Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 9 Mei 2011

Karipap 4Singgit

Hari ni Labuan amat cerah sekali..matahari memancar sinarnya memenuhi angkasa..lautan membiru memecah samudra..eh, berpuisi puitis pla pagi ni..hurmmmm

Sarapan No pagi ni makan karipap je baru 1biji, 3biji lagi bahagian Abang hehe..tapi No beli RM2..yang 1pek lagi bawa balik rumah untuk kudapan nanti sementara tengahari.


Yang ni nampak je berkerutup tapi rasa kulit dan inti dia memang sedap. Tak macam kue yang No beli dalam entri Alahai Kue Ku Sayang tu. Nampak gebu tapi hurrmmmm.. Karipap ni No beli di kedai yang sama juga yang dekat sebelah Klinik Desa Tg Aru tu.

Hari ni No tak buat sarapan bukannya tak sempat ke bangun lambat ke..bukan..cuma stok dah yellek kat dapo nung hehe..Abang pula takde la cerewet mana. Sebelum keluar tadi dah makan biskut cicah teh jadi macam biasa la beli kuih tengah tepi jalan.

Kami ni klo tiap ujong minggu Abang selalu manjakan makan di luar. Bukan maknanya makan yang mahal2 ke kat kedai makan ke. Cukup la klo sekadar beli nasik lemak 50sen RM2 tu 1 sorang kemudian bawa bekal air dari rumah kemudian lepak tepi pantai. 

Macam semalam, pagi tu No goreng nasi makan sampai tengahari. Petang pula keluar bawa anak2 main kat pantai kemudian tapau lauk balik rumah. Nasi tu No dah siap masak awal2. Nasi No dah lebihkan untuk buat nasi goreng pagi ni tup2 ada sket je. Berselera dorang makan dek keletihan main bola kot tambahan lauk pun sedaaaaap. Tomyam Campo+Sup Daging+Daging Masak Merah (sume rm16) ..perghhh tomyam dia pedas mengancam..

Kata Abang nak buat No rasa gembira sket sebab dah tiap2 hari bangun pagi buat sarapan Tengahari amik anak2 pula kemudian jam2 hantar dorang p sekolah agama lagi. Sebelah petang sebelum klua p amik Abang No kena masak untuk makan malam dlu sebab Abang jenisnya makan awal..sampai jam6, jam6 tu juga kami makan malam. Jadi hari minggu konon2 nak bagi No rehat la..ALHAMDULILLAH syukur No mendapat seorang suami yang memang memahami tugas isteri a.k.a mak supir ni.

No rasa pun tak payah tunggu 1tahun sekali klo nak sambut hari ibu. No rasa macam tiap2 minggu No sambut hari ibu hehe...apa salahnya sekiranya anda semua yang masih mempunyai IBUBAPA, bawalah ibu/bapa bergembira tiap minggu. Senangilah hati mereka dengan cara anda sendiri. Klo tak boleh tiap minggu, tiap bulan pun takpa la selain doa yang kita pohon dariNYA.. Klo tak dapat juga, cuba la jangan lepaskan peluang sentiasa bertanya khabar mereka.

SEMOGA KITA MENJADI ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH...AMIIIIIN..

9 ulasan:

ariana's berkata...

Tahniah No sebab jadi seorang surirumah yg berjaya menggalas tanggungjawab yg berat..Siapa kata jadi mak dan isteri tu mudah..?Kalau tak kerana anak-anak dan suami, lebih baik kita tidur dari menyediakan sarapan tu..contohnya lah..:)

wahida berkata...

karipap 4 singgit? mak aiiii...murah giler...

Miza Yusof berkata...

kak, selamat hari ibu :)
sekarang susah nak jumpa karipap 4 singgit :)
jenuh mencari. hehehe :)
akak surirumah mesti pandai masak kan :)

halila Ibrahim berkata...

kat sana makanan murah ka.. tengok tomyam ..sup n ayam pun baru RM16.. semoga berbahagia bersama suami n anak2..

Memang wajar kita ni selalu kena manja dengan suami kan.. ye la... masak.. masak.. n masak je kerja kita...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

kalau sudi sila ambil ya:

Saya Dapat Award dan Passing Kepada Kamu

sal berkata...

selamat hari ibu no..
moga kita dpt menjalankan tugas tjwb kita sebagai ibu dan isteri, serta sebgi anak dgn jayanya..

klu mampu gembirakan ibubapa seminggu sekali,..alhamdulillah...dh kira baik

mzhany berkata...

no, dpt lagi eh singgit 4biji kueh? sronoknya...sini nak dot 3biji singgit pun susah

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

Besar dan murah karipap, nampak kulit dah tahu sedap.kat tempat akak rupa tulah sedap.ranggup.bestnya labuan.

~izan~ berkata...

eh ada lg yer kuih 4 singgit..murah tu...


betul tu kak,dgn ibu bapa jgn la kita berkira nk bwk diorang mkn2 ke,jln2 ke...mereka dah byk korban utk kita,tak salah nak gembirakan mereka kan..malahan kena selalu mcm tu =D