Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 24 Jun 2011

Siapa Cakap Barang Tak Naik Harga?..

Semalam p beli barang sket. Macam biasa la terus ke tempat yang nak dituju..amik barang..sekali, No terperasan macam angka yang tertera tu dah lain..2-3x No tengok dan selak2 kat belakang takut2 silap letak harga..Mmmmm semua harga sama macam yang tertera..kan dah kata mesti ada yang naik punya..

 Perbandingan harga antara Pasaraya A & B 2-3bulan lepas

Sekarang naik RM1.10 di Pasaraya B

Ini lah harga yang perlu di bayar. Cuma No tak tengok lagi adakah Pasaraya A juga menaikkan sedikit harga. Pasaraya A terletak di pusat bandar dan Pasaraya B berdekatan dengan rumah No. Cuma bagi susu anak2 masih harga lama..Alhamdulillah..

Begitu juga dengan harga makanan di restoran yang kami selalu makan. Purata menu naik 50sen. Air naik 20sen.

APA NAK BUAT..barang naik pun terpaksa beli. Lagipun itu bukan BARANGAN KAWALAN. Nak beli..taknak sudah hihi..Nak tau jawapan meh baca Isu Kenaikan Harga Barang Makanan : Dato' Sri Ismail Sabri.

APA PUN TAK BOLEH....

Tu No tunjuk lagi harga Kipas Udang disini - No lupa harga sebenar..No dah tuko Kicap Adabi dengan harga RM5.70..lagi murah dan sama sedap. Yang kelakarnya klo kat kedai Mesra Petronas lagi mahal..aduyai..

Pernah tak tengok iklan kat tb suh kita banding harga dalam http://www.1pengguna.com/. Namun masih baru lagi dan diharap memberikan lebih informasi. Jom kita ke sana kejap...

18 ulasan:

eddy syrol berkata...

now minyak masak selalu habis kat sini..nape ye... huhuhu

jom terjah



MAKAN PETANG





SARAPAN YANG BERAT

Kujie berkata...

memang terasa harga brg kt cni naik..bln lps saya beli kopi 3n1 kt kedai a rm7.80 (ada free bekas) pastu saya g kat kedai B (next week), brg yg sama..harganya rm12.50...terkejut tgk..yg saya tau kedai B price agak tgg lah..kedai kat bandar..first time shopping kt ctu..biasa kt family jer..

Norhafiza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Norhafiza berkata...

=>eddy syrol : ya, Labuan pun sama..terpaksa beli yg mahal dh skang sbb yg biasa dh abis stok..

=>Kujie : mak ai..lagi tinggi beza rege tu huhu..

suri solehah berkata...

sebut kata harga ni no memang pening kepala..org cakap bolehlah nak ubah gaya hidup lah..kurangkan itu..kurang kan ini..yg pastinya hidup ni dah lama serba kekurangan

munna berkata...

kenalah kita sebagai pengguna bijak memilih....

halila Ibrahim berkata...

emm.. kalau sebut bab harga barang nie.. mmg menyakitkan hati jer.. sebab tak pernah nak kurang asyik naik saja...suka tak suka kena beli juga...

ariana's berkata...

Isu harga barang naik ni tak abis2 dari dulu sampai skrg..pak mertua akak ckp, dia balik Tganu baru ni, harga kueh mueh kat sana pun dah naik..kena tgk kedai lah..Ye lah dah kalu brg asas nak buat kue tu naik, tentu lah mereka pun kena naik kan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

mmg asyik naik je harga barang turunnya x penah..

mzhany berkata...

ntahla no, nak naik cepattt jer, tapi tang turun, mcm xpernah pulak kan.

cikguden berkata...

pening-pening. rasa nak pitam. huhu

intan morsalin berkata...

barang sik naik jer...tapi gaji x naik2 lagi ni..abih tu camno??makin defisit ler income kita

wahida berkata...

mmg ada peningkatan harga...sedih kan kak...

NzA berkata...

gaji je xnaik2 No...nk xnk kena beli gak brg2 keperluan tu...

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No ,kalau sebut pasal rega susu, memang ada banyak perbandingan rega pasaraya ngan kedai kecik. Dulu masa anak akak kecik lagi, akak suka beli susu kat kedai ubat cina ,murah .Kedai mesra petronas tu, memang barangnya mahal.

tiefazatie berkata...

wah!rindu monegain kak!huhu

Ardini Humaira berkata...

coklat boost cadbury fav dni naik 30sen. uwaaaa

konfius.com berkata...

Saya ada buat kajian perbandingan harga sebenar lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, 99 Speedmart dan Giant. Carrefour masih dalam pertimbangan. List tu masih belum complete tapi boleh download kat www.konfius.com

Perbandingan terperinci 20 barang2 di supermarket pun boleh di download kat www.konfius.com

Sebenarnya list ni utk mak saya. Saya plan utk update harga barang2 tu setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di university Malaya.

Video kempen kesedaran pengguna pun boleh dilihat kat
http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0&noredirect=1