Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 28 Jun 2011

-iklan diTUTUP-

Dengan perpindahan No balik ke Semenanjung nanti ini bermakna rumah kami ini akan disewa. Kepada yang berminat sila hubungi No di talian berikut untuk maklumat lanjut: 
0195353202
0195829456
(sms tidak dilayan)

Rumah ini terdiri dari 3bilik tidur dan 2bilik air. 

ruang depan yang lebar

ruang tamu
ada loteng

ruang makan


TIDAK TERMASUK PERABUT


Nota Tambahan 1/7/2011 : Alhamdulillah..Sudah ada penyewa.

Mengandung..

Ketika kusyuk membaca entri Wani pasal Aku Mengandung Lagi. No pun teringat kes No pula.

tarikh yang sepatutnya No p..

tak nampak??.sila doubleclick ye
Klo terlekat dah rezeki ALLAH nak bagi pada kita..kita terima je la kan dengan hati yang terbuka. Ok, mengikut perkiraan peod No sepatutnya 9Mei. Tarikh tu dah 7Jun kan? Jadi No kena tunggu beberapa hari lagi. Menjelang 9Jun tak nampak batang idong pun lagi. Masuk 10Jun. Abang teruja menanti jawapan. Abang memang tak sabar2 untuk menanti berita gembira dari No. Masuk 11Jun pun sama dan kami dah berkira2 sekiranya ada rezeki beberapa senarai nama kami duk rancang haha. Akan tetapi masuk je waktu Magrib TEEEEEEET..kebocoran berlaku dan dengan ini telah diSAHkan bahawa ianya -ve. Keputusan telah diterima dengan hati yang agak tenang.

Tapi bila No tanya Abang nak sambung injek tak lepas ni?
"Takyah la..mana tau rezeki dapat plate Perak plak hehe.." tersengeh2 Abang..

-KITA HANYA MERANCANG NAMUN ALLAH YANG MENENTUKAN-

InsyALLAH semoga kami dimurahkan lagi rezeki lepas ni dan ucapan ribuan terima kasih kepada DaddyZiyyad kerana sudi membalas pertanyaan No. DaddyZiyyad tu doktor tau, jangan main2. Klo anda rajin mengunjungi blog beliau..banyak yang anda dapat manfaat dan info yang amat berguna. Di samping ini juga sekalung takziah dari No sekeluarga atas pemergian pakcik  MommyZiyyad kerana kemalangan jalan raya yang juga dimuatkan dalam berita serta akhbar. Ceritanya anda boleh baca dalam entri Al-Fatihah. Semoga roh arwah dapat bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman...

AL-FATIHAH....Amiiiiiin..

Isnin, 27 Jun 2011

Apo Nak Di Kato....

"Mama, ada salotep x?.." tanya Husna
"Tak tau ada lagi ke tak..cuba cari tengok.." jawab No ringkas.

No pun tak tanya Husna nak buat pe dengan salotep tuh..mmm ade la keje tu kot..

Kemudian sambil tonton tb Husna tertido. Spek masih di mata. No p cabut buang nak simpan kat tempat lain..sekali tengooook...

Ini rupenyeee..

atas : Husna punya
bawah : No punya
Yang ni pun buleh ilang huhu..
Mmmmmm nak kato apo laiii..takmo tanya dah KENAPA tp BILA..Yang patah tu baru lagi 2-3hari lepas tapi yang duk kat idong tu time dia p P.Pinang 26-31Mei dlu..mmmm agaknya takut nak bagitau kot sebab kes cermin pecah dlu kena marah dek Abah dia.

Yang hairan tu, boleh pulak dia pakai spek takde idong tu. Tanya sakit ke tak..TAK SAKIT katanya..

Abang balik KL Sabtu lepas No tak bagitau lagi..Ahad petang baru la bagitau Abang. Mmmmmmm sabooo je la..benda dah agak akan terjadi..

Yang ni masa cermin Husna pecah baru je 2bulan pakai dlu.

