Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 20 Mei 2011

Kenapa Nyamuk Suka Hisap Darah Kita?..

>imej<

Pernah tak anda tido dengan pasangan anda tapi anda sorang je kena gigit nyamuk? No pernah. Abis berbintat2 dibuatnya tapi Abang takde puuun..Abang kata..

"Abang dah bomoh nyamuk tu jangan gigit Abang"..haha sempat lagi melawak.

 Anda nak tau kenapa?

Ini adalah disebakan badan kita ni jenis berasid. Nyamuk memang suka darah yang berasid tau, jangan tak tau. Sepatutmya badan kita beralkali. Berasid maknanya badan tu tak sihat la, penuh dengan toksin dan radikal bebas. Bila badan dah berasid ni mudah la terkena gastrik dan migrain. No memang selalu mengalami gastrik yang teruk. Bak kata gastrik dan migrain mcm adik beradik dah huhu..
tak nampak nak baca?..sila klik ya..
Ahad lepas No p stokis DXN sebab nak amal cara herba pula. Malas dan nak makan caffox + postan tiap kali sakit. Hampir tiap2 minggu pla tu. Kemudian amik supplements untuk Ma dan Ayoh pla. Dah beli suppliment No baru teringat nak suh dia cek.

Mula2 cek tekanan darah..mmm rendah la plak 102/73. No mmg jenis turun dan stabil, bila pening maknanya tekanan turun la tu. Denyutan jantung pula tidk stabil sbb lambat nak pam darah. Katanya sebab injap tak stabil la mudah nak dapat sakit kepala.

Yang kedua dengan kedua tangan No di letakkan atas sejenis alat berbentuk macam speaker -bulat. Tujuan nak tau sejauh mana sel kita hidup. No sampai paras siku baru terasa arus tu mengalir, tahap 6. Abang pula tahap7.5. Kalo sel kita sangat baik..letak tapak tangan tu terus rasa.

Ketiga pula dengan mengguna batang berbentuk pen mengandungi arus elektrik. Dia akan menekan titik2 tertentu di tapak tangan dan hasilnya..
1) Injap jantung memang agak lemah- mmg No sll sakit2 dada
2) Badan berasid - patut la sll gigit nyamuk
3) Usus kotor
4) Buah pinggang bermasalah
5) Badan kurang air - mmg pun sbb No kurang minum air huhu..


Yang no4 tu kan No pernah buat entri Urine Test Ada???? , Lain Doktor Lain Penyakit dan Diary 10 Mac 2011. Hasil test darah hari tu semuanya normal pla kecuali dia tak test untuk glucose, serum lipid dan cardiac enzyme.


No tanya tu batu karang ke? Dia kata BUKAN..sebenarnya sejenis 'kapur' yang tidak larut dan tidak terbuang selepas proses perkumuhan.


No kena amal selama seminggu kemudian p cek lagi nak tengok perkembangan.


Supplements No dan Abang.
Abang makan Ok tak de kesan apa2 tapi No sedang bertarung dengan sakit kepala yang menyucuk2 hasil kesan ubat. Jangan makan makan apa2 ubat tahan sakit untuk lebih mujarab kesannya ya jadi TAHAN JE LEEEEEE...

11 ulasan:

restu resort berkata...

oo.. cam2..

mzhany berkata...

no, kdg2 lepas mkn ubat then ada sakit mcm pening tu maybe kesan dr ubat maknanya mcm tengah nk sesuai kn dgn badan, no tahan dulu then amalkan...tengok mcm mana bila bdn dh boleh terima kan...

Norhafiza berkata...

=>restuResort : ya hehe..

=>hany : ya, betul tu..dia nak suaikan dengan badan kita..nak betul2 kan mana yg tersumbat...klo kita makan akar kayu pun mcm tu..No pernah demam seminggu oooooo..sakit abis urat saraf huhu..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No..jaga kesihatan tahu..misti bnyk minum air (ckp kat diri sendirik)

azila berkata...

Kno..tu maybe dia nak kuarkan toksin dlm bdn dulu kot.heheh

halila Ibrahim berkata...

oh cam tu ekk... tak pernah la makan apa2 supplement kecuali vitamin tu ada la... pastu saya suka makan jamu2 je.. oooo kalau kena2 kesan sampai cam tu takut la jugak..

Daddy Ziyyad berkata...

bagus..cuba lah juga ikhtiar cara alternatif...asalkan jangan yang mengarut...

sekarang nyamuk dah tak geget lah kan? :)

munna berkata...

mmg tak pernah makan mana supplemet atau ubat herba ni..masa dlm pantang je..makan.. tak boleh telan rasanya..lagi kalau jenis cecair...

cikguden berkata...

nyamuk pun memilih ek. ingatkan main hisap je. huhu

ainnoraini berkata...

sebab nyamuk kate..."mmg makanan" aku hehehe..
gurau jer..

Ardini Humaira berkata...

kiraokay lagi tu cuma pening2.. dni punya pengalaman... penah makan ubat yang wat dni pitam secara tiba2. kejap je pitam beberapa saat tapi sembam muka atas lantai tpilet kat hostel. bluekkk.. siesly kenangan tu dni ingat sampai bila2 eeehe. ubat tu ubat singkirkan toksin yang jenis macam sayur2. seminggu pas makan memang badan rasa ringan. la ni ubat tu tade jual dah. kompeni tu macam bankrup dah tutup kot. sambutan tak menggalakkan.. huhu.. kalo ada lagi nak je dni beli