Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 21 Julai 2011

Rumah Sewa..SELESAI

ALHAMDULILLAH..SYUKUR kehadrat ILAHI kerana telah memakbulkan doa kami dan mempermudahkan segala urusan kami berkat sokongan dan doa anda semua. TERIMA KASIH SAHABAT sekelian ya.

Mula2 No berkenan umah ni..

Type: Houses, For rent Property Type: Double storey Size: 1400 sq.ft. Bedrooms: 4 Bathroom: 3 Furnished: Not furnished Monthly Rent: RM 550

Terus No tepon Abang bagitau. Abang kebetulan dah keluar tengok umah lain dengan kawan dia lagi 2org. Abang cakap on the way balik nanti la leh singgah sana pla. Tapi menurut Abang dia dah berkenan rumah yang dia tengok tu. Rumah tu baru siap dan lebih kurang sama la macam yang kami nak teres 2tingkat 4b3a (lebih kurang mcm atas). Cuma sewanya lagi murah RM440 je. Bayo deposit 2bulan + api air 1ribu lebih sket je. Kawasan sekolah anak2 pun dekat sangat. Suasana kebanyakannya melayu (kawasan teres 1tingkat). Berbanding dengan gambo atas No tanya ajen tu nak caj fee+deposit = RM550 + RM2100.

Nak jadi ceritanya, nak p cari kawasan umah gambo atas tu punya la susah. Masuk sana sini sebab silap jalan. Masa hampir suntuk sebab kawan Abang tu nak kena amik anak sekolah pula. Last2 jmp juga rumah atas tu. TAPI, abang tak berkena sebab depan jalan utama dan lokasi yang AMAT SIBUK. Sekolah anak pun jauh. Orang tua pesan klo urusan kita susah jangan kita paksa sebab ada la hikmah tu.

Malam tadi No p la tengok umah tu dan No terus berkenan. Dekat juga dalam 9km ke bandar Ipoh. ALHAMDULILAH tepat pilihan Abang. Snap gambo tak clear sebab silap setting kamera huhu..

Time balik konon2 Abang cakap nak keluar ikut jalan lain sekali sesat lagi haha..alih2 dapat juga jalan keluar.. Sampai bandar, No pun cakap la nak p tengok umah atas tu. Sekali masuk taman (1km je dr bandar Ipoh), masuk sana celok sini last2 sesat lagi. TAK JADI LA NO NAK TENGOK SEBAB RASANYA MEMANG ALLAH TAK RESTU KOT.. Terpaksa keluar ikut lebuhraya la pla hahahaha...memang cukup advanture la malam tadi. Bila tengok meter ada la dekat 40km duk pusing2 dari balik td...padahal klo balik ikut jalan masuk td 9km je..saboooooo.

Pe2 pun sekali lagi SYUKUR No panjatkan..ALHAMDULILLAH..

Sekali lagi TERIMA KASIH SAHABAT semua kerana sudi bertanya khabar No ya. Sahabat fb juga banyak membantu.

Psssst : klo p Tambun singgah le umah No..dekat je dalam 2-3km je kot hehe..


20 ulasan:

Ila berkata...

alhamdulilah kak no..dapat jugak akhirnya ek...kat ipoh rupanya..tak jauh je...

azila berkata...

Alhamdulillah..wahh..KakNo dah balik semenanjung.sonok tak?hehheh

Nora berkata...

Alhamdulillah, baguslah No dah dapat umah. Mesti lega rasanya kannn... :)

~izan~ berkata...

Alhamdulillah..selesai sudah...jauh tu kak beza 9km pegi dgn 40km baluk hehehe...

ayushida berkata...

yeay! dah leh pindah ! hehehe... alhamdulillah.......

Kujie berkata...

wah..murahnya sewa kak no...kalau kat labuan, dkt 4 angka sewanya...

Piasara berkata...

"Alhamdulillah,dah settle hal rumah sewa...senanglah...sian anak2 dok berkurung kat bilik hotel jer kan.."

Amy Syaquena berkata...

a\salam kenal singgah dan follow sini. Nor sewa dekat area mane.ipoh tue. ipoh banyak rumah murah2...

halila Ibrahim berkata...

Lega kan.. 1 hal dah setel.. selamat masuk rumah baru..

Kakzakie berkata...

Alahmdulillah dah pun dapat. Bila nak cuci dan masuk. Huh... No satu kerja lagi yg sangat meletihkan bila nak masuk barang-barang....

Daddy Ziyyad berkata...

Murahnya sewa rumah kat Ipoh!

Lepas ni selalu lah gi Jusco Ipoh tu..ekekekek..

ainnoraini berkata...

dah dpt rumah ye..senang sikitkan...

rATu kEBaYA berkata...

alhamdulillah.. selesai jugak masalah rumah ni ye. lepas ni nak berkemas pulak..

sal berkata...

syukran..dah ada tempat berteduh..
hanya nak kemas barang, tentu memakan masa..

harap2 happy kat sana..
ada sesetengah brg kt ipoh murah berbanding tempt lain..so bole shopping..

munna berkata...

alhamdulillah dan selesai ye kak no...lepas ni bolehlah nak deco2 rumah ye...

Ann Huda (Ate) berkata...

Alhamdulillah..pasti lega dah dapat umah. Murah sewa kat Ipoh ek..

mzhany berkata...

alhamdulillah no, akhirnya...sgt besh sewa 440, haishhhh rezeki no...ameen. kat sini setara tu umoh, 700 paling rendah haishhh. tapi ingat ingat kan no, kelik duk kelate duk ganu gok sedak kang? ;)

GreenJade berkata...

Alhamdulillah selamat urusan akhirnya.

xpe sis apa yg penting easy access nk ke mana2 kan. mama senang..papa senang..anak2 pun senang..ke mana2. :)

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No RM550 tu dah kira murah. besar betul rumah tu. akak nengok pun berkenan.la No kat perak ke, kenapa lah akak asyik ingat no kat Trengganu.

Najmi Anuar berkata...

Salam kak no..area rumah sewa tu banyak lg kosong tak? Dekat 3minggu kami cari rumah sewa di ipoh ni, tak jumpa y berkenan..hari ji nak start lapor diri pula huhu