Yang ni pulak Mak dia punya masa bulan April lepas..
Kongwalikong same je anak dengan Mak huhuhu
Ingat lagi kan No cite dalam entri Patah Sudah bagaimana ianya terjadi..hehe..

Jumaat, 24 Jun 2011

Baca Doa Seblom Masuk Tandas Ye....

Tiba2 No tergelak tadi bila dengar Farihin baca doa masuk tandas. Siap dah buka sua baju dan tanpa seurat benang berdiri di lua pintu bilik air. Sambil menadah tangan seraya berdoa. Siap berdoa gelak2 kecik No dibuatnya. Anda nak tau Farihin baca apa?..kena la tengok klip video ni ya..tapi yang ni bukan 18SX tau..dah pakai baju pooooon hihi..


Errrrr...ayat yang last skali tu macam kompius je nih hehehehe...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA TAMBAHAN (25Jun'11)
Setelah No kaji selidik..inilah hasilnya..
sumber : http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93
YA ALLAH Ya Tuhanku..anak berumo 5tahun telah menyedarkan Ibunya yang berumo 34tahun dari lamunan. Sesungguhnya aku memohon keampunanmu YA ALLAH...


No percaya ramai diantara kita masuk tandas pun main rembat je kan..termasuk No.. Kepala pun tak di tutup....mmm sambil kita berhajat..mereka pun tumpang berhajat di atas kepala kita juga...


Itula..gelak2 juga..Nah skang kene atas muka..


RENUNG2 kan lah....

Siapa Cakap Barang Tak Naik Harga?..

Semalam p beli barang sket. Macam biasa la terus ke tempat yang nak dituju..amik barang..sekali, No terperasan macam angka yang tertera tu dah lain..2-3x No tengok dan selak2 kat belakang takut2 silap letak harga..Mmmmm semua harga sama macam yang tertera..kan dah kata mesti ada yang naik punya..

 Perbandingan harga antara Pasaraya A & B 2-3bulan lepas

Sekarang naik RM1.10 di Pasaraya B

Ini lah harga yang perlu di bayar. Cuma No tak tengok lagi adakah Pasaraya A juga menaikkan sedikit harga. Pasaraya A terletak di pusat bandar dan Pasaraya B berdekatan dengan rumah No. Cuma bagi susu anak2 masih harga lama..Alhamdulillah..

Begitu juga dengan harga makanan di restoran yang kami selalu makan. Purata menu naik 50sen. Air naik 20sen.

APA NAK BUAT..barang naik pun terpaksa beli. Lagipun itu bukan BARANGAN KAWALAN. Nak beli..taknak sudah hihi..Nak tau jawapan meh baca Isu Kenaikan Harga Barang Makanan : Dato' Sri Ismail Sabri.

APA PUN TAK BOLEH....

Tu No tunjuk lagi harga Kipas Udang disini - No lupa harga sebenar..No dah tuko Kicap Adabi dengan harga RM5.70..lagi murah dan sama sedap. Yang kelakarnya klo kat kedai Mesra Petronas lagi mahal..aduyai..

Pernah tak tengok iklan kat tb suh kita banding harga dalam http://www.1pengguna.com/. Namun masih baru lagi dan diharap memberikan lebih informasi. Jom kita ke sana kejap...

Khamis, 23 Jun 2011

Teh 7Lapis Vs Teh 3Lapis Vs Teh Dangdut..??

Sedang duk mengurat dengan en.Youtube camne nak buat TEH 3LAPIS..tetiba mata No terpaku melihat ini..jooom kita tonton sesama..


Waaaah..ini memang dah terbaeeeek..No pun tak terpk..

Pe2 pun jom kita layan pulak demo camne nak buat Teh 3 Lapis..semestinya dari F&N..selamat mencuba ya..


Kemudian ada pula TEH DANGDUT..orang Parit Raja, Muar mesti tau nih hehe..


AMACAAAAM??

Lawak : 3x Malu..

Dulu2 kan masa No zaman kepala tingtong ada la sorang kawan ni cerita kan 1kisah lawak. Sampai skang kalu ingat rasa nak tersembo je klo time minum air haha..

