Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 25 Julai 2011

Senja Bertandang Lagi

Baru 3 malam No duk di umah sewa ni. Apa yang No suka ialah suasananya amat sejuk di pagi hari. Tido malam pun nyaman je udaranya. Tiada bahang panas seperti di Labuan hehe. Jika musim hujan akan kelihatan kabus menebal di puncak bukit sekitar Tambun . Suasana disekelilingi dengan Bukit Batu Kapur. Memang sejuk.

Makanan disini? Waaaah..apa yang dapat No katanya amat murah berbanding Labuan. Sebagai contoh sebelum harga minyak naik dlu..3menu yang No selalu beli ialah; 

menu wajib..
Tomyam Seafood + Sup Daging + Daging Masak Merah = RM16. Selepas harga minyak naik sebulan dua yang lalu..harga 3menu tersebut menjadi RM18.

TETAPI disini 3menu tersebut hanya berharga RM12 SAHAJA. Di Labuan nasi kosong RM1.50 sepinggan tapi disini hanya RM1 SAHAJA. Milo ais pula RM2.20 (Labuan) RM 1.50 (Ipoh). Rasanya pun boleh tahan sedap. Puas hati betul la..Syukur ALHAMDULILLAH dengan nikmat ALLAH ini.

Rumah pun agak selesa.. walopun sikap ownernye tak berapa selesa huhu..takpe la, kita menyewakan sabo je la. 


Kedudukan betul2 menghadap bukit sana. Jadi tiap2 petang la No boleh lihat sunset hihi.. Suasana hening senja juga amat mendamaikan disini.. 

Oh ya, lupa No nak bagitau..sebenarnya umah No masih KOSONG..barangan kargo katanya dah sampai Shah Alam 23-24 Julai. Mungkin esok lusa sampai la di Ipoh ni ya. Ini bermakna No terpaksa beli sedikit barangan asas seperti pingang mangkuk, gelas dan sudu. No juga dah beli rice cooker dan beras tapi tak guna lagi tak sempat nak masak hehe. Mana taknya cuci pakaian yang 1lori ni cuci pakai tangan. Nak beli mesin basuh pun alang2 nak sampai dah kan. Yang bestnya No cuci Abang jemo hehe..kesian agaknya nengok bininya tercongeng congeng lam bilik air tuh haha..

see,,kosong lagi hehe

19 ulasan:

abazilah berkata...

hye , blogwalking jap .
tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
tq :)

halila Ibrahim berkata...

nampak selesa n besar jugak rumah kak no ni kan .... area org melayu ka...

yatie Awang berkata...

suami mithalikan....hihi, selamat berkemaslah ye hihi

Hanis MY berkata...

lawanyaaa rumah tu! mahal eh brg2 kat labuan...tak sangka plak, ingtkan lg murah, huhu sabar jela dgn tuan rumah tu eh...

Aku Ibu Muda berkata...

mesti bergema2 dalam rumah tu kan kak No...

~aSFaLiZa~ berkata...

sume nya baru kan kak. huhuhu

ayushida berkata...

seronoknya tengok sunst hari2.... wah kargo sampai, banyak lah kerja k no ye.. hehehe.... cuci pakai tangan membantu membakat kalori... hehehehe.... selamat mengemas..!

MaMa NuRuL berkata...

seronok nya tgk rumah...luas.

Piasara berkata...

"wah best jer akk dgr..
alhamdulillah..dah 7 thn di labuan,dah biasa dgn harga brgn mahal..bila dpt harga murah tentu best kan...yg paling best suasana sejuk tu...akk tk merasa la suaana sejuk kt rumah akk kecuali kalau akk balik kg...,no..satu hari insyaallah nak jugak singgah rumah no...kalau di izinkn allah.."

ariana's berkata...

Nampak ok juga rumah baru No ni..tp tak lama penuhlah dgn barang ye..:)
Cantik gambar sunset tu..
Sib baik ada Cikabg yg sporting tlg jemur kain ye No :)
Slmt menyesuaikan diri ditempat baru!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

nampak selesa rumah sewa tu No..larat betul cuci tgn pakai tgn..kalau rina hantar dobi jer hehe

sal berkata...

seronok berpindah ke rumah baru..

memang ada barang2 kat ipoh lebih murah berbanding di kawasan lain....dari segi kewangan kita,tentulah ekonomik sikit..

mzhany berkata...

no, beso rumoh. beshnyer...eh eh tilam ijau;)

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Tak sangka plak makanan kat labuan mahal ye. seronoknya no dah pindah rumah sewa, permandangan cantik. nak berkemas satu kerja, mahu demam dibuatnya. nasib baiklah abang rajin tolong no.kalau nak harap sorang diri wat kerja ,penat.

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No, akak dah email alamat, malam tadi.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

guasegan nak antardobi,nanti awek dobi cakap baju pun suruh org basuh

YATZAKIE berkata...

wah kak no da pindah...selamat berkemas la kak eh..hehe

~izan~ berkata...

Alhamdulillah..semua selesai yer proses masuk rumah akak.tnggu brg2 plak n bersilat nk kemas..slow2 tau kak nanti..

mmg nmpk luar rumah sewa akak ni..selesa tu. =)

azila berkata...

ala...siannyer.harap2 cepatlah brg2 katNo sampai..susah nak buat keje kan kalo xcukup peralatan nih...so skang xmasak lg lah kakno?durian dah mkn?heheh