Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Ahad, 8 Mei 2011

HARI IBU ADALAH "HARAM" ->YA ALLAH Baru Tahu...Tapi BETULKAH???..

Buka fb pagi ni dan YA ALLAH No baru je dapat tau..No jumpa artikel ni jadi No nak kongsi la dengan anda semua..BACALAH untuk peringatan kita semoga kita tidak disesatkan secara halus...


JADI NO RASA TAK PERLU TUNGGU HINGGA AHAD PERTAMA DI BULAN MEI..SAMBUTLAH TIAP2 HARI UNTUK MENGENANG JASA MEREKA..

INI NO C&P-HARAP MAKLUM

oleh Rubiatul Adawiyah Nazri pada pada 05hb Mei 2011 pukul 7.24 ptg

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.




8 ulasan:

einn berkata...

saya nak copy boleh? thank you.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina ada terbaca..hukumnya x haram tp harus:

hari ibu haramkah

Miza Yusof berkata...

terima kasih berkongsi. tadi miza ada juga tengok status kawan-kawan dok kecoh pasal perayaan hari ibu. sekarang dah tau bila baca artikel ini. terima kasih.

Piasara berkata...

"hari ibu adalah setiap hari....ucapan kasih dan sayang utk ibu haruslah sentiasa diucapkan bila2 sahaja...tp bagi akk apa yg penting ialah niat......Tak salah kalau kita nk meraikan ibu kita pd satu hari yg istimewa berbanding dgn hari2 biasa...."

cikguden berkata...

ohhh

sal berkata...

kak sal pun ada terbaca pek tu..tpi ada ulama kata, boleh sambut secara islam dengan membaca alfateha dan sebagainya..

Nieda berkata...

Taak tahu. Baru aja publishkan entry Slmt Hari Ibu.

ariana's berkata...

No: belum ada fatwa yg dikeluarkan mengatakan haram..sebab ianya tidak melibatkan perkara maksiat sprt valentine day tu..apa yg penting niat kita..Wallahualam.Memanglah spatutnya seorang anak mendoakan ibunya setiap kali lepas solat, 5kali sehari..itu lebih baik..