Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bok Nambang

Tarikh/Hari : 28 Sept 2011/Rabu
Tempat : Sungai Kuala Terengganu

Tau apa makna tajuk entri kali ning?? Orang Pantai Timur sure tau kan hehe..Tu la panggilan kami pada Bot Tambang. Ala bot yang bawa penumpang ulang alik dalam sungai tu. Yang bunyi kuat semacam tu hehehe...tapi yang penting untuk jarak dekat je boleh naik. Jarak jauh kena cari bot lain yang lebih laju..

Time No balik Terengganu dlu sempat la bawa anak2 naik bot>>sebenarnya No yang lebih2 nak naiknyee<<..Jadi untuk melepaskan hajat, kami pun kemuara sungai di Kuala Terengganu yang bersebelahan dengan Kompleks Pasar Payang..


Hampir penuh juga dalam bot ni..


Ala, akak baju itam tu malu2 la pulak hihi...


Belakang tu ialah Pulau Duyung..


Belakang tu jeti Pulau Duyung..kami tak turun..terus patah balik. Dewasa RM1, kanak2 50sen..budak kecik free..


Dah selamat sampai daaaaah...Bot warna biru tu la yang No naik.

Si Fadhlan dan Farihin tak puas naik lagi..pantang jumpa air nak naik bot huhuhuhu....

Kebetulan masa No balik tu, malam tu berlakunya ribut taufan..huhuhu memang dasyat kesannya. Abis pokok tumbang, atap pecah. Dan No hanya sempat snap gambar jeti yang bumbungnya hancur berkecai. Nak naik bot kena naik kat jeti lama.

Malam ribut tu kami on the way dari Ipoh balik Terengganu. Masa tu di area Macang, memang hujan lebat. Alhamdulillah ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan kami..Syukur ALHAMDULILLAH...



Ni antara video klip pasal ribut tu..


Ni kesan selepas ribut pada 18 Jun 2011. 


Maknanya tahun ni dh pernah terjadi la ye..hurrrmmm...
Semoga ALLAH SWT mengampunkan semua dosa2 kita muslimin dan muslimat...semoga ALLAH SWT juga melindungi semua muslimin dan muslimat..amiiiiiin

9 ulasan:

YATZAKIE berkata...

bot ni kak samala mcm bot yg kat melaka tu..bwa penumpang atas dia pusing2 sepanjang sungai melaka..tp yg xbest nye kak,sya selalu xdpt duduk walau da kene bayar tambang..sbbnye parents yg bwa knak2 ni dirog da la xbyr tambg,pastu bg anak dorg duduk..so kita yg bayar ni terpaka plk kene berdiri...xpuas hati btol sya kak...atleast dorg ribala anak dorg tuh kan...emmm..emo plak yat nih..hihi

MaMa NuRuL berkata...

best ah k.no lening buleh balik kapong sokmo..hehe..insyaAllah bln dpn kami pulak berhijrah ;)

sal berkata...

cantik2 pemandangan di tepi jeti..
tak berpeluang nak sampai tempat2 macam ni..dulu2 je ada pegi..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

No, cik ina belum pernah sampai utara semenanjung, tak kisah tak lama lagi kot. Paling utama cik ina nak pegi tahun ni tempat ko tinggal dulu labuan, tadi baru tenngok kat tv 2 sabah.menguja.

pasal kacang tu cik ina pun beli dah siap, tak de keja nak merebusnya makan masa , buang gas.khe khe

mzhany berkata...

inilah pengangkutan rasmi hany nak g kuala ganu tuh no. dari byran 30sen, mas ahany kecik2 dulu, naik 50sen, 80sen and skrg dah rm1 yer. biasa lah minyak dah naik.

IBU GEBU berkata...

bestnya kak no naik bot! ita nak naik jugak... duduk tganu dah dekat 5 tahun, tak merasa lagi naik...

ni kat seberang takir ke kak no? nanti nak ajak hubby naik botlah... hehe

IBU GEBU berkata...

eh... kak no dah tukar headerlah... cantik!

tak perasan lama tak jalan2 rumah kak no... sori

~izan~ berkata...

ingat nama kuih tadi kak haha.tgk ada gmbr bot,baru tahu nak sebut tajuk tu dgn bunyinyer hehe..

ngeri kak tgk ribut tu...

hakak CNN berkata...

takut la nak nek bottt...risau jerk tgk air laut tuh..silap ari bulan sy leh mabuk naik bot..hahaha...

Ya Allah ngeri lak tgk ribut tuhh..