Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 4 Julai 2011

Jamuan Terakhir Tanda Perpisahan

Selamat bersua kembali. No harap anda semua baik2 aje ye..No pun hari hari ni Alhamdulillah..segar dan bertambah ceria. Alhamdulillah akhirnya selamat sudah impian Abang untuk membuat jamuan kecil2an. Tak ramai pun kami panggil sekadar rakan2 yang paling rapat je dalam 5keluarga.

Menu pun No buat Nasi Ayam dan pencuci mulut No bantai Nata de Coco beli yang dalam tin tu secara ringkasnya. Apa taknye duk ke hulu ke hilir tup2 jam 4.30ptg baru nak mula masak. Jam 7.30mlm janji dengan mereka. Tapi Alhamdulillah sebab masakan pun ringkas je jadi sempat No sediakan untuk tetamu.

Nasi Ayam Che'No..
Abang kata dah leh nak buat jual hehe..

Nata de Coco dalam Sirap Mangga..sedap gak

KakYus, Nani, Ustaz Zainal dan Ustaz Sukarno
 Antara yang terawal datang..senduk jangan tak senduk Nani ooi...

KakAna, AbgMan, Ustaz Zainal, Ghani, Nani dan Tie
 Tetamu seterusnya..

Hehe..ada mirip tak?
 Mesti la bukan kan dah bukan mak dia hehe..Comel..No geram sangat..ni anak Ustaz Suffian yang nampak separuh badan berkopiah kat belakang tu..

KakAna, Tie dan Narita

Afnan dan alaaaa...lupa la pula namanyee huhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni jam2ptg pihak fowarding datang packing barang..mungkin memakan masa 2-3hari tengok pada keadaan barang2 rumah..insyALLAH No akan singgah bila ada masa terluang ya..No sayang anda semua yang sudi singgah sini..terima kasih banyak..


ALHAMDULILLAH..rumah ini juga dah ada penyewanya.

7 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

mesti sedih kan kak no .. tapi mesti gembira jugak pasal kembali ke semenanjung ... rajin buat nasi ayam kalau saya rasa renyah la nasi ayam pasal banyak benda kena masak.. haha.. nampak sangat sy malas kan...

Ann Huda (Ate) berkata...

Dah nak balik semananjung?

Labuan tu sama jer mcm KK susah nak cari makanan yang sedap. Nak sedap kena masak sendiri...Pas ni boleh lah No jual nasi ayam kat Perak...;)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

semoga semuanya dipermudahkan ya No..

Daddy Ziyyad berkata...

dah makin hampir nak berpindah ya....

semoga dipermudahkan urusan...

azila berkata...

selamat kembali ke semenanjung kakNo:)

sal berkata...

seronok ...krn dh dpt balik ke semenanjung..

sedih..krn meninggalkan kawan2 di sana..

tentu begitu perasaan no,kan..

apa2pun moga no akan gembira apbila balik ke sini, tempat kelahiran..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No mesti sedihkan tinggalkan kawan-kawan lama. no akak tertarik ngan nasi ayam ko. mesti sedapkan. No kenapa dalam blog ni dah lama no tak letak entry masak-masak?