Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 13 Jun 2011

Sedih Bila Terasa Di Hina..

Hati tetiba tersentap..jantung bagai di ragut..tanpa sedar air mata bergenang2..

KENAPA??
Kerana tidak sudah2 dengan isu perkauman. Adakah ini kebetulan dengan kemenangan TERENGGANU menjulang Piala FA. Sudah2 la tu..sudah dinama REZEKI. 

Sedangkan kami No orang TERENGGANU kawen ngn Abang orang KELANTAN. Ma pun orang TERENGGANU kawen ngan Ayoh orang KELANTAN. Hidup aman bahagia sampai sekarang nampaknya. ALHAMDULILLAH..mudah2an hingga akhir hayat kami..insyALLAH..

tak nampak nak baca?? sila double klik. Copy dari RTDP
Dengan sedikit kesilapan dan tanpa berfikir panjang anda telah menimbulkan rasa amarah rakyat Terengganu.
Agaknya mamat nih kena dengar betul2 apa Ustaz Azhar cakap..


Kita kan hidup aman di bumi MALAYSIA..kenapa nak gaduh2 benda yang remeh temeh. Ya betul dlu memang ada 'sedikit selisih faham' antara dua negeri ini. Tapi itu zaman nenek moyang dlu. Dan No akui memang ada lagi 'sifat2 negatif' di kalangan masyarat setempat bagi kedua2 buah negeri ni. Kita sebagai perintis kenalah kembalikan hubungan silaturrahim yang tersekat dlu. Kembalikanlah keharmonian sejagat bagi bekalan untuk dunia dan akhirat.

Mudah2 'mamat' tu akan di ampunkan oleh ALLAH SWT dan semoga dia sedar akan tindakannya.

15 ulasan:

~aSFaLiZa~ berkata...

kadang2 org2 ni terbawak2. maybe dia kurang bercampur dgn org luar dari negeri mereka. tu yg emo kurang bertempat. kalau kita positif, tak de nya timbul isu perkauman atau seerti dgn nya kan kak.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

perkara mcm ni x ptt berlaku..org yg suka kutuk-kutuk gaya bahasa org lain x matang dlm berfikiran..

bunga berkata...

sabar lah sis..biasa la manusia mmg ada yang suka melagakan org..bunga minat ustaz azhar..ehhehe..

mzhany berkata...

panas plak baca ni. tu namanya org kelantan yg tak tau adap hidup sebagai masyarakat. hany rasa orang kelantan lain ok jer dengan bahasa masing masing.

sedar sikitlah, tak payah nak kutuk kita sesama ISLAM ni hanya kerana bahasa/loghat, kita tak sedar yang org bukan ISLAM ni suka hati tengok benda macam ni berlaku. takkan kerana bolasepak nak maki hamun kutuk bagai. nama dari pantai timur, bersatulah demi bangsa dan lebih penting demi ISLAM.

Piasara berkata...

"macam tu sekali marahnya mamat tu..kecewa sbb kelantan kalah gamaknya..tp heran sbb hal kecik pun boleh sampai mcm ni ayat2 power dia keluarkan nak bagi sakit hati org..tak baik.."

halila Ibrahim berkata...

Laaa... tak kan bahasa pun nak di jadikan isu kan... nampak sangat penulis tu tak matang.. tak kan sebab sebiji bola nak musnahkan ukhwah yang ada...

sal berkata...

jgn sedih2..

kita seharusnya brbangga punya pelbagai dialeg,kebudayaan..kelainan itu memeriahkan hidup berkawan..seronok ..

dijohor ni begitulah..ada org terengganu,pahang,kelantan,perak dll..berkawan baik..saling terima menerima apa saja yg dibawanya-kebudy..meriah dan ceria..

Daddy Ziyyad berkata...

Nampak sangat kecewa sebab Kelantan kalah...nak mengutuk dialek org lain pulak..bagi saya, kalau dia nak kata bahasa Tganu tu susah faham, dialek Kelantan tu lagi 10 kali susah nak faham! So harap si pengomen tu cermin2 diri..Saya org Johor, saya hormati adat dan budaya semua manusia..

~izan~ berkata...

alahai manusia...setiap bahasa ada keistimewaan,lg bagus kalau kita bljr faham bahasa tu,tak faham bertanya... bak kata ustaz tu,ada penambahan di belakang yg menjadikan ianya pilihan sebelum perancis hehe..

ni kenyataan pahit lepang ke pait nepang ye kak,eh betul ke? kang kena marah dgn akak memandai2 hehe...sabar ye kak...

cikguden berkata...

orang macam nie takut dengan bayang-bayang sendiri. tak perlu macam nie. emosi tak tentu pasal.

0.01

suri solehah berkata...

salam no..uish apa jenis manusia tu...jangan layan benda gitu no..munkin budak tak baligh lagi tu..akak pun org kel tp tak penah terlintas pelik ngan loghat neg lain

ariana's berkata...

Jangan layan org mcm tu No..Akak pun geram dengar..Abg akak pun asal terengganu,tau! Kampung Tanjung nu..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

biasalah orang yang tak de semangat kesukanan cam tu. tak boleh nak terima hakikat, mula nak hentam sana sini. sabau ye No.

ayushida berkata...

hmm.... rasanya, perkara ni bukan antara tganu dgn kelantan je, ada jugak negeri lain yg tak serasi. Nak buat macam mana, memg ramai org kt malaysia yg fikirannya cetek. Perkara macam tu pun nak diperbesarkan......... semoga dia insafi keterlajuran kata2 dia tu.....

Nora berkata...

Sabarlah No, bukan senang nak puaskan hati orang. Menang pun bising, kalah pun bising...