Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 26 Mei 2011

Semoga Berjaya Anakku-Buat Yang Terbaik

Itulah kata2 yang mampu No iringkan semasa keberangkatan Husna ke Pulau Pinang hari ni. 

Selepas solat subuh Husna memperdengarkan 5surah  dihadapan Abang. (Tapi akan dicabut undi hanya 1surah yang perlu dibaca semasa tilawah nanti). Abang mengangguk akur. Kata2 nasihat dan semangat tidak lekang dibibir Abang. No pula membuat persiapan terakhir kalau2 ada barang yang masih tertinggal.

Sepanjang perjalanan menghantar Husna ke Lapangan Terbang Labuan, penuh dengan 'sesi taklimat' dari Abang. Ye la, kan tu anak perempuan kami, sekurang2nya Husna pandai menjaga diri nanti pabila ditempat orang. Jam 8.15pagi kami dah sampai. Penerbangan sebenarnya jam 10.40pagi tapi untuk proses terakhir maka semua diharap dapat berkumpul awal.

Sedih juga bila terpaksa berpisah sekejap walopon sekadar 5hari iaitu 26-30Mei. Apa yang pasti semua anak2 kelihatan girang tetapi para ibubapa yang terlebih risau.

Doa kami sebagai ibubapa semoga sepanjang perjalanan akan dipermudahkan segala urusan dan diberkati, direstui serta diredhai ALLAH SWT...semoga kalian selamat sampai ke destinasi. Amin.

Cek jangan tak cek ye Ustazah...

Peserta MTQSS Peringkat Kebangsaan mewakili Labuan.

Ibubapa pun nak tumpang sekaki

Selamat Jalan semua..semoga semua selamat...amin..
Fazz ada tanya dlu sama ada No p skali ke tak. KakNo tak p la sayang. Tapi kalo duk semenanjung harus kami p sana tu, boleh jumpa ngan Fazz kan.

Bagi yang belum tahu situasi sebenar sila ke sini ;

Harapan tidak la setinggi mana sebab No dah tengok persembahan dari semenanjung yang memang lebih hebat. Mereka mampu bertilawah tanpa melihat Al-Quran (Hafaz). Alhamdulillah, anak2 seagama kita sudah maju kehadapan. Apa yang No harapkan Husna mendapat pengalaman yang amat bernilai untuk panduan di masa hadapan.

10 ulasan:

ariana's berkata...

Tahniah buat Husna.Bukan senang nak mewakili sekolah sampai ke Semenanjung tu..sejuk perut mama mengandung ye..
Wah.. baru seminggu akak tak singgah, dah berwajah baru nampak..ayu gitu. perempuan melayu terakhir ke..:)

ayushida berkata...

TAHNIAH untuk husna dan maknya sekali....

tapi, saya pun tak leh nak bayangkan, kecut perut bila anak berjauhan. Selagi tak nampak depan mata, hati tak mudah nak tenang. Apa2 pun, Allah pasti menjaga anak2 yang menuntut ilmu dan lebih2 lagi terlibat dengan pembacaan AlQuran......Semoga dia beroleh pengalaman yang berharga, samaada menang atau tidak...

ainnoraini berkata...

tahniah buat husna..
semoga berjaya ye..maknye jgn sedih2 tau...

munna berkata...

tahniah buat Husna... semoga berjaya

sal berkata...

moga Husna akan berjaya..tahniah juga kepada ibunya yg sentiasa prihatin memantau perkembangan Husna sehingga mengecapi kejyn sekarang ...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

Tahniah buat Husna..Tahniah utk No jugak sbb berjaya didik husna dgn baik..rina tumpang bahagia..

Piasara berkata...

"tahniah utk husna...dia berjaya berkat usaha yg berterusan,dorongan guru dan ibu ayah tersayang...smga berjaya,kalau tidak pun sekurang-kurangnya dia telah mendapat pengalaman yg berharga!"

mzhany berkata...

Alhamdulillah....suka sgt no dgr cerita husna ni no. InsyaALLAH no, semoga dipermudahkan segalanya, dan InsyaALLAH husna selamat...ameen....

cikguden berkata...

semoga Husna berjaya dan baik2 semua.

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Semoga husna berjaya. No jangan risua husna mesti wat yang terbaek . Sebagai ibu doa dan sokongan dari no yang lebih penting.