Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 11 Mei 2011

Surat Rasmi Yang Haru Biru

Semalam Faris memberikan sepucuk surat kepada Abang. Abang membacanya sepintas lalu. Tak sampai seminit Abang memberikan pada No pula.

"Ce Mama bace nape die tulis"..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>Nama dan Alamat Sekolah<

Kepada                                                                      Tarikh :
Ibubapa/Penjaga
>Nama dan Alamat Sekolah<

Tuan/Puan

PERLANTIKAN PENGAWAS BARU

Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2.  Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melantik anak tuan/puan sebagai PENGAWAS pada sesi tahun 2011.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan membuat pertukaran warna pakaian bagi murid yang baru dilantik. Warna pakaian adalah seperti berikut :

Pakaian Pelajar Lelaki
  • Baju Melayu berwarna merah jambu
  • Samping berwarna merah hati
  • Kasut Hitam
Pakaian Pelajar Perempuan
  • Baju kurung berwarna merah jambu
  • Kain berwarna merah hati
  • Tudung berwarna merah jambu
  • Kasut Hitam

4. Untuk makluman pihak tuan/puan tempoh lantikan sebagai Pengawas adalah selama setahun (1) yang berkuatkuasa pada Januari sehingga November 2011.


Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amat dihargai dan di dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam
>tandatangan guru<
>nama guru<
Guru Disiplin
>alamat sekolah<
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda PERASAN tak?.Setakat silap ejaan tu ok la kan..tapi apa yang kami perasan adalah..

1) Tarikh dan nombor rujukan tiada.
2) Mana nama dan tahun pelajar?
3) Kan ada TAJUK kan..jadi kenapa di ulang benda yang sama? (Perkara NO2)
3) Selama 1 tahun dari Januari-November..sekarang bulan berapa? (Perkara NO4)

Sebenarnya ini bukan pertama kali. Semasa mesyuarat PIBG lagi la. Dengan minit mesyuarat yang lintang pukang. Dengan mc yang macam baru pegang mic. Tak tahu nak cakap macam mana.. No harap pihak berkenan cuba la bagi sebarang kursus kepada para pendidik. Kesian pula tengok mereka. Memang la mereka mengajar Pendidikan Agama Islam sepenuhnya tapi sekurang2nya Bahasa Malaysia mestilah tidak mengalah pelajar sekolah rendah.



Hurm..klo ikutkan hati kami nak je suh Faris tak yah amik jawatan. Ye la kan, bulan berapa dah ni?..Paling lewat buka sekolah Jun nanti baju dah kena siap. Biasa pihak sekolah jarang lucut jawatan sekiranya pelajar tersebut tidak melanggar Etika Pengawas. Tapi sekiranya pihak sekolah betul2 melaksanakannya untuk tahun depan macam mana?.

Awal tahun kena beli baju seragam biasa kemudian pertengahan tahun terpaksa beli seragam lain pula. No syor la kepada pihak sekolah cubalah ubah sket. Buatlah perlantikan SETIAP AKHIR TAHUN untuk memudahkan para ibubapa. Baju2 yang lama ni apa cerita? Tak ke membazir namanya?..

Bila guru dah bagi harapan kesian pula tengok Faris sebab No dah ada pengalaman dengan Husna. Berkurung dalam bilik, diam tak mau makan. Faris pun sama la, tunduk dan bergenang2 air mata bila No tanya. Aish, budak2 nih..

16 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

anak² x paham..yg diaorang tau jd pengawas satu kebanggaan..tp x pttla pihak sekolah lantik petengahan thn kan..takkan x paham ibu bapa kena keluar duit bnyk nk beli seragam baru..

yg surat tu mmg mcm kelam kabut je..cikgu ke kerani yg siapkan surat tu?

Nina Aman berkata...

hehe...kalut kot...tp tak berbaloi la pengawas setahun je...baju nak kena tempah lain lagi..

Piasara berkata...

"hentam keromo....janji surat...apa la,akk ingatkan kat skolah ank akk ja,rupanya rata2 skolah pun dok buat cincai macamni????????"

rATu kEBaYA berkata...

nape lambat sangat dapat surat lantikan tu.. sepatutnya sebelum cuti sekolah last year dah tau kan.. tak fahamlah ada pulak cara macam ni..

ariana's berkata...

ehh..kan ke biasanya perlantikan pengawas sebelum buka sesi persekolahan lagi..supaya senang ibu bapa nak prepare uniform..kot anak No je, special kes kot..hehe

ayushida berkata...

tu la kan kak no,sekolah sekarang ni pening, saya dulu2 selalu gak anak2 dapat OFFER jadi pengawas, saya cakap, tak payah, bukannya best sangat jadi pengawas, penat, nanti, semua awak kena buat, kerja sekolah awak bila nak siap? ulangkaji bila pulak ? baju pengawas tu siapa nak pakai lepas ni ?

kata kuatkuasa januari, tapi baru bagi surat, fening2.....

