Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 22 Jun 2011

Kenangan Di Brunei Darussalam Disember 2007

Perjalanan dari Labuan dengan menaiki Feri Labuan-Menumbok selama 1jam 30minit. Dari Menumbok ke Brunei memakan masa hampir 1hari huhu..Tapi sekarang dah ada feri terus ke Brunei jadi masa menjadi singkat. Masa No dlu terpaksa naik ke Sepitang terus ke Lawas. Kemudian kita akan berjumpa dengan check point PERTAMA iaitu di Sindumin Sabah. Kemudian beberapa lagi check point yang perlu kita singgah untuk lapor diri bahawa kita sebagai pelancong ke Negara Brunei Darussalam. Antara yang No ingat adalah di Mengkalap Sarawak, Merapok Sarawak, Pandaruan Sarawak, Tendungan Sarawak, Labu Brunei, Kuala Lurah Brunei, Sungai Tujuh Kuala Blait Brunei. Setiap check point ini anda tidak boleh terlepas. Sekiranya terlepas maka anda akan terpaksa berpatah balik mencarinya. Jangan bimbang kerana anda akan disediakan sekeping peta lokasi hehe.. Perjalanan sekiranya bertolak pagi dari Labuan akan sampai lewat petang di Brunei.

Sepanjang ke Brunei anda akan menaiki 2buah feri. Jaraknya sungai Limbang dengan sungai sempadan Brunei takde la jauh kira2 5minit perjalanan tapi nak tunggu Q tu yang azab. Itu semasa tahun 2007 la..skarang No tak tahu dah upgrade ke belum. Time balik tu lagi azab..terpaksa tunggu 2jam untuk sampai ke giliran kita.

Di Brunei No tak snap banyak gambar. Tapi tempatnya memang No suka sebab bersih sangat. Di jalanraya amat perihatin kepada pejalan kaki. Sekiranya ada pejalan kaki mahu melintas serta merta kita wajib berhenti untuk memberi laluan..sekiranya gagal..surat saman menanti anda.

Bagi penduduk Brunei, makanan dan minuman di sana amat murah dan berpatutan. Bayangkan jus buah baru BND1 segelas dan untuk 1set makan malam untuk No sekeluarga BND20. Antara lauk adalah tomyam/sup/ikan/sayur. Hotel yang No bermalam adalah BND80 satu malam..(sila darab tukaran RM hehe)

Kami sebenarnya berkira2 untuk ke Brunei sekali lagi ujong tahun ni tapi sayang tak kesampaian. Takpe la..lain kali ada rezeki lebih insyALLAH ke sana lagi.

Time No bercuti di Brunei ni kira main redah je. Sampai2 baru nak cari tempat itu tempat ini. Siap amik peta kat hotel. 

Husna dan Faris tunjuk wallet baru..

Masjid Omar 'Ali Saifuddien
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Yang payung2 belakang tu adalah Tamu (Pasar Tani) di Brunei

posing sakan le

amik kesempatan

otw ke Jerudong Park

peace yo..

sempat naik kuda besi haha

unta besi pun jadi la...

kenangan sebelum pulang

hepi family..
time ni Husna 7thn, Faris 6thn, Farihin 1thn 10bln dan fadhlan 9bulan 

passport kumpulan..1kump min 5orang RM250


14 ulasan:

ainnoraini berkata...

belum pernah jejak lagi kat negara brunai tu...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No duk Labuan dh dekat dgn Brunei kan..mmg rugilah kalau x pegi..

~aSFaLiZa~ berkata...

tgk pic akak ni buat saya teruja nak jejak kaki kat sana. insyallah kalau ada rezeki nk pegi jugak. huhuhuhu

Alin Marlini berkata...

seronoknya..tapi barang2 disana mahal tak?

Aku Ibu Muda berkata...

kakNo, masa tu BND 1= brapa RM?

munna berkata...

aduhai bestnya tgk negara org....

YAYA AZURA berkata...

best nye gi jalan sefamily .. yaya tak pernah keluar Malaysia ..^^

kak nor panji alam tu luas..yaya kg nibong .. tak kenal la kwn kak nor..

Norhafiza berkata...

=>wani : time tu dalam 2.3/2.4 rasanya..

=>yaya : ye la kan..luas hehe..kakNo sll ga p sana..

pena rozie berkata...

Seronoknyer dapat g Brunei...

Anak Ulu Cheka berkata...

bestnya dpt jalan2 sekeluarga

Lovely Kitchen berkata...

bila nak sampai brunei ni...

Ardini Humaira berkata...

teringin dni nak ke sana.. nanti nak mintak encik tunang bawak g honeymoon sana.. bulan 12 ni dni kawen. hehehe

mzhany berkata...

wooo sronoknya no dah jejak brunei. hany pun teringin nak pergi brunei uuu beshnyer...

Cik Ina Do do Cheng berkata...

no nampak sangat kemuda belian muka ko. dah lama tu. bestnya , cik ina je tak sampai ke sana lagi.