Cerita ni No karang balik tau tapi tak lari la dari cerita asal yang 3point tu..dan cerita ini juga takde kene mengena dengan sesape..tapi mana la tau pernah terjadi kan...sape tau hihi... 

Alkisahnya..sepasangan suami isteri baru berkahwin. Si Lelaki merupanya menantu. Adapun suatu hari sedang mengadap hidangan di atas lantai berlapikkan tikar mengkuang. Sambil duduk bersila yang lelakinya berkain pelikat dan yang perempuannya bersarung batik di hadapan mak ayah adik abang secara membulat.

Setelah selesai membaca doa makan maka masing2 ingin menjamah lauk pauk yang sedia ada. Si Lelaki ingin mencapai lauk yang agak berjauhan darinya nun di hadapan sana. Maka tanpa sepatah kata seraya dihulurkan tangannya kedepan dan terangkat la sedikit punggungnya lantas terkeluarlah suatu bunyi yang amat memalukan dari belakang..PUUUUUT..agak manja sekali kedengaran.

Merah padam muka Si Lelaki menahan malu tetapi pihak keluarga isterinya tertawa kecil. Si Lelaki pun tersenyum2 dan tertawa kecil sambil mulut tertutup (sopan la tu). Akan tetapi tanpa disangka2 keluarlah air hidung (a.k.a hingus) akibat desakan angin dari dalam perut. Saling berpandangan sesama mereka. Tanpa berfikir panjang dicapai hujung kain pelikatnya untuk menyapu air hidung tadi..maka ternampaklah 'tongkat semambu' yang disimpan rapi selama ini..

ALAMAAAAK...MALUUUUU NYEEEEE

Moralnya
1) Nak, mintak jangan main terjah je..
2) Sebelum makan buang dulu segala maknenek yang ada..
3) Lain kali pakai le 'alas dalam' tuuuuuu klo nak berkain pelikat hahahhahaha...

Rabu, 22 Jun 2011

Kenangan Di Brunei Darussalam Disember 2007

Perjalanan dari Labuan dengan menaiki Feri Labuan-Menumbok selama 1jam 30minit. Dari Menumbok ke Brunei memakan masa hampir 1hari huhu..Tapi sekarang dah ada feri terus ke Brunei jadi masa menjadi singkat. Masa No dlu terpaksa naik ke Sepitang terus ke Lawas. Kemudian kita akan berjumpa dengan check point PERTAMA iaitu di Sindumin Sabah. Kemudian beberapa lagi check point yang perlu kita singgah untuk lapor diri bahawa kita sebagai pelancong ke Negara Brunei Darussalam. Antara yang No ingat adalah di Mengkalap Sarawak, Merapok Sarawak, Pandaruan Sarawak, Tendungan Sarawak, Labu Brunei, Kuala Lurah Brunei, Sungai Tujuh Kuala Blait Brunei. Setiap check point ini anda tidak boleh terlepas. Sekiranya terlepas maka anda akan terpaksa berpatah balik mencarinya. Jangan bimbang kerana anda akan disediakan sekeping peta lokasi hehe.. Perjalanan sekiranya bertolak pagi dari Labuan akan sampai lewat petang di Brunei.

Sepanjang ke Brunei anda akan menaiki 2buah feri. Jaraknya sungai Limbang dengan sungai sempadan Brunei takde la jauh kira2 5minit perjalanan tapi nak tunggu Q tu yang azab. Itu semasa tahun 2007 la..skarang No tak tahu dah upgrade ke belum. Time balik tu lagi azab..terpaksa tunggu 2jam untuk sampai ke giliran kita.

Di Brunei No tak snap banyak gambar. Tapi tempatnya memang No suka sebab bersih sangat. Di jalanraya amat perihatin kepada pejalan kaki. Sekiranya ada pejalan kaki mahu melintas serta merta kita wajib berhenti untuk memberi laluan..sekiranya gagal..surat saman menanti anda.

