Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru-Kenangan Abadi

No pun takmo lepaskan peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar No sejak dari tadika hingga la ke tingkatan6.

Tadika Daerah Marang, Terengganu 1983

Tak dapat degree pun macam orang lain..'ijazah' dari 'University Of Tadika' je hehe..

Tahun 4Melur 1987- Sekolah Kebangsaan Marang, Terengganu bersama Cikgu Norhayati Ashaari.

Geng2 kelas agama petang (KAFA). Darjah 6 seluruh kelas dengan Ustazah Halimah.

Geng Teakwon Do Asrama Perkaya, Pulau Kerengga Marang bersama Cikgu Najmi.
Tingkatan 2 (1991), Sekolah Menengah Merchang, Terengganu.

Guru2 Pusat Sumber Sek Men Merchang, Terengganu.
Cikgu Wan Zuhaidi, Cikgu Abdullah, Tuan Pengetua, Tn Hj Adnan, Ustz Abu Bakar, 
Cikgu Azizah, Cikgu Rohaya, Ustazah Wan Fauziah

Tinggakatan 5 (1994), Sek Men (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

U6K2 (1996), Sek Men Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu bersama Cikgu Norma - Guru PA

Bersama Cikgu Jamilah-Guru Sastera


Geng2 tuisyen stp ni la kunun2...


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantai zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz (Allahyarham)
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

7 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

waa.. kak no masih ada simpan lg yea !! gambar sekolah... saya dah hilang kemana pun tak tau..

mzhany berkata...

rajin nya no scan...hany semua kat rumah mak kt ganu tu ha...

cikguden berkata...

ada black belt ke. caya la.
selamat hari guru buat semua guru di luar sana.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

muka No ms sekolah sama je smpi sekarang hehe (dlm gambalah..x penah jumpa lagi)

Piasara berkata...

'wahh,no masih ada lagi gambar2 kenangan lama tu yer..akak pulak ntah mana2 hilang...selamat hari guru utk guru2 yg pernah mengajar kita ms kecik2 dulu yer no..."

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Dah lama tak update no, sibuk ke? no simpan gambar-gambar lama ye, akak punya tak tahu mana peginya.Walau dah jauh kita tinggalkan zaman persekolahan jasa guru tetap kita kenang. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada setiap insan. Selamat hari guru No.

sal berkata...

amboi..
tak berkelip kak sal tengok gambar no yang teratas tuh...

bahagianya mengenang nostalgia lama2 di zaman kanak2 ye...bnyak kenagan pahit manisnya..syukran kita sihat sehingga hari ini..moga sihat dan ceria selamanya juga..ameen..