Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 7 Mei 2011

Kerabu Jantung Pisang


Selamat bertemu lagi ya kita semua di alam maya ni. Dah makan tengahari ke?..ALHAMDULILLAH, syukur dengan nikmat dan rezeki ALLAH SWT hari ni sebab No dan keluarga baru je lepas makan tengahari tadi. Hari ni No buat Kerabu Jantung Pisang. No nak kongsi resepinya ya dengan anda semua. Cuma No nak pesan awal2 sebab nak membuatnya agak remeh sket tapi memang berbaloi sebab sedaaaaaap.. Bahan2 nya pun mudah je.

BAHAN
1biji jantung pisang
1biji kelapa-1/2 dibuat kerisik dan 1/2 lagi dibuat santan
1/2 labu bawang besar @ 4-5ulas bawang merah-tumbuk halus
1-2sudu lada hitam-ditumbuk halus
3ekor ikan-dikukus/rebus/panggang dan di ambil isinya.-ditumbuk
garam, gula dan cuka secukup rasa.

CARA
1) Jantung pisang dibelah 4 dan di hiris halus. 
2)Kemudian di celur kira2 10-15minit @ hingga empuk. Nak tau bila dah empuk sila putuskan kelopak daun, bila senang putus maka dah empuk la iaaaaaa.
3) Toskan dan biarkan agak sejuk sedikit. Kemudian ramas hingga kering. Sila pastikan ianya kering kerana sisa kandungan airnya nanti akan mempengaruh rasa kerabu nanti menjadi kurang enak. Masa ni sila kawal perasaan kerana keadaan jantung pisang tadi yang masih suam2 kuku..jadi lakukan dengan penuh sabar ye..
4) Masukkan bahan tumbuk, kerisik, santan, gula, garam kedalam jantung pisang yang telah kering tadi dan gaul sebati.
5) Masukkan cuka sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian anda.


SILA MASUKKAN KEDALAM PETI AIS KERANA SANTAN INI MENTAH UNTUK MEMASTIKAN KESEGARAN HIDANGAN


-Cara No, rendam kelapa dengan air panas seketika sebelum di blender-
Nak buat kuah banyak sila tambah santan.
kerisik
hirisan Jantung Pisang
Selepas di celur, Jantung Pisang diramas kering..
macam kita ramas santan
Bahan tumbuk = isi ikan, lada hitam dan bawang besar

SELAMAT MENCUBA


6 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

banyaknye step kena buat sebelum dapat makan.. hehehe..

ariana's berkata...

Sedap nya No..belum makan lagi ni..tggu abg balik.terliur pulak..Kalau lah ada jual kat pasar mlm atau mana2 kan senang..nak buat..huhu..

sal berkata...

sedapnya krabu jantung pisang tuh..makan dgn nasi panas..nasi boleh dua pinggan tu...

mzhany berkata...

selamat hari ibu no..;)

Puanbee2 berkata...

sedapnya ..kerisik tu tk di tumbuk ke ? atau memang letak kelapa goreng cam tu ? esok nk buat lah ...

http;//puanbee.com

Norhafiza berkata...

=>puanBee : kerisik tu tak perlu tumbuk..campur terus dalam semua bahan..

=>hany : terima kasih hany ye..

=>kakSal : betul tu kak..No makan ngan ikan goreng+nasi panas+kerabu tu tak sedo menambah hehe..

=>kakAriana : klo duk sebelah No sure anto sket umah akak tau..tak pe..akak buat slow2 insyaALLAH..

=>faz : hehe mmg banyak keje nak siapkan tp hasilnya memang berbaloi fazz..