Bagi penduduk Brunei, makanan dan minuman di sana amat murah dan berpatutan. Bayangkan jus buah baru BND1 segelas dan untuk 1set makan malam untuk No sekeluarga BND20. Antara lauk adalah tomyam/sup/ikan/sayur. Hotel yang No bermalam adalah BND80 satu malam..(sila darab tukaran RM hehe)

Kami sebenarnya berkira2 untuk ke Brunei sekali lagi ujong tahun ni tapi sayang tak kesampaian. Takpe la..lain kali ada rezeki lebih insyALLAH ke sana lagi.

Time No bercuti di Brunei ni kira main redah je. Sampai2 baru nak cari tempat itu tempat ini. Siap amik peta kat hotel. 

Husna dan Faris tunjuk wallet baru..

Masjid Omar 'Ali Saifuddien
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Yang payung2 belakang tu adalah Tamu (Pasar Tani) di Brunei

posing sakan le

amik kesempatan

otw ke Jerudong Park

peace yo..

sempat naik kuda besi haha

unta besi pun jadi la...

kenangan sebelum pulang

hepi family..
time ni Husna 7thn, Faris 6thn, Farihin 1thn 10bln dan fadhlan 9bulan 

passport kumpulan..1kump min 5orang RM250


Selasa, 21 Jun 2011

Hari Ini Tersangat La Bluuuuuurnye...

Lepas buat entri ni klo anda nak ketawa pecah perut pun takpe la..No rela sebab No pun rasa nak ketawa gak haha..

Nak tau apa kes??

Dalam jam 2.10 ptg tadi macam biasa nak hantar Husna dan Faris ke sekolah agama. Dorang masuk 2.30ptg balik 5.30ptg. Amik kunci bukak bukak tak boleh dari dalam..No cuba lagi bukak bukak tak boleh..tengok jam dah 2.20ptg. Terus col Abang bagitau. Abang suh guna antikarat mana tau kot2 kunci tu dah berkarat dalamnya.

Abaikan je gril yang berkopak tu hehe

Lepas guna anti karat tak jalan juga, tengok jam dah 2.25 terus suh Husna dan Faris tuko baju sebab memang tak sempat nak anto dorang. Baru je No nak masuk bilik Abang col tanya kabo.

"Mama tak g anto la..dah lewat dah ni..karang klo tak dapat kuo juga Mama kuo ikut dapo la"..jawab No..

No tak galakkan anak2 keluar iku dapo kerana keadaanya yang amat NGERI huhu..silap haribulan boleh tersandung masuk longkang you..

Kira2 10minit terdengar Farihin menjerit..
"Yeay yeay Abah Balik"..

Looo rupanya Abang terus balik tengok keadaan camne. No pun amik kunci nak tunjuk kat Abang..sekali.......

"Tu kunci mana tu?..ye ke kunci tu?"..
Serius je muka Abang. No nak menangis dah takut kene marah sebab Abang ye ye je terus balik. Kesiankan mesti penat huhu..tapi dengan muka sedih air mata dah bergenang dah benornye 

"Mama puasa hari ni..." terang No minta kasihan. 
Terus Abang ketawakan No sambil terus p keje balik. Tak masuk rumah pun. Nasib tak kena marah syukur Alhamdulillah.

Alahai intan payong pengarang jantung..rupanya No terambik kunci yang salah la weeeeey...aduyai..hahahahahaha. 

Kunci yang sepatutnya No amik adalah dalam PETAK tu tapi No terambik yang dalam BULATan tu. Sabooo je lee..

Sebenarnya alasan je tu PUASA tapi No memang puasa pun hari ni. Maklum la bila kita puasa keadaan akan sedikit letih. Faham2 je la jadi Mak Supir ni ye hehe...dan Abang sedia maklum bila keadaan No berpuasa. Nak marah pun tak jadi hihi..

