tak tau la terlebih atau terkurang apa..No makan sebiji, Abang makan sebiji tinggal la sidia ni...

Kita beli apa2 makanan ke barangan ke klo mahal berbaloi takpe..ni dah la mahal tak sedap plak tu. Abis, berniaga semata2 nak untung je ke?..

1lagi kes masa pesta air dlu..pagi tu Husna beli burger yg dah siap. Faris beli hotdog. Di sini memang kebiasaan mereka akan bungkus burger/hotdog siap2 kemudian baru dijual di pasar tani (sini panggil TAMU) ke apa ke. Alkisahnya Husna makan semulut pastu komplain kata basi. No cium dan rasa memang dah BASI. Terus No pergi jumpa kakak yang jual tu komplain..dapatlah balik duit. Minta maaf bukan main kakak tu. Walopon RM2 sebiji tapi dah hak kita kan. Yang hotdog si Faris makan ok pula. Rupanya malam tadi dia dah siap2 bungkus burger tu.

Semalam plak, No beli popia goreng RM3 di gerai sebelah Kedai Runcit Kerupang. Tapi bila No bilang dia bagi 8batang je. Sebenarnya No dah bilang agak2 cukup tak dengan rakyat jelata ni..hurmm ada 9batang je jd Ok la sebab tambah karipap lagi RM2. No terus komplain..dan macam biasa la minta maaf sebab tak perasan katanya. Tapi sebelum tu (mungkin bulan lepas kot sebab No jarang juga beli kuih kat situ) makcik tu bagi tak cukup duit baki. Mmmmm No nak tengok sekali lagi dan mungkin bulan depan No akan beli kuih situ lagi. Adakah dia sengaja mengurangkan jumlah kuih/baki sebab sebelum No tu No ada perasan juga sorang kakak duk komplain duit baki tak cukup. No bukan nak berkira sangat takat 1batang/biji tak cukup tapi MEMANG KENA AMBIL KIRA sebab itu hak kita sebagai PENGGUNA/PEMBELI.

Macam ni la kan kita..klo nak berniaga tu ingatlah rezeki tu datang daripada siapa..kita duk curi2 atas hasil keuntungan pun apa yang kita dapat. Hasil tu juga nanti kita nak buat makan untuk keluarga kita dan mana tau untuk simpanan kita pergi umrah haji ke siapa tau kan?..Jadi ingatlah sesungguhnya ALLAH MAHA MELIHAT dan MENGETAHUI..dan carila rezeki yang HALAL selain mendapat keuntungan, niatkan juga untuk BERIBADAH kepada ALLAH SWT..semoga ALLAH SWT memberkatinya...Amiiiiiin..

8 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

betul..customer is always right..rina pon org berniaga tp bkn niaga kueh..kena marah ngn customer semalam kena terima ajer dgn hati terbuka..

halila Ibrahim berkata...

eiii .. teruk la peniaga cam tu .. tak baik la buat kita yg beli dengan niat nak bg anak2 makan ni.. bukan senang tau nak hari2 beli kuih .. betul tak .. kalau sehari RM4 khas untuk beli kuih darab seminggu tak banyak .. betul tak.. kita keluar duit tapi hasil pembelian kalau tak sedap memang bengang sangat.. saya pernah beli kuih karipap n onde2 tapi intinya sama je kacang.. pastu.. bye..bye.. le makcik tu... baik saya buat sendiri walaupun sebulan sekali je nak buat..,...

Daddy Ziyyad berkata...

Ni dah macam kes entri saya semalam..hehehe...tertipu melihat kegebuan kuih..

Eh, murah jga kuih kat sana..RM1 dapat 4 karipap

Norhafiza berkata...

=>rina : betul tu Abang pun sll cakap mcm tu..pe2 hal pelanggan lebih penting sebab staff di kaunter sll mengadu itu ini...well, kita kena sabooo je leeee layan karenah dorang..kesian kakak2 kaunter..

=>fazz : tu la pasal..klo terpaksa kena beli gak sebab dan2 tu gaka nak2 nak..klo order awal2 leh la bikin sendiri walopon tak cantik hehehe jnj sedap kan Fazz hihi..

=>daddyZiyyad : aa DD..camtu la lebih kurang huhu...stakat ni stil 4singgit lagi si karipap ni...

Piasara berkata...

"akak pun kdg2 geram ngan peniaga yg suka ambik kesempatan ni..dosa besar tu nak2 yg suka tipu timbangan..akk selalu balik timbang semula..kdg2 tak smpai pun berat mcm kita nak..."

ainnoraini berkata...

pernah jugak terkene...beli kuih karipap tapi intinye dah basi...bencinye...

entah bila punya kuih la tu...

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No , dorang ni berniaga nak kira untung je. tak baikkan nak bagi orang makan cam tu.hari tu akak pun kena gak, beli kuih dadar, inti basi.tapi akak tak dapat pulangkan balik, dah sampai opis.geram je, dorang jual , dorang pun tak tahu dah basi ke tak.

Puanbee2 berkata...

macam2 org ada noh ! ada ke main kurang baki dan kuih rezeki tu nanti tak berkat ler nk bg anak2 makan

http;//puanbee.com