Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 8 September 2011

Duit Punya Cerita

Situasi Pertama lepas dapat duit raya.

Fadhlan : "Adik bagi Mama duit Adik.."sambil menghulurkan samput duit raya pada No..
No : "Time kasih".. Macam biasa la No tanda nama masing2 pada setiap sampul yang No dapat.
Fadhlan : "Hari tu Mama cakap Mama kan takde duit.." sambung Fadhlan sambil tersengih2.

Tiba2 No teringat situasi di sebuah pasaraya.

Fadhlan : "Mama, Adik nak TRANSFOMERS tu.." sambil menunjukkan sebuah mainan di atas rak.
No : "Mama takde duit la Dik. Mainan tu mahal.." macam biasa 'helah' yang selalu No bagi pada anak2 untuk mengelakkan pembelian diluar kawalan hehe..

Situasi Kedua 2hari lepas di sebuah pasaraya.

Fadhlan : "Mama, adik nak Milo.."
Kebetulan pula duit yang Abang bagi cukup2 untuk beli bahan basah jadi No pun memujuk Fadhlan.
No : "Alooo Dik, Mama tak cukup duit la..nanti Mama minta duit ngan Abah lagi ye"..
Fadhlan : "Kan Adik bagi Mama banyak duit hari tu..Mama beli la" merujuk kepada duit rayanya..
No : "Oooo..tu duit Adik, nanti Mama nak simpan dalam BANK ..esok2 Adik nak sekolah (sambung belajar), Adik amik duit tu la.
Fadhlan : "BENG yang wane putih tu ke Mama..yang Abang Yin naik g sekolah tu.."
No : "Eh bukan..itu VAN..sambil No tekankan bunyi V dan N. Yang ni BANK sambil No tekan bunyi B dan K. BANK ni tempat kita simpan duit. VAN ni KENDERAAN, BANK pula BANGUNAN.

Fadhlan panggil Beng (van) Putih huhu..
-tq engoogle-

No tengok si Fadhlan ni agak bingung sket. Alahai, macam mane la pulak nak terangkan..

No : "Adik tengok tak Abah g amik duit kat mana?..Fadhlan terus mengangguk.
No : "Haaa...tu la BANK.."
Fadhlan : "Oooo.."..

Kadang2 susah juga nak terangkan dengan anak yang berumo 4tahun ni kan..

kenangan di Kundasang-Fadhlan

PERINGATAN BERSAMA
Buat la akaun simpanan untuk anak2 anda untuk memudahkan mereka di masa depan. Sebabnya kita tak tau apa akan jadi pada kita lepas ni.

9 ulasan:

Aku Ibu Muda berkata...

kakNo...lg best kalo duit tu kita beli dinar dan simpan...untung berganda2 :)

Pia berkata...

"haha...kelakar la budak kecik tu...biasalah no budak2..akk pun tiap2 thn gi simpan duit raya ank2 dalam Tabung Haji...kalau lambat2 nanti duit tu ntah kemana2 pulak pergi..."

halila Ibrahim berkata...

duit raya anak2 saya saya tak bukak pun lagi sampul depa nak tengok banyak mana .. semua duit saya simpan dalam satu tempat ... dok kata nak kira .. tapi tak sempat2 lagi nak kira ...saya pun menabung untuk anak2 .. sebab senang depa nanti...

sal berkata...

klu bnyk bertanya..bermakna dia ank yg cerdik..
tak pelah ,ambik masa dan pelan2 explain,hehe..

Daddy Ziyyad berkata...

Ingatkan fadhlan cakap loghat Tganu..ekekekeke..

ariana berkata...

Kalau anak yg dah beso macam anak akak ni No..ada2 je yg dorang nk beli..tp biasanya pujuk juga suruh diorang simpan jg sikit..:)ye lah..bila besar..dapat pun besar juga duitnya tu..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

alo alo budak memang cam tu, dorang tak berapa paham lagi. betul tu no kita kena galakkakan anak simpan biar sampai dorang berjimat cermat.

Wanita2u berkata...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

~izan~ berkata...

ehehehe..salah bank plak yer..beng putih tu kalau isi duit,lagi ramai yg naik hehe..