-Kol 6 nanti ada orang nak tengok barang2 rumah ni..nak kira kos kargo-

Jangan Beli Barangan 'Cap Ayam'

Kali ni No nak kongsi pengalaman membeli barangan 'cap ayam'. Apa yang No beli adalah sebiji telefon. Asalnya Abang beli ketika balik kampung dulu..adalah 3-4 tahun No lupa dah. Kebetulan memang Abang nak tuka tepon. Balik2 je ada ipar duk pomot. Abang apa lagi pilih punya pilih amik la sebiji. Rege boleh tahan gak dalam 4ratus.

Dealer tu pulak adalah kawan ipar tu je. Datang pula time memalam. Abang bukan jenis yang berkira, apa yang dia minat dan berkenan terus dia amik.
Model kemain lagi..
Free Gift yang memang takde langsung..
alasan dah lupa kenapa..
siap ada cop SIRIM lagi haha..
TIPU..TIPU..TIPU...

Yang No garis tu adalah perkhidmatan yang dinyatakan ADA tetapi HARAAAAAM haha..

Balik Labuan mula2 Abang try guna 3G dengan No tak dapat2..tepon tanya ipar tu baru la tau takde haha..kantoi 1kes. Yang lain sume ok. Lagipun Abang guna takat buat panggilan dengan anto SMS je. Yang lain malas dia guna.

Sehinggala Abang tuko tepon lain dan yang lama ni jadi hakmilik No pula. No apa lagi dah ada 2sim kad terus la masuk lam tepon tu. Sekali Abang col tak dapat2. Terus Abang SMS nombor yang 1lagi..

"Nape Abang col tadi tak angkat?" tanya Abang..

No hairan sekejap sebab memang takda ringging pun sebelum tu. Sekali buat operasi dan memang takleh guna puuuuun...dia buat iklan je, hanya 1simkad je yang boleh. Kantoi 2kes.

Kes ke-3, No try layari internet sebab boleh masuk FB dan Yahoo katanya..sekali..baru nak loading putus..nak loading failed..mmmm memang takdapat nak nolong nye haha..aduyai,..

Jadi peringatan untuk kita, lain kali jangan la beli barangan yang takde surat gerenti ke, yang beli main tangan2 ni ke. Sejak peristiwa tu Abang dah serik beli jenis yang macam nih haha..sebabnya harga mahal tapi tak berbaloi. Lagipun di pasaran sekarang murah2 dah, janji ada brand dan gerenti.
Kualiti gambar juga kurang memuaskan


Isnin, 20 Jun 2011

Teksi KK-Bila Dah FANATIK

Gambar dibawah ini adalah hasil 'tembakan' kawan No semasa beliau berada dalam sebuah Teksi di Kota Kinabalu Sabah. Menurut kawan No pemilik berhabis 5-6k semata2 untuk puaskan hatinya. Ini adalah jenis Toyota Avanza.


tak boleh nak kata apa..tengok je la

tengok...gear pon jadi..
No kan pernah juga bagitau Abang nak suh buh bunga ke apa ke dalam keta..ala yang biasa orang buh atas dashboard tu..

Abang kata..
"Dop payoh lah..wak serabut je.." = Tak payah la..buat serabut je

Abang ni klo ada apa2 atas dashboard tu dibuangnya. Stiker kat cermin pun tak mau banyak2. Mengganggu permandangan katanya.

Lain padang lain belalang kan.....

-Terima kasih Madi-

Jumaat, 17 Jun 2011

Selamat Bertunang

Akhirnya anak sedara No telah selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan. Majlis ini berlangsung pada 28Mei yang lepas. Tahniah Mokno ucapkan ya Adai. Apa yang pasti insyALLAH kali ni Mokno tak akan melepaskan peluang untuk menghadiri sebarang majlis keluarga kita ya.

Ya la, sebelum ni dah berbelas orang anak sedara No tak dapat balik..sedih sangat No rasa hanya ALLAH SWT tempat No mengadu. Terasa asing dari salasiah pun ada hehe..nasib la tenet bagai ni leh la juga bertanya kabo ye dak? ...takpe la lepas ni takmo sedih2 lagi ya..

yang macho ensem tu la anak sedare No

Kakak No ngan bakal menantunya hehe..

