Rakan Maya

Kenali No

Foto Saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 9 September 2011

Loghat

Kihkihkih..terkekek kekek No dibuatnya deh komen DD dalam entri semalam.
DD komen; Ingatkan fadhlan cakap loghat Tganu..ekekekeke..

Sebenarnye memang bahasa pertuturan kami adalah Loghat TERENGGANU. Cuma anak2 ebih kepada loghat standard..orang kata cakap KL. Farihin dan Fadhlan masa sekolah kat Labuan dorang lebih bahasa standard la..cuma sejak akhir2 ni No perasan anak2 No dah bercampur aduk dah bahasa dorang. Kekadang dengar dorang cakap KL campo loghat Terengganu, kemudian balik Kelantan dengar sleng Klate la pulak. Bak kata dalam setiap patah perkataan mereka tu ada sedikit sebanyak Labuan, Terengganu, Kelantan dan tak mustahil esok2  dorang akan campur aduk ngan Loghat Perak la pla kan.

Contoh mereka masih mengekalkan perkataan LIMPAS (Labuan) bukan LIPAS ye..
"Dah LIMPAS Perok ke belom?.." (Loghat Terengganu + Labuan) - Dah melepasi Perak ke belum?.
"Kakak nok g mano tu?" (Loghat Klate) - Kakak nak pergi mana tuh?
"Jangang wat adik bah.." - Jangan usik adik.. kebiasaan orang Labuan dan Sabah akan menambah perkataan BAH/BHA di belakang penggunaan ayat mereka seperti mane EK untuk Johor, JAH untuk Klate, DEH untuk Teghanung...

Contoh
"Oooo macam tu EK.."
"Nok g situ JAH menta ( sebut MENteri TAnah).."-Nak pergi ke situ je kejap..
"Mung kabo kak ku deh"..-Mu bagitau pada aku ya..

Pernah ada satu peritiwa lucu antara No dan anak2 dlu..masa tu Fadhlan umo 3tahun. No ajar dia cara2 nak basuh vontot lepas melepas. Ye la, lagi 2minggu (4tahun) nak masuk sekolah tadika kan..nanti kang tak pasal2 dia suh cikgu plak yang menyental vontot dia hehe..

No : Adik buke kpale paip ngan tangan kanan, amik waya tu ngan tangan kanan kedian GONYOH punggung ngan tangan kiri..

Fadhlan terkebil2 tengok No sambil air tu bercucuran atas lantai..No geram kate GONYOH la punggung tu wat ape laginyeeee..Fadhlan masih putih biji mata dia..Last2 No tunjuk cara camne nak GONYOH tu dengan tangan..

Fadhlan : ooo GOCOK (gosok) ye mama...sambil slow2 die gosok punggung dia tuh..

Mmmmm tepuk dahi No dibuatnye.

Situasi lain pula dengan si Faris di meja makan.
No : Cepak la makang tuh..kek g DOPDANG (xdan) pulop..(cepat lah makan tu nanti tak sempat pula)
Faris : Mane UDANG Mama..takde pon...
No : (huhuhuhu...sabooooo)

Sampai sekarang kalo dorang terdengar No cakap dengan Abang loghat Teghanung..dorang akan tanya maksud tu..Last2 dorang cakap..PELIK LA MAMA NGAN ABAH CAKAP huhuhu...

Pelik bagi anak2 yang masih naif pasal bahasa IBUNDA mereka.

anok2 bertuoh No..
No suka sangat tengok dan dengar anak2 kawan bertutur dalam loghat masing2 (selain Trg/KL). Tambahan klo anak2 tu bawah umo 6-7tahun...comel sangat nampak hihi..


P/S : Esok p beraya kat PJ, Kelana Utama, Kajang dan Ulu Kelang..Kakak2 dan Abang2 No mesti kene p ziarah..

16 ulasan:

kayrul-shah berkata...

hebat la anak kak no nanti, semua loghat diorang tau..kayrul ngan hubby cakap bahasa standard jer..kang kayrul ckp bahasa utara kang dengan hubby maunya penat nak explain maksud tue...hehehe

Aku Ibu Muda berkata...

hihiii

dulu2 orang tak caya wani oghe Klate...sebab duk membesar kat Pahang...slang boleh dikawal

tapi balik rumah je otomatik Klate slaluh! haha

Daddy Ziyyad berkata...

hehehehe....mmg betul lah No..agak agaknya lepas ni anak anak awak akan bertambah loghat mike/kome nya! ekekekeke...

Saya boleh faham sikit2 loghat Tganu(sebab tambah G aja belakangnya..kihkih kih)..tapi kalau loghat Kelantan, saya surrender!

Nora berkata...

best ekk bila tau banyak loghat :)

GreenJade berkata...

hehe so sweet bahasa majmuk campuran nih..

mcm2 ado... :)

halila Ibrahim berkata...

st perak utara mmg dah loghat utara .. duduk kedah pulak mmg dah stail utara jugak .. tp campur2 ...

~izan~ berkata...

wah...mcm2 ada ni.variety kak..mesti meriah je dgr mereka bercakap hehe

ainnoraini berkata...

hari tu balik kg MIL...neneknye cakap banjar..dia org pun tak faham...mak nye pun tak faham jugakkk..

sal berkata...

loghat terengganu?..kak tak kisah..
sini ada kawan2 dari sana...rajin berbual dgn diorang..

suri solehah berkata...

hehe..dah duk merata gitu lah jadinya no..anak2 akak kalau kat kedah diaorg cakap kedah..tapi kalau balik kel tukar cakap kel ...
sakan no raya...

mzhany berkata...

huhu, itu lah keburukan kite duk luor ni kang no, loghat negeri dok panda ngat.huhu taklama la tu masuk peghok pulak tuh, ater kamu ni....

ce cite ce cite ;)

ariana berkata...

akak kalu buleh dok.., nak pandai kecek seme bahasa hehe..

Alin Marlini berkata...

bagus tu byk bahasa tau...

syariza09 berkata...

kecik2 ni nk paham susah la sikit

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

hihihi..rina penah pandai ckp loghat Pahang je sbb tu satu-satunya negeri yg berloghat rina penah tingal..lps tu pindah melaka pehtu trus duk johor..melaka x kuat sgt loghat dia..johor petah lagi..standard je bahasanya..

cikguden berkata...

raya sakang deh...