Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jiran Yang Baik Hati..

Wah wah wah..macam tajuk cite CERITA BUKU KANAK-KANAK la pla eh..takde, sebenarnya No nak cite pasal jiran No ni ha..takde kene mengene ngan buku cite ke apa.

Masa : 1 Minggu lepas pindah
 Lepas masuk gate amik anak sekolah, keluar jiranA (lelaki) seblah kanan umah No (Chinese) dan say HELLO serta bertanya khabar le..ok, friendly juga rupanya. 

Masa : 2 Minggu lepas pindah
Time No nak keluar rumah sambil buka gate, keluar jiranB seblah kiri umah No juga lelaki tengah buang sampai. Macam biasa la No senyum dan say HELLO. Dia hanya membalas dengan say HAI sambil tersenyum..OK FINE..pemalu kot..

Masa : 3 Minggu lepas pindah
Time No jemo kain, keluar jiranB (wife dia plak).
Wife JiranB : Hello
No  : Owh..Hai, good morning..
Wife JiranB : Ya, morning..are u chinese?..
No : No, i'm malay hehe (sambil senyum yang paling manis hehe)
Wife JiranB : Owh, sorry..i 
ingat u chinese..dari Sabah ye?
No : Bukan2..kami dari LABUAN tapi kami orang semenanjung. My hubby keje sana. I'm from Terengganu, my hubby from Kelantan. Owh, tu nenek moyang i punya cerita hehe..i pun sudah lupa i generasi ke berapa..
Wife JiranB : O I C..ramai anak u..u tak keje, senang la jaga anak2. U muda lagi.
No : Eh, takde la..i'm already 34 la, mana ada muda..
Wife JiranB : Wah, ya ka..u looks younger la No tak kata hehe dia yang kata..i pun soploh tahun older than u..wah, bagus2 la i jiran ngan u..so peramah..i'm Mrs Lee, u nak panggil apa?
No : Panggil No je takpe hehe..

Masa : Cuti Nuzul Al-Quran
Kira2 jam 10.30pagi No masih terbongkang atas katil. Tetiba Faris masuk ketuk bilik.
Faris : Mama mama, ada orang datang.
No : Sapa Be (mata pun tengah mamai lagi)
Faris : Tak tau, pompuan cina.

Aish..baru 17hb takkan awal beno Mrs Yip datang amik sewa umah huhu. No pun bangun tengok kat lua..Loooo upenye jiran sebelah kiri umah No ni ha..

No : Kejap ya..(laung No sambil capai apa yang patut)..
Sori a, i tido tadi tu yang tak berapa dengar u panggil..
Wife JiranB : Oooo sori2 ganggu u. Ni ada husband i bagi ANGPAU untuk u. Dia keje Public Bank. Hari tu kan u say HI to him so dia nak ucap terima kasih la..
(sambil bagi sekampuh sampul duit raya..)
No : Owh..susah2 je..tima kasih banyak2 ya..

tanda ingatan jiran yang baik hati..Thx ya..
Nampak gaya No kene wat juga sket cookies untuk balas balik nih..bak kata pepatah..orang berbudi kita berbahasa..betul kan?

18 ulasan:

Cik Ina Do do Cheng berkata...

best nya jiran baik -baik belaka. tapi no kekadang lebih selesa berjiran ngan bangsa asing dari bangsa sendiri. kekadang ni bangsa sendiri lebih pada nak bizi body. no muka ko ni cam cina skit, nasib baik ko bertudung.

~aSFaLiZa~ berkata...

wah best la mcm ni. sng cite dpt jiran yg ok kan

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

bertuah dpt jiran yg baik hati..mak rina punya jiran waduhhh mcm hantu polong hehe

Aku Ibu Muda berkata...

sebbaik dpt yg baik hati kann

~izan~ berkata...

betul tu kak..untung dpt jiran2 yg mcm tu..

kalau ada isi lagi best ekeke

suri solehah berkata...

no ni..adalak dia cakap cam tajuk buku citer kanak-kanak hehe..beruntung no dapat jiran yg baik...

halila Ibrahim berkata...

best la.. sebenarnya cina pun ok la.. suami sy dia sorang je malay kat office.. tp so far ok sangat...

sal berkata...

bertah dpt jirn yg baik..

Daddy Ziyyad berkata...

Setuju dgn komen Cik Ina..kadangkala, dapat jiran bangsa asing ni lebih mudah dari bangsa sendiri! :)

kayrul-shah berkata...

untung kak no dapat jiran chinese yang peramah macam tue. kayrul punya jiran chinese [un peramah tapi yang melayu plak yang menyombong lebih...

rATu kEBaYA berkata...

banyak dapat sampul raya.. bestnya..

Ann Huda (Ate) berkata...

Wahhh...No manyak muda mah..Ate manyak tua lo :). Hehehe.

Dulu masa di Johor (rumah arwah abah) sebelah kanan jiran melayu sebelah kiri china. Yg melayu tu suami isteri bergaduh tak abis, siap kena pukul2 dg suami dia..nanti isteri dia pukul 1 @ 2 pagi tekan2 bell rumah kami mintak tolong. Masa depa tak bergaduh, tak menegur pun kami.

Yg cina, tiap hari bertembung dia senyum dan angguk2 kepala jer. Tapi kalau raya kita atau chinese new year tak pernah dia lupa beri angpau dan hamper utk kami.

cikguden berkata...

baiknya jiran kakno. walaupun cina kan

Pia berkata...

"alhamdulillah no dpt jiran2 yg bagus dan baik ,peramah lagi tu..smga berkekalan...tp betullah kata cik ina kalau berjiran ngan bangsa C lebih baik dr bangsa M yg kdg2 suka selak2 kain kita...tp kalau bangsa I atau adik beradik dia...akk dah serik no.."

ariana berkata...

Tak kira apa bangsa pun kalau dia baik ngan kita tentu kita rasa selesa kan No..baguslah tu..pandai2lah jaga hati jiran..
kat sblh sana mmg ramai chinese kan..

pamie berkata...

hehe, best jiran gtu tu kak no..boleh bawak main badminton kat depan koridor rumah masing2..pagar jadi net..hehe..

KELI OH KELI berkata...

betul2...x rugi berbaik baik sesama jiran....memang tuntutan agama pun...")

aizamia3 berkata...

alhamdulillah jiran kiri dan kanan yang baik hati..
memang tak rugi kalau kita berbaik dengan jiran.. bukan nak jaga tepi kain dorang tapi jiranlah yang paling dekat kalau adanya masalah..

ai sendiri pun bersyukur.. selain ada atok sedara kat area rumah ai tu, jiran keliling baik2 belaka.. kalau tak.. takdelah tetiap hari ai buka puasa kat umah jiran ai..hehehe...