Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 14 Jun 2011

Ayam Percik

Lama beno dah tak tayang menu masak memasak kan. Kali ni No nak kongsi air tangan No. Tapi minta maaf la ye sebab menu dah berkurun lamanya, sebulan yang lepas hehe..nak kongsi syik tertangguh je. Ni dah alang2 No tayang je le hasil yang tak seberapa tapi rasa yang sangat sedap. No jumpa resepi ni dalam Myresipi.com dan terima kasih kepada tuan punya resepi ni Yani.


Izin No kongsi resepinya la Yani..tapi No dah ubah suai mengikut keperluan.

Bahan-bahan
1 sekor ayam yang dipotong 4
1 biji kelapa -amik santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar (No tak letak)
1/2 camca kecil jintan putih (No tak letak)
1/2 cawan tepung beras (No tak letak)
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
serai untuk dititik

Cara-cara
1) Blend bawang,halia,serai...pastu peraplah bersama ayam dlm 1/2 jam..
2) Masukkan santan beserta bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga kuah agak pekat.
3) Kemudian bakar ayam ke dalam oven mengikut kepanasan oven masing2 sambil dititik kuah ke badan ayam menggunakan sebatang serai (macam kita titik satey) hingga ayam masak.
4) Dah masak tuangkan kuah selebihnya atas ayam mengikut selera anda..




PERHATIAN
Cara yang asal sila ke laman Myresipi.com ya..

5 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Saya suka makan ayam percik, dan juga ikan percik yang peniaga kelantan suka jual dgn nasi kerabu kat Shah Alam/KL ni...

mzhany berkata...

wohooo sedapnyaaa....tengok je teliur adoiii

halila Ibrahim berkata...

oiiitttt bestnya .. saya tak berani nak bakar sekor2 takut tak masak..

coodeang berkata...

Teringin makan ayam ponggeng sekor mcm tu. Makan sorang2 tak payah potong. baham mcm tu je. Syoknye

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

yum yum..shedappp