Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 25 Ogos 2011

Boleh Percaya Ke?

Alhamdulillah..bersua kita lagi di alam maya ni ya..sejak dua menjak ni mood kelaut sket nak berblog. Mungkin akan kembali normal selepas musim perayaan kot..Mudah2an la ye...amiiiin..

Terima kasih ya Fazz sebab sudi tegur kakNo hehe..

Oh ya, satu lagi pasal hadiah untuk 10orang yang teristimewa tu dalam entri Istimewa Untuk Anda No belom pos lagi. Dah siap bungkus dah tp asyik tertangguh je..Tolong maafkan No ye atas kelewatan ni. Takut pla anda semua tertungu2.

InsyALLAH lepas raya
akan selamat sampai ke rumah anda


Berbalik pada entri kali ni. Minggu lepas Abang ada kirim sesuatu pada jiran No yang No cerita dalam entri Jiran Yang Baik Hati. Nak tau apa yang Abang kirim?

Lepas Abang duk borak2 kat luar dengan Mrs Lee. Abang masuk lam umah dan bagitau..

Abang : Abang kirim duit kat jiran sebelah, nak tukar duit raya.
No : Ooo ye ke..

Kan hubby dia keje PB hehe..

Eh, bia betul Abang ni? sampai PERCAYA macam tu sekali..No kata dalam hati je takde la cakap kat Abang. No pun buang jaoh2 perasaan was2 tu.

Beberapa hari lepas tu.
Abang : Ada jiran seblah bagi tak? (duit dia la tu)
No : Takde lagi..jawab No ringkas

Tiba-tiba..
Ruslaaaan...Ruslaaaaan..

Sayup2 kedengaran suara diluar. Abang bangun dan terus keluar..sambil masuk umah tersengih2 sambil menunjukkan habuan yang ditunggu2..


Alhamdulillah, nampaknya boleh percaya juga la kat jiran seblah ni ye. Syukur sangat2..

Bukan ini saja pernah dia hulur 1plastik buah anggur pada No..
"U bagi kat anak2 U ye time berbuka nanti ya.."

Siap dia tanya bila umo yang sesuai anak2 start berpose. Bagi No la kan, No tak paksa sangat anak2 ni berpuasa time dorang kecik2. Biasa time umo 6tahun ajar pose sekerat hari dlu. Kemudian 7tahun ajar penuh la pula atau semampu yang dorang dapat.

Aduyai, malu la pula No kat dia sebab setakat ni No tak bagi apa2 lagi. Hajat nak buat cookies hanya tingal niat je. Lusa dah nak balik kampong. Hurrmm nampak gaya kene cari la pebenda ole2 kat kampong tu nanti ek..errr agak2 dorang pandai tak makan DODOL KELANTAN? hehe..sedap tau..No suka yang kaler coklat tu..bukan yang bunjut kecik2 tu..tp yang 1pek berat dia dalam 500gm.

Anda suka tak?

10 ulasan:

ariana berkata...

Syukur lah..dapat jiran yg baik mcm tu, walaupun berlainan agama dan bangsa kan No..siap dpt anggur lagi.:)
Lusa balik kampung ye No. Moga semuanya selamat ye.. bolehlah bawa buah tgn untuk jiran yg baikhati tu.
Akakpun x paksa sgt anak2 berpuasa masa kecil, yg penting biar dia faham dulu konsep berpuasa. Insyaallah bila dah besar, dia takkan tinggal lagi..( 7 dan 8 tahun dah mula belajar. cuma tggal beberapa hari je lah)

halila Ibrahim berkata...

hihihi... Kak No.. kak beli ja kekacang , kuih raya atau ketupat.. depa suka apa yg kita makan untuk hari raya.. saya kalau raya mmg dah sediakan beberapa beg n bekas untuk big bos dan rakan2 cina suami sy...anak2 sy pun akan dpt angpow dr depa...

Daddy Ziyyad berkata...

Cantik bungkusan tu..hehehehe

Selamat Hari Raya Aidlifitri No....

Kakzakie berkata...

Berjiran bangsa asing bagusnya tak ada umpat-mengumpat No. Kakak rasa kalau jiran kakak dodol dia makan tak tahulah jiran No itu. Beli saja kalau dia tak anak No pos kat kakak hihihi.....

Selamt Hari Raya No, maaf dari kakak ye selalu gurau...

ainnoraini berkata...

selaamt hari raya dari kak ain untuk No sekeluarga...

maaf zahir dan batin..

Dr. Ben berkata...

dodol best... perak kat mana?

aizamia3 berkata...

alhamdulillah dapat jiran yang baik..
moga hubungan itu berterusan..

sal berkata...

no..selamat menyambut hari lebaran

moga ceria2 di samping keluarga tercinta...juga dengan jiran yg baik hati..wpun bukn islm..namun dpt menyenangkan hati..

kayrul-shah berkata...

untung kak no dapat jiran yang baik macam tue

pamie berkata...

balik ctu nanti, buat la open house terus kak no..ajak mrs.lee tu masak masakan melayu nanti..hehehe..