Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 8 Ogos 2011

Macam-macam Adeeeee....

Hari ni No baru sampai dari kampung kira2 jam 10pagi tadi. Kami bersahur jam 4pagi, selesai semua terus bertolak sebelum jam 5pagi. No apa lagi, belum sampai setengah jam perjalanan mata pun makin layu dan layu dan layu hehe..Abang kejut No singgah solat subuh sekejap di R&R Gua Musang dan terus pecut balik ke Ipoh. Dan macam biasa la, kira2 100meter nak sampai umah Abang kejutkan No lagi hahahaha..Apa yang No ingat No rasa kejap2 miring ke kiri..kejap2 miring ke kanan dek laluan bukit bukau sepanjang perjalanan. Memang terasa kelajuan Abang pecut tu tapi mata No tak mampu nak BUKA tengok keadaan..

Sebenarnya tujuan No balik kampung kerana Ma dan Ayoh dah nak balik sejak seminggu di sini. Hari Sabtu 6 Ogos, lepas sahur macam biasa la kami ZZZZZZZ balik. Bangun kira2 jam 10pagi Ma bagitau suh beli tiket bas nak balik. Puas pujuk suh tunggu lagi seminggu tapi Ayoh nak balik gak..last2 Abang kata jom kemas barang kita balik SEKARAAAANGGG...yahuuuuu..macam robot capai apa yang patut terus bertolak kira2 jam 12tengahari..

Alhamdulillah selamat sampai di kampung sebelum berbuka tapi yang pasti terpaksa beli makanan di bazar ramadhan dan ALHAMDULILLAH semua makanan No beli sedap2 belaka..Syukur atas nikmat ini.

Bertuah sungguh pabila berada di tanah semenanjung kerana semua yang kita nak hampir tercapai hasrat. Cuma No tak jumpa lagi PULUT PANGGANG/PULUT LEPE. Orang yang biasa tu mungkin pergi jual tempat lain kot. Takpe, insyALLAH ada rezeki adalah nanti tu kan..


Kuih Ondeh2 ni isteri abang ipar yang buatkan. Masih lagi 10sen sebiji dia jual kat bazar tapi dia yang buat sepupu yang jual hehe. Dan baru la No tahu rupanya masa kita potong gula melaka tu takmo bagi melekit kena tabur tepung beras/pulut sambil potong2...baru No tauuuuuu hehe. Patut la selama ni duk buat melekit je.

Yang ni kuih TAHI ITIK. Harga 3ketul tu RM2 tapi dah tinggal 1pek je ni dia bagi la RM1.50. Asalnya si Husna nak try..sudahnya bila beli nak sentuh pun takmo huhu..No ada rasa la juga barang secubit dan MMMMMM..bukan selera No agaknya..

Haaaaa, yang ni anda tau air tak apa????.. AIR TEBU??? BUKAAAAAN...Ni la peberet No sejak turun temurun. AIR TUAK KELAPA. Alhamdulillah tahun ni dapat juga No merasanya lagi. 3pek tu No dapat RM5. Kira2 1pek tu dapat la untuk 1cawan. 1pek untuk bersahur, 1pek untuk sebelum tido dan 1pek lagi masa bersahur. Nak cepta sampai terlupa nak beli buat stok kat Ipoh ni. Takpe, InsyALLAH panjang umo lepas raya biasa dorang ada jual lagi hehe..

Abang : Sedap sangat ke air tuak ni..~~sebab Abang tau No suka sangat~~
No : Sedaaaaap Bang, kalu masuk lam tekak kita ni...perghhhh terasaaaaa sangat..nak rasa amik la..
Abang : Sebelum minum tu dia cium dlu, hidung dia terjongkit naik atas haha...baru nak masuk mulut...
UUUUWEEEEEK...terus Abang mintak air lain...
No : hahahahhaha...

Alhamdulillah sempat juga No merasa kerang rebus. Klo 1kg=RM3.50 tapi klo beli 3kg dapat RM10, Abang beli 2kg je la. Tulang lembu segar Ayoh belikan No buat singgang tulang, daging segar abang beli kami bawa balik Ipoh. Hurmmm, hari ni buat sup daging la pla..

11 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Saya pun baru balik dari JB awal pagi tadi, lepas sahur :)

Eh, tak mabuk/pening ke minum air tuak kelapa?

rATu kEBaYA berkata...

tak pernah minum air tuak kelapa.. ada rasa bergas jugak ke?

halila Ibrahim berkata...

errr...kak No.. tuak kelapa tu nira kelapa kan ??? ermm .. boleh minum ka.. tak rasa apa2 ka ??? rasa apa ye ??? ada jugak nampak org jual tp takut nak beli ...

pena rozie berkata...

Memang suka onde-onde.

Hanis MY berkata...

kak no sy sukaaaa la sgt onde2 tu nak cikit uwaaaa...

MiSz ZuE berkata...

tuak kelapa bg penggemar mmg sedap. tp ader gak yg kata xsedap...

suri solehah berkata...

no..seronokkan no skrg boleh blk kg selalu...terliur tgk onde2 tu..akak tak berehi air tuak no

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No tuak tu boleh minum ke? Hehe..seriau sy dgr perkataan tuak..

mcm gitu rupanya kuih tahi itik..dr kecik dgr nama tp x penah tgk rupa..

Pia berkata...

"air tuak tu tak mabuk ker no..sbb nama dia pun mcm pelik sikit,asalnya air tu di buat macamana?Di peram kot?..eh,buah melaka/onde2 akak suka...kuih taik itik tu akk lom penah makan..."

sal berkata...

wah sedapnya makanan..
bnyk kuih sedap2 di situ yee...

klu membeli kak selalu terkena tak sedap..bukan rezki agaknya..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

Onde-onde Melaka sedap. kalau dorang buat guna air daun pandan ngan buh gula melaka kat tengah sedap.