Kakak No bersama anak menantunya..
Kakak No ni ada 2orang je anak kesayangan. Yang abang tu bakal pengantin. Yang adik pompuan dah nikah dlu tapi takde rezeki lagi. Takpe Dik..mokno tetap doakan semoga Adik dan Isky akan mendapat rezeki nanti..amin..

Ops, klo sesape selalu tengok News@Bernama tentu kenal kan..
saje nak pomot anak sedare hehe..

Anda Tanya No Jawab..



ANDA
yeah yeah no nak pindah perak, tapi Labuan bukan best ke?akak tak tahu plak yang ko bercadang pindah ke Perak.
Oleh Cik Ina Do do Cheng pada Wordless Wednesday Part2.. Berita Gembira..ALHAMD... pada 11/06/17


NO
Labuan memang best kakIna..tapi kami dah merantau 7tahun kak..bila HQ offer, kami pun apa lagi..SETUJU la hehe..memang bercadang dan berhajat sangat nak balik Semenanjung seperti yang No cite dalam entri Takde Harapan dan Balik Semenanjung

ANDA
wah,lepas ni balik semenanjung lah ek..ingatkan memang orang sabah
NO
hehe Ila..tu kat atas tu kakNo dh cite ANOK TEGHANUNG KAWEN ANOK KLATE..kakNo Trg Abang Klate hihi

ANDA
no seronok dapat balik sjung ye...tahniah..pasni ajak abg jln2 ke langkawi ye
NO
terima kasih kak..insyALLAH, dah sampai Tanah Semenanjung kami memang berhajat nak bercuti di sana..insyALLAH panjang umo murah rezeki kita jumpa ya kakSuri

ANDA
Alhamdulillah... kak no.. bila nak pindah tu ??? best la.. pasai pindah kat Perak... saya pun tumpang seronok..

Alhamdulillah. bila tu kak? mesti hepi sgt2...

NO
terima kasih Fazz dan Izan..kata Abang nak extend lagi 2minggu..maknanya dalam pertengahan bulan Julai..apa yang pasti nak berpuasa di Semenanjung..insyALLAH..

ANDA
Wahh..Alhamdullilah...berpindah ke Perak lah ya lepas ni.... SSM tu apa ya?

NO
Terima kasih DD, Ya destinasi kami seterusnya di Ipoh Perak. SSM singkatan dari SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA adik bradik KPDNKK..Tapi jangan tanya nak buka company kos daftar berapa ek sbb No tak tahu hehe..sila lawat laman ni http://www.ssm.com.my/

ANDA
No... kalau beli kereta pulak macamana ye? Contohnya Honda City di sana berapa agaknya? Saje kakak nak compare dgn Semenanjung. Hahaha....
Oleh Kakzakie pada Jawab Komen Anda pada 11/05/31

NO
Kereta sini memang murah2 kak tp syarat kena lebih 5tahun la..kalo tak kena bayo tax dia tp stil murah dr semenanjung..No terlupa nak servey harga. Tengok kakZakie punya soklan ni br No igt. Tapi Masa kawan No datang Labuan dlu dia kata MURAHNYA HONDA CITY..LEBIH KURANG SAMA HARGA DENGAN MYVY DIA KATANYA..

ANDA
KakNo..bukan ker perfume pon murah gak kan?hehhe
Oleh azila pada Jawab Komen Anda pada 11/05/30

NO
Ya, betul Zila..memang murah tapi kakNo takut nak beli..takut2 terkena yang FAKE huhu..sini kena yang PAKAR baru leh beli sebab dia bau dh tau yang ORI atau FAKE

ANDA
Kak No betul ke henset murah kat Labuan ... nak order bleh .. sony erisson C905 cybershoot ..2nd pun tak pa... ni en.suami sy tanya ??? berapa harga kat sana ??? kalau murah nak order
Oleh halila Ibrahim pada Jawab Komen Anda pada 11/05/30

NO
Nanti kakNo tolong tengok2kan ek..esok lusa kakNo p servey la ya. Tapi sepanjang kakNo p KK br2 ni..di sana lagi MURAH la Fazz..beza sangat!!

