Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 18 Julai 2011

Selamat Tinggal LABUAN

Tarikh : 13 Julai 2011

Bertemu lagi kita di alam maya ni ya. No harap anda semua sihat hendakNYA. Lama sungguh No tak buat entri.  Sejak menjejakkan kaki di Tanah Semenanjung masa betul2 tak izinkan No nak menjengah anda semua. Banyak masa di habiskan di sepanjang jalan raya. Lepas ni No akan slow2 p jengah anda semua ya. InsyALLAH.

Pertama sekali No nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua sahabat yang telah sudi mengiringi No di Lapangan Terbang Labuan.
TERIMA KASIH SAHABAT
Flight berlepas tepat jam 7.45pagi di LA dan sampai tepat jam 10.05pagi di KLIA.

dalam flight
Sampai di KLIA..geng Rakyat Terengganu Di Perantauan dan Saya Anak Terengganu Surim dan Abang Man menjemput kami dan terus konvoi ke Kajang. Di sana kami berkumpul di Restoran Kemamang, Kajang. No mencuba Laksa Pinang dan memang sedaaaaap sangat..Kuahnya yang pekat dan terasa semua bahan. TERIMA KASIH kepada Syed kerana sudi belanja kami. 


Lihat lah kereta kami yang penuh dengan barang2. Sampai kan dalam kereta pun jadi.Nasib baik tayar tak bergeser.


Lebih kurang jam 2.30petang kami bertolak dari Kajang (singgah umah abang No dlu jap)

ALHAMDULILLAH..perjalanan kami melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang-Kota Bharu selamat sampai kira2 jam 11.30malam. Tung tang tung tang jam 1pagi baru lena.

12 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

selamat datang ke Perak..

Aku Ibu Muda berkata...

kak No, kalau wani ada kt lipis masa tu boleh transit..benti rehat, betul2 urat...hehe

Daddy Ziyyad berkata...

Syukur Alhamdullilah..selamat sampai semuanya...slow slow lah punggah barang susun barang kat rumah baru..mesti penat :)

~aSFaLiZa~ berkata...

alhamdulilah dah sampai semenanjung. lepas ni mesti menanggung rindu di labuan pulak kan kak

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No pindah rumah baru memang memenatkan.ambik masa no, akak pun dah lama tak berjalan blog kawan-kawan, sibuk semedang sekarang ni.Selamat pulang ke Malaysia.

tiefazatie berkata...

bestnya naik mas!hihi..mknn sedap tue kan..hihi

mzhany berkata...

alhamdulillah no...dah selamat sampai yer. ni rehat kt kapung dulu r nih? huhu rindu ke kapung...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

selamat kembali ke semenanjung No..:)

sal berkata...

kat msia tentu banyk kawan2 ye..
moga semuanya ok apb dah berpindah ke sini..
dpt cepat menyesuaikan diri dgn persekitaran kat sini..

ariana's berkata...

Selamat pulang ke Semenanjung No..
Slow2 lah kemas barang tu, jangan sampai demam pulak..buat sikit2..biasa lah kalau berpindah ni, mmg penat.

~izan~ berkata...

salam kak,lama izan tak dtg sini n akak pun dah makin dekat dgn kami rupanya...

slmt berkemas kak..slow2 kak,nnt dah setel semua,bley jln2 smula..izan pun baru nk start jln2 ke blog kwn2...

Hanis MY berkata...

selamat pulang ke semenanjung mesti byk kenangan kat sana kan...