Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 6 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU...Lagu :Shila Tekno - Ibu

Pagi tadi sedang duk temankan Abang sarapan sambil melayan alunan lagu2 diradio..kedengaran DJ Nazim dari THR Gegar Pantai Timur mengudarakan sebuah lagu..

Tiba-tiba hati No tersentuh..mata bergenang-genang..jiwa sebak..No palingkan muka supaya Abang tak perasan sambil bangun berlalu ke dapur. YA ALLAH sedih sangat2 dengan lirik lagu ni. Lirik ni merupakan hasil karya ND Lala. Masa tu Shila baru je nak naik dan sekarang tengah bertapak megah dengan nama baru SHILA AMZAH..

Kepada SEMUA IBU No nak tujukan kepada anda semua...hayati lah bait-bait lirik ini..


Ibu-Shila Tekno

Ibu dengarlah rintihan hati
Anakmu yang rindu dan sepi
Masihku terbuai gurauanmu Ibu

Ibu
Terlalu cepat kau pergi
Belum puasku nikmati
Dibelai dimanja disayangi Ibu

Apa saja ku pinta
Tak pernah kau abaikan
Bila aku kecewa ooo
Kau berikan harapan

Bila aku menangis
Mesti kau memujukku
Bila aku gembira oooo
Kau senyum dan tertawa

Ibu walau kau telah tiada
Pesanmu tidakku lupa
Aku kan belajar berusaha dan berjaya..

Bila aku menangis mesti kau memujukku
Bila aku gembira kau senyum dan tertawa
Pesanmu tidakku lupa
Aku kan belajar
Berusaha dan berjaya

Ibu.....


YA ALLAH, bercucuran pula nak siapkan bait lirik2 ni....

Harap maaf..demi menghormati Arwah No terpaksa blurkannya..faham2 je la kan zaman dlu camne.. Arwah Ayah No Allahyarham Haji Abdullah Bin Mohd Zain meninggal masa No darjah4 sekitar tahun 1987. Arwah Mak Allahyarhammah Hajjah Fatimah Binti Musa pula meninggal ketika 2bulan No sampai di Labuan iaitu September 2004. (dengan rumah2 arwah sekali)

Salah satu kenangan yang No simpan untuk dikongsi bersama. Semoga roh kedua ibubapa No dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...ALFATIHAH..

Amin..amin..amin..YA RABBILL'ALAMIN..



12 ulasan:

CahayaCintaIlahi berkata...

al fatihah
smg roh ibubapa kamu
dicucuri rahmat..
amin.. tabah ye..

selamat hari ibu ..

nur easy berkata...

salam..

alfatihah buat kedua mereka. sungguh benar kasih ibubapa hingga ke syurga

~izan~ berkata...

slmt hari ibu jugak utk akak.Semoga kita menjadi ibu terbaik utk anak2 kita. dan semoga roh kedua ibubapa akak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman..Amin...biarpun mereka tiada,mereka tetap dalam ingatan akak kan..

mama tims berkata...

alfatihah tuk arwah..selamat hari ibu jg utk akak..

salam knal dah folo sini,jom terjah blog saya plak..tq

ZSqueenbee berkata...

al-fatihah..semoga rohn kedua ibubapa d cucuri rahmat..tabah ye..kita yg hidup kne teruskn kehidupan..jgn pernah pisahkn mereka dri hati kita..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

al-fatihah utk arwah kedua ibu bapa Nor..

mmg sedih sgt dgr lagu ni..bercucuran air mata..

islam mumtaz berkata...

al-fatihah semoga Allah melimpahkan rahmat bagi kedua orangtuamu.... dan keluarga yang ditinggalkan semoga diberi kesabaran... semua kejadian pasti ada hikmah yang luar biasa.. termasuk kematian..... semangat..... salam kenal...

halila Ibrahim berkata...

saya paling sedih n sayu kalau teringat Mak n arwah bapa.. dah jadi ibu ni baru kita paham kan..perasaan sayang pd anak tak bleh di beli n di nilai...

sal berkata...

al fatihah..moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu yg kita sayangi..

juga diucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Nor..moga bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu

mzhany berkata...

Al-fatihah....


no, selamat hari ibu....doakan jugak utk hany yer, supaya memegang status ibu jugak ameen...

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

No samalah kita, cuma bezanya akak dah tak de sesiapa, semua dah meninggal dunia , dalam family akak sebatang kara.

Semoga roh arwah ayah dan ibu No, ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnnn

IBU GEBU berkata...

al-fatehah buat kedua ibubapa kak nor, jangan sedih2 ye... setiap yg hidup pasti akan pergi, semoga kak nor tabah menghadapi, lagu tu mmg syahdu dengan suara shiela yg mendayu2... suka dgn N3 ni, tahniah kakak... SELAMAT HARI IBU JUGA buat kak nor, semoga berjaya mendidik anak2 dgn sepenuh kasih sayang kita... amin.