ANDA
dah balik dari holiday Ye No..Tentu penat tapi seronok kan..!:) Mcmn keputusan tilawah Husna?

NO
Husna hanya berjaya mendapat saguhati je kak. Setakat ni WP Labuan belum lagi pecah rekod membawa balik sebarang pingat. Belum ada rezeki kami lagi.

Kepada DaddyZiyyad dan KakIna yang nak datang bercuti ke Labuan No mohon maaf sebab No tak dapat nak bawa DD dan kakIna pusing2 pulau nanti..InsyALLAH kita jumpa di Semenanjung ya.

Rabu, 15 Jun 2011

Wordless Wednesday Part2.. Berita Gembira..ALHAMDULILLAH..


Wordless Wednesday..

Farihin & Fadhlan
Farihin & Fadhlan

Faris & Husna

Fadhlan & Farihin

Selasa, 14 Jun 2011

Ayam Percik

Lama beno dah tak tayang menu masak memasak kan. Kali ni No nak kongsi air tangan No. Tapi minta maaf la ye sebab menu dah berkurun lamanya, sebulan yang lepas hehe..nak kongsi syik tertangguh je. Ni dah alang2 No tayang je le hasil yang tak seberapa tapi rasa yang sangat sedap. No jumpa resepi ni dalam Myresipi.com dan terima kasih kepada tuan punya resepi ni Yani.


Izin No kongsi resepinya la Yani..tapi No dah ubah suai mengikut keperluan.

Bahan-bahan
1 sekor ayam yang dipotong 4
1 biji kelapa -amik santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar (No tak letak)
1/2 camca kecil jintan putih (No tak letak)
1/2 cawan tepung beras (No tak letak)
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
serai untuk dititik

Cara-cara
1) Blend bawang,halia,serai...pastu peraplah bersama ayam dlm 1/2 jam..
2) Masukkan santan beserta bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga kuah agak pekat.
3) Kemudian bakar ayam ke dalam oven mengikut kepanasan oven masing2 sambil dititik kuah ke badan ayam menggunakan sebatang serai (macam kita titik satey) hingga ayam masak.
4) Dah masak tuangkan kuah selebihnya atas ayam mengikut selera anda..




PERHATIAN
Cara yang asal sila ke laman Myresipi.com ya..

Isnin, 13 Jun 2011

Sedih Bila Terasa Di Hina..

Hati tetiba tersentap..jantung bagai di ragut..tanpa sedar air mata bergenang2..

KENAPA??
Kerana tidak sudah2 dengan isu perkauman. Adakah ini kebetulan dengan kemenangan TERENGGANU menjulang Piala FA. Sudah2 la tu..sudah dinama REZEKI. 

Sedangkan kami No orang TERENGGANU kawen ngn Abang orang KELANTAN. Ma pun orang TERENGGANU kawen ngan Ayoh orang KELANTAN. Hidup aman bahagia sampai sekarang nampaknya. ALHAMDULILLAH..mudah2an hingga akhir hayat kami..insyALLAH..

tak nampak nak baca?? sila double klik. Copy dari RTDP
Dengan sedikit kesilapan dan tanpa berfikir panjang anda telah menimbulkan rasa amarah rakyat Terengganu.
Agaknya mamat nih kena dengar betul2 apa Ustaz Azhar cakap..


Kita kan hidup aman di bumi MALAYSIA..kenapa nak gaduh2 benda yang remeh temeh. Ya betul dlu memang ada 'sedikit selisih faham' antara dua negeri ini. Tapi itu zaman nenek moyang dlu. Dan No akui memang ada lagi 'sifat2 negatif' di kalangan masyarat setempat bagi kedua2 buah negeri ni. Kita sebagai perintis kenalah kembalikan hubungan silaturrahim yang tersekat dlu. Kembalikanlah keharmonian sejagat bagi bekalan untuk dunia dan akhirat.

Mudah2 'mamat' tu akan di ampunkan oleh ALLAH SWT dan semoga dia sedar akan tindakannya.

