Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 7 September 2011

Hati Tercuit

Dalam duk meraya ni No amat tercuit dengan dialog ni..

"Tak sampai hati nak panggil TOK, muda sangat"

Ketawa besar No dibuatnya.

Alkisahnya No meraya di rumah Abang No yang paling tua. Dan itulah dialong yang keluar dari mulut CUCU SEDARA No yang paling tua hahaha..

Dalam bulatan tu la si Ariff..
cucu sedare No yang paling tua
Ariff baru lepas SPM tahun lepas dan sekarang sambung belajar di UIA.
my eldest bro..pencen lama daaaah
anak dan cucu sdare 

Anak panah tu kakNora, Umi si Ariff. Walopun pangkat anak sedare tapi panggilan 'KAK' masih menebal. Dah tergeliat lidah masa zaman budak2 yang paling besar mesti panggil 'KAK' walopon kakNora panggil No 'MOKNO' serta jenuh di tegur oleh arwah Mak..tu ANAK la bukan KAKAK..


Jenuh mencari gambo Ayah si Ariff ni dalam album. Akhirnya jumpa jugak. Inilah anak sedare No yang paling tua. Tak sempat nak jumpa sebab tahun di kena beraya di laut..

Kita dlu main pondok2 ngan anak sedare..KAKAK ABANG tu pulak ibarat MAK PAK SEDARE huhuhu...alahai..terbalik kot la pulak..

10 ulasan:

Aku Ibu Muda berkata...

kalau jurang umur antara yg sulung dan bongsu terlalu jauh, mcm tu la jadinya :)

Daddy Ziyyad berkata...

Dah besar panjang betul cucu sedara tu...ekekekeke..ingatkan baru umur 4-5 tahun..

lieynanilaz berkata...

takpolah...walaupun dapat pangkat tok tapi cun lagik...hehe..

ainnoraini berkata...

kak ain pun dah ade cucu saudara...ade anak saudara tak berapa jauh pun jarak umonye dgn kak ain...

halila Ibrahim berkata...

sama la .. saya pun dah pangkat Tokcik... hehe

Kakzakie berkata...

Bila keluarga besar gitulah jadinya No. Tambahan bila dlm keluarga kita anak yg kecik, jadi anak saudara kita lebih-kurang usia kita jadinya....

~izan~ berkata...

seronok tu kak..muda2 ada cucu dah hehe

mzhany berkata...

no, hany pun dh pangkat tok nenek jugak, sblh hany laaa....huhu

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

emm..mcm anak rina lah..terpaksa panggil mak sedara rina yg rata-rata masih muda dgn panggilan nenek..maklumlah ayah rina anak paling tua..

Cik Ina Do do Cheng berkata...

No anak sedara ngan cucu sedara semua dah besar-besar. anak sedara tu cam cinalah.seronok no ye raya dalam keluarga besar.meriah.