Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 12 Oktober 2011

Kena Fitnah

Sape yang kena fitnah??..Si Faris la ni haa..anak No yang ke-2 ni..

Balik sekolah tengahari semalam sambil nangis2..ceh lelaki menangis memang udoh sangat haha.. Tapi anak No sorang ni memang lembek sket..klo dengan kawan2 dia selalu kena buli la apa la. Sejak dari Labuan lagi memang selalu kena. Apa taknye, saiz badan tak cukup zat. Sampaikan ada yang tak percaya Faris ni berumo 10tahun. Ingatkan umo bawah lagi.

Sambung cerita...semalam balik nangis2 sambil masuk keta. Katanya dia kene tuduh tulis perkataan B*B* kat kertas. Kertas tu kawan dia dah bagi pada cikgu yang konon2 si Faris tulis. Faris kata kawan dia si Afiqnabil bagitau Faris yang si Syaril tuduh. Kemudian si Afiqnabil bagitau juga yang si Syaril dan si Anuar nak bertumbuk pula. No tanya apa hal pulak nak tumbuk2 orang. Si Faris bagitau, tadi masa van Chococrunch datang si Anuar ni potong barisan. Si Faris ni TARIK la badan bagitau supaya beratur. Si Anuar terperasan yang Si Faris ni TOLAK dia..Hangin la si Anuar nih..

Lepas makan malam kira2 jam 7 malam tadi No bincang ngan Abang. Abang suruh bagitau je pada cikgu. Klo tu betul tulisan Faris dia nak p sekolah datang tengok baca sendiri.

No apa lagi terus anto mesej pada cikgu kelas dia. Nak call pun dah tak kuasa, jari ni menggigil je..


>>Assalam cikgu..Syaril ada bagi nota pada cikgu tak..dia tuduh si Faris tulis perkataan B*B* kat kertas nota tu..klo boleh cikgu tolong siasat hal ni..tengok betul ke tak tu tulisan si Faris..klo betul sy rela Faris dihukum..klo x ini dh kes fitnah..Afiqnabil bagitau pada Faris yang Syaril dan Anuar nak tumbuk Faris.<<

Kira2 jam 11.30pg tadi cikgu Azian buat miscol. No terus col balik dan bagi pada cikgu disiplin. Alhamdulillah, cikgu disiplin Cikgu Faizal dah jalankan tugas dan itu BUKAN TULISAN FARIS dan budak tu cikgu dah dihukum dan dirotan..tengkiu cikgu2..

Faris balik ni No tanya balik. Rupanya ada budak lain nama Muzamil yang tulis..cuma Faris silap dengar.. bukan perkataan B*B*..yang sebenarnya surat ugutan dari Muzamil untuk Syaril. Yang Faris ingat baris >>MAK BAPAK KO AKAN MATI<<..tapi Syaril tuduh Faris yang tulis.

Aih..No memang risau la dengan situasi skang. Kecik2 dah panda buat perangai..esok2 camne la agaknya. Masa mula2 No sampai kat sekolah tu No dah rasa lain macam. Apa taknya, time jumpa guru kelas tepi kelas tu kan..langkah je kaki cikgu keluar..dalam kelas tu dah macam anak ayam cari ibu..bisssssing sangat..sampaikan nak bercakap dengan cikgu pun kene kuatkan suara huhu....menggeleng kepala si bapaknya pula.

Menurut guru kelas..sekolah tu merupakan sekolah baru dan banyak sekolah yang berhampiran disini. Jadi bila sekolah baru dibuka maka sekolah yang lama akan mengeluarkan pelajar2 yang bermasalah dan tercorot dalam pelajaran. Yang cemerlang di ANAK EMASkan....mmmmm UPSR tahun lepas hanya 5orang yang berjaya mendapat 5A..No??? Tawakal je la..

Husna pun bagitau perangai rakan sekelasnya yang ganas dan samseng. Banyak kali