Rakan Maya

Kenali No

Foto Saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 9 Ogos 2011

Air Tuak..Anda Ingin Tahu????

Selamat pagiiii..wah wah wah, semalam dan hari ni No tersenyum simpul bila membaca komen anda semua mengenai tuak. Baru No tau rupanya ramai juga yang belum tahu pasal tuak. Ada yang tanya TAK MABUK ke?..BOLEH MINUM ke? hehe..

Ok, air TUAK atau NIRA adalah tidak MEMABUKKAN pabila kita minum tepat pada masanya.
Setelah No mencari info pasal tuak ni, alhamdulillah No terjumpa 1Fotopages yang mana bapanya sendiri menjadi TOK NYADAT (penyadat). Tuak juga ada 2jenis iaitu TUAK BERAS, TUAK KELAPA dan TUAK NIPAH.

TUAK BERAS
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

TUAK KELAPA/NIPAH
Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air NIRA yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

No lebih suka TUAK KELAPA kerana rasanya yang manis berbanding TUAK NIPAH kerana rasanya agak kuat sedikit. Bagi No lebih rela minum TUAK dari AIR KARBONAT kerana ianya tidak membuatkan kepala No terasa sakit akibat kandungan gasnya. Walopon tuak juga mengandungi gas tetapi ianya amat lembut dan yang pasti SEDAAAAAP...

Mayang kelapa perlu diikat terlebih dahulu supaya ia tidak pecah. Kemudian pada bahagian hujung mayang tadi akan dipotong sedikit supaya tuak dapat keluar. Keadaan ini akan dibiarkan sehari.

Pada keesokannya barulah mayang yang telah dipotong tadi akan ditadah dengan menggunakan "tukil"(tempat tadahan air tuak). Dahulu tukir ini diperbuat daripada buluh, sekarang nak senang digunakan sahaja botol air minuman. Biasanya air tuak akan dipungut dua kali sehari iaitu pagi dan petang 

Setiap kali air tuak dipungut, hujung mayang kelapa akan dipotong sedikit demi sedikit sehinggalah air tuak tidak keluar lagi. Selepas itu, ikatan pada mayang tersebut akan dibuka. 

Inilah hasilnya, air tuak atau nira, sangat enak diminum, tambah-tambah lagi pada musim puasa seperti sekarang. Tuak mesti disimpan dalam peti supaya tidak masam. Kalau masam ia tak boleh diminum lagi kerana tuak tadi telah bertukar menjadi minuman yang memabukkan. Tapi kalau ia dibiarkan dalam masa yang lama ia boleh digunakan semula kerana ia telah bertukar menjadi cuka. Cuka ini lebih sedap daripada cuka yang kita beli kat pasar.


TOK NYADAT (Penyandat kelapa) kenapa ianya dipanggil sedemikian??..ini kerana mereka selalu mengguna sejenis senjata tajam yang dipanggil SADAT atau SABIT untuk mencantas mayang/pelepah kelapa.


tq engoogle
 Dengan penjelasan ini No harap anda semua faham hehe..


sumber : 
http://zukeri.fotopages.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuak

Kepada enZukeri Ya, terima kasih banyak2. Maklumat dan info anda amat membantu.

12 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kalau ditempat kakak tuak dikatakan yg dah masam dan boleh memabukkan - tak boleh minum. Tapi yang boleh diminum oleh kita dipanggil Nira... Tak sama istilah ye....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

oh..kiranya No minum yg belum disimpan lama lah kan..psl kalau simpan lama nnt jadi masam dah mcm minum arak lak kan..perkataan tuak tu yg buat rina seriau hehe..

rATu kEBaYA berkata...

mungkin nama dia nira kelapa kot.. sebab mak sy pernah jugak minum tapi dia panggil nira.

MrS. F!zA berkata...

dlu kt kpg kalo air mabuk je kitorg pggil tuak..bila dh kahwin ngn org klntn mula2 tu mcm pelik lah nape air tuak leh jual sana sini merata2..hihihi rupanya air biasa je..

ainnoraini berkata...

pernah dgr..tapi tak pernah pulak rase...

halila Ibrahim berkata...

Betul kata Rina.. perkataan Tuak tu nampak satu benda yg memabukkan.. tapi kalau masih belum masam orang kat sini panggil Nira... tapi tak pernah la minum...

cikguden berkata...

ramai lagi ke golongan tok nyadat sekarang nie. rasanya nak bilang dengan jari pun susah.

ariana's berkata...

bila dengar tuak, rasa macam minuman yang memabukkan.. kalau sebut nira tu akak tau lah..yang org selalu jual tepi jalan tu, terutama bulan ramadhan ni..banyak..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Betul tu No .air tu sedap tu sebab kat rumah MIL ada simpan, dia beli sebab bila masak ayam halia dia buh tuak tu.Cubalah kalau no masak ayam buh tu sedap.

Jangan simpan kat luar nanti minum boleh mabuk. betula no kena letak dalam esbok.banyak orang salah paham pasal tuak.

munna berkata...

klu jln ke hala kuantan...mmg banyak yg jual air nira di tepi2 jalan ....munna suka nira kelapa

Pia berkata...

"ooooo...macam tu rupanya,cik ina pun tau pasal tuak ni yer..akk kalau air nira tu selalu lah dgr....tp ini tuak..tu yg konfius sikit tu no.."

~izan~ berkata...

izan selalu nmpk spjg jln masa gi hala ke kelantan n tganu sana...tak pernah minum..tp tulisannya air nira..sama ek..hmmm