Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 10 Ogos 2011

Sagupal


Di pantai timur juga dikenali sebagai POK ABAH DEMANG (Pak Abas Demam)-agaknye dlu2 Pak Abas time demam suka sangat makan kue nih hehe...

Jom No kongsi resepi nye ye..ini cara No la buat, orang lain..mungkin ada cara lain..

BAHAN
Biji Sagu
Santan dr 1biji kelapa
Gula
Sedikit Garam
Halba
Halia - No tak buh tapi ada orang lain buh sekali.

CARA BUAT SAGU
Sagu dbersih dan toskan. Siram sedikit air panas supaya biji sagu kental. Dah agak melekat biasa No buat 2cara..

CARA-1) Tekan2 dalam loyang supaya padat dengan senduk. Ketepikan. Dah agak keras, amik dan potong kecik2 (macam kue).
CARA-2) Lepas curah air panas tu amik kepal2 ikut suka la nak buat saiz besar mana. No suka besar biji bola pingpong je sebab nanti dia makin membesar bila masukkan dalam kuah.

CARA BUAT KUAH
Santan dididihkan bersama halba atau nak masuk halia pun boleh. 
Kacau jangan bagi membuak. 
Dah gelegak masukkan gula dan sagu tadi. Gula ikut selera masing2 ya.
Jangan lupa sedikit garam, ujong2 sudu je. Tujuan untuk melemakkan santan tadi.Masak sehingga sagu tadi masak. 
Ia akan kelihatan cerah, jernih dan berkilat dan kuah akan kelihatan agak pekat.

-SELAMAT MENCUBA-

13 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sagu punya kueh pak abas dapat nama..hehe

mzhany berkata...

hany panggil asang gupa ;)

Aku Ibu Muda berkata...

Peberet kami sekeluarga...yummy!

GreenJade berkata...

sedap nye.time berbuka sy mmg suka mkn sagu..x kira lah berkuah ke kering ke..asal kan bersagu.. :)

munna berkata...

sedapnya kak no....

suri solehah berkata...

no sungguhpun akak org timur tp 1st time dgr namo pok abah demang tu no..akak panggil sagupa jah hehe

halila Ibrahim berkata...

pernah tengok kuih ni... sedap jugak kan..

cikguden berkata...

nie yang buat tak sabar nak balik kampung neh...

sal berkata...

teringat semalam ada jiran bagi kuih sagupal ni..ingatkan tak terusik..tpi habis semua..yum-yum..kaler sagu merah lagi..sedap rupanya..

ainnoraini berkata...

hari tu kak ain pun ade beli untuk berbuka posa..mmg sedap...anak2 pun suke..

Hanis MY berkata...

nama lagi satu tu mmg tak pernah dgr...kak noooo uwaaaa nak jugak sedap tuhhh...

~izan~ berkata...

kalau kat sini org pnggil asam gumpa..mana tah yg tang asamnyer hehe..mcm2 nama panggilan kuih ni =)

Cik Ina Do do Cheng berkata...

kalau dah sagu tu mesti sedap. tak pernah cuba lagi , tapi pernah nengok resepi wat sagupal.