Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 10 Jun 2011

Sandakan Mengamit Memori

Tarikh : 3 Jun 2011

Sebelah pagi No p Melawat Taman Buaya, (dalam entri lepas). Sebelah petang pula kami menuju ke Batu Sapi tapi hampa kerana kereta takleh masuk dalam. Jalan tanah merah dengan selutnya bergelombang membuak naik hasil bekas tayar 4WD. Dengan kadar bayaran RM1 Dewasa dan 50sen untuk kanak-kanak, No rasa apa salahnya dibina jalan simen pun takpe untuk memudahkan pelawat melawat tempat bersejarah disana kan. Lagipun menurut cerita kawan2 di Sandakan infrastruktur pun tak terjaga. Harap pihak berkaitan mengambil inisiatif ya. Terasa rugi sangat kami time tu. Nasib baik la penjaga tiket tu memulangkan kembali harga tiket walopon belom diminta. Terima Kasih.

Klip Video Batu Sapi

Kemudian terus balik keletihan dan terus zzzzzzz di hotel. Bila tenaga dah pulih kembali kami turun menyusuri Bandar Sandakan menuju ke Pasar Umum Sandakan. Waaaaah, barang2 di sana memang murah2 berbanding Labuan. Kami hanya ke Pasar Kering kerana waktu tidak mengizinkan.

Posing untuk kenangan

0.5kg RM10 (belom tawar menawar)
1kg RM20 (tawar No dapat RM16)
orang tempatan mungkin dapat lagi murah kot hehe
 Memang murah berbanding Labuan la. Bulan lepas Abang beli Ikan Bilis 1kg pun RM25 untuk kiriman kawan. Jadi apa lagi Udang Kering, Ikan Kering sampaikan Belacan pun No beli haha..
1st time tengok Ikan Pari Kering

Ikan Kerapu dan Putih Kering RM12/kg.
 Kemudian lepas p pasar simpan barang terus naik pasaraya terdekat. Masa yang terhad hanya sempat sambo mana yang patut je sebab jam 7malam dia nak tutup perniagaan.
rambang mata weh..murah2 belaka pulak tu
Si Faris (anak panah) memang cerewet orangnya Abang kata macam maknye huhu..tunjuk tu tak berkenan, tunjuk ni xmo..saboooooo. Amik je mana yang patut kemudian bergegas naik hotel sebab ada jemputan kawan malam tu.

Kira2 jam 7.15malam kami bertolak ke rumah rakan FB yang selama ni duk tanya khabar di alam maya je..nah skang dah bertemu mata. Cikgu Zairudin Mohd Ali anak Terengganu tapi kawen ngan anak Sandakan. Dah menetap selama 20tahun di Sandakan. Kami berkenalan melalui group Rakyat Terengganu Di Perantauan dan Saya Anak Terengganu di laman FB.
Sesi berkenalan sebab
Abang tak kenal lagi cikguDeng seblom ni..
sekali jumpa macam dh kenal lama la pla hihi

Layanan yang amat mesra dari tuan rumah
 Kak Intan isteri CikguDengan amat pakar dalam masakan pantai timur walopon dia anak Sandakan. Masakan malam tu pun memang sedap sebab ada citarasa masakan semenanjung.
Kenangan Abadi..semoga silaturrahim antara kita terus erat
Terima kasih kepada keluarga CikguDeng dan Kak Intan atas layanan yang amat mesra walopon baru kenal. Terima kasih juga atas ubatan. Kak Intan ni keje hospital jadi dia kesian kat No yang asyik batuk2 je duk berdehem dibagikan stok ubat walopon No dh cakap ada bawa bekalan. Terima kasih juga atas buah tangan beberapa sikat pisang untuk di bawa balik Labuan.

Jenis pisang yang No tau makan je hehe..besar memang besar..skali goreng cukup 4biji ke dan kenyang makan. Pisang ni bila dia hijau kuning kalo goreng rasa tawar. Tapi bila masak isinya manis2 masam dan memang sedap. Namun bila buat pengat isinya akan jadi pejal pula.



~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~

9 ulasan:

Ila berkata...

bestnyer gi jejalan..sabah oh sabah..nantikan kedatanganku...hehehe

halila Ibrahim berkata...

ooo .. bestnya siap jumpa rakan baru kan...suka la tengok ikan2 kering tu .. selalu kalau kat sini kami p tanjung dawai.. tapi suami selalu pesan jgan beli ikan kering byk2 pasal bukan makan sangat pun tapi kalau udang kering beli banyk la pasal suka buat cucur..

Daddy Ziyyad berkata...

Unik bentuk batu tu kan..baru tau ni...

Best nya dia jumpa org kampung kat sana..ekekekke....

Kakzakie berkata...

Kakak terpesona dgn ikan-ikan masin tu No. Murah betul kalau nak banding di semenanjung. Bole beli dan business kat sinilah No :)

ariana's berkata...

Pisang pun ada bermacam jenis dan saiz ye no..Itu lah kata org..jauh berjalan, luas pandangan..:)

Cik Ina Do do Cheng berkata...

bestnya nengok ikan kering. kat sinikan pari kering pun ada , cuma No tak pernah tengok kot. masak lomak ikan masin ngan nenas sedapkan no.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

salam..hai sy dh kembali..:)..sori No lama x dtg psl rina kurg sihat..

wah cuti sekolah nih No berjalan sakan yer..seronoknya..

mzhany berkata...

no, patutla bejalan sakan eh, pas ni balik semenanjung dah eh

~izan~ berkata...

akak,izan biasa mkn ikan pari kering tu tp dh kerat2..tu dia jual mmg bentuk pari sekor2 ye kak,seronoknya tgk semua tu.mcm kt lumut plak,byk kering2 gitu hehe...

seronok la akak dpt jumpa kwn alam maya...mengeratkan lg hubungan,kiranya lps ni kalau dtg lg,if ada apa2 bley call n jumpa kan kak..