Ahad, 12 Jun 2011

Hari Terakhir Di Sandakan Sabah..

Tarikh : 4 Jun 2011

Kira2 jam 8.30pagi kami turun p cari sarapan. Sarapan pagi ni semua makan Mi Soto. Tapi di Sandakan di panggil Sup Ayam/Daging. Soto pula untuk nasi impit + sup ayam/daging. Klo kat semenanjung lebih kurang Mi Celup la. Bezanya Mi Soto ramuannya banyak guna rempah ratus. Yang No paling suka adalah Soto Makasar. Ramuan sama macam soto cuma di tambah kacang tanah dan sambal ladanya adalah ditumis. No memang 'antu' la klo makan ni hehe..

Abang je amik SOTO..
Perasan tak mangkuk tu..No berkenan ingat nak beli 1set. Bila tanya pekerja katanya boss dorang beli di India..hurmmm ingatkan di Sandakan/Tawau ke hehe.. Lepas masing2 dah alas perut sesi memprabis duit la plak. Lokasi restoran (dalam bulatan) dan shopping kompleks tu sebelah bangunan je. Shopping kompleks tu plak 1bangunan dengan hotel kami. Sebabnya tak puas hati lagi nak sambo yang petang semalam punya haha..


Antara yang di sambo..
Cap RM4.50/satu
Kasut Husna : RM20.50
Memang macam balik kampung rasanya sebab di sana semuanya murah2. Masing2 pilih barangan yang berkenan di hati. No?..mmm biasalah agak cerewet sket hehe..sempat amik 2pasang kasut je.  Spender anak RM1 satu je tau No amik sampai 10lai hehe.. Tapi kat sini takde la yang branded tau..paling koman pun Croc Tiruan dengan separuh harga dari Labuan. Klo Labuan dapat RM20 tapi di sini boleh dapat RM11.50/RM12.50 je untuk dewasa dan kanak2 RM5.50. Kebanyakkan MADE IN INDONESIA/CHINA. Biasa la Labuan pun rata2 MADE IN CHINA haha.. Ala kat Klate pun rata2 MADE IN THAILAND. Apa yang pasti TERUJA sangat sebab dah lama tak merasa beli barangan murah.

Pilih punya pilih tak sedo hari dah lewat. Hampir waktu untuk check out dah pun. Cepat2 naik atas dan kemas apa yang patut, kira2 jam 1ptg terus menuju ke KK.

Oh ya, jangan lupa klo ke Sandakan mesti beli Buah Salak. Time tu harga RM4/kg. Lokasi adalah tepi jalan, klo anda menuju ke Sandakan nanti anda akan perasan ada gerai 'check point' di sana.
Besar dan manis rasanya..
Tiba di Kundasang kala senja
Kira2 jam 8.35mlm sampai di KK. Memilih untuk menginap di  Airport View Hotel KK Sabah sebabnya di bandar semuanya FULL. Biasa kami menginap di Kompleks Tabung Haji KK. Tempatnya amat selesa sekali dengan harga yang amat berpatutan.

Lepas check in..terus keluar ke Tanjung Aru KK Sabah. Tempat yang paling sesuai untuk menghirup udara malam sambil mengunyah sesuatu. Malam tu kami memilih untuk makan jagung, RM10 untuk 7batang. Beli 7batang tak cukup tambah 8batang lagi haha..

Jeruk2nya pun No suka sebab 'ubat' dan bahan pengawet dia tak kuat macam 'jeruk siam' punya. Takde nak rasa sakit2 tekak atau dada nak semput bila makan.  No beli buah guava jeruk 1biji RM3/4 ikut saiz. Yum yum...tak sabar nak tunggu jeruk dari P.Pinang yang No kirim tu hehe..


Selamat Tinggal Negeri Sabah Di Bawah Bayu..kenangan bersamamu tiap tahun akan ku simpan selagai jasad di kandung badan.. Ada rezeki di lain masa akan kusinggah bertanya khabar..semoga sentiasa mendengar berita gembira darimu..SABAH...