Daddy Ziyyad berkata...

saya tak pernah jadi pengawas, atau pustawakan semumur hidup saya..kekekeke...saya akan terapkan dalam minda anak2 saya juga nanti bila dia masuk sekolah...bagi saya,jadi pengawas ni, especially di sekolah rendah membebankan

halila Ibrahim berkata...

Cikgu ke anak murid yang taip surat tu ... kalau la cikgu yg taip emmm .. no komen la.. tapi rugi la dah nk masuk semester ke 2 baru buat lantikan selalunya hujung2 tahun dah tau kan,,,

Nasib baik sekolah anak2 saya tak macam ni.. ok segalanya..sebab sekolah anak top list kat Kedah ..tu sebab cikgu cikgi tak leh memain..
silap sikit mak bapa akan p jumpa.. termasuk la en.suami saya..

munna berkata...

MMG HARU BIRU SURAT RASMI NI... NAK MASUK BULAN 6 BARU BAGI SURAT ..BUAT NAYA KAT PARENTS JE

sal berkata...

tahniah kpd si anak kerana diberi penghargaan menjadi pengawas..

alhamdulillah dpt melihat anak2 kita cerdas dan sihat serta diberi kepercayaan oleh guru..

no terima tak tawaran tu..

Norhafiza berkata...

=>rina : betul rina..bangga kot bl dpt jd pengawas ni..maklum la jd mata2 cikgu kan..entah la sapa yg buat kerani ke cikgu..tp mmg ada kerani kat skolah tu hurmmmm

=>NinaAman : ye la kan..nampaknya mcm tu la jdnye..

=>kakPia : depa main sedap taip ja kan..jnj siap..

=>kakRatuKebaya : tu la kak..dh tengah2 br nak lantik itu ini...kita jg yg jd mangsa..

=>kakAriana : takde kak..semua pelajar baru lantikan pertengahan tahun ni huhuhu..No tanya Husna, yg lama dorang siap2 bgtau dh akhir tahun dlu..

=>ayuShida : ikutkan hati ni mmg takmo bg ayu, Abg pun dh pot pet..tp tau la budak2 ni..dh di OFFER mula la berangan tak sudah..jd ikut je la..

=>daddyZiyyad : sama la kita, tak pernah jd pengawas pun..paling tinggi takat KETUA DARJAH je hehehe..

=>fazz : xtau la sapa yg taip Fazz..biasa la di sini Fazz..klo kita balik semenanjung org cakap lagi mundur 10-20thn huhu..maknanya kami lagi ketinggalan jauh huhuhu..

=>munna : mmg kes naya dah ni Munna huhu..

=>kakSal : terima kasih kak..nampak gaya kena terima sebab Faris dah berangan nak beli baju dan kasut..

~izan~ berkata...

laa.lmbtnyer surat..dah kena tukar2 baju plak..hmm syg je baju yg ada kan...

Puanbee2 berkata...

hurm macam2 jugak sekolah ni yer..anak bee tu duk bercita2 nak jd pengawas kalau dia dapat bee tk kasi apa cerita pulak...tp dah nk masuk bulan 6 baru jd pengawas tk best lah ..semua kena beli baru ye tak

So Shy Lady berkata...

byk sgt kj kot tu yg kalam kabut heheh...tp dh ptngahn tahun dah kan. y dont bg tie pngawas aje...baju2 tu mula pkai nxt year

akak dah tpanggil kakno plak padahal akak lg tua huhu

Norhafiza berkata...

=>izan : tu la pasal..nak tunggu adik2 nya beso la agaknye..

=>puanBee : tu lagi la haru Bee..dh ada cita2 tp kita BEKU jd kes lain plak nnt..yg penting sokongan dr kita kan..so bg je la..

=>soShyLady : ooo ye ke akak hehehe..takpe, No pula panggil akak ye hihi..

ni sekolah agama xpakai tie..baju melayu tu bukannye murah2 sepasang kan..haru betul...

tiefazatie berkata...

adoi la..pnya pelik bha kakNo nie slkh..apaka??surat nie tulis mcm ikt style dorg bckp bha nie..ahha..adoi la..kesian tol..pastu dh la pelik..dh tgh2 thn bru bg surat pelantikan..konpius sungguh..

tp btol la kak..jd pengawas nie..anak2 lebih rasa bangga dn best nk g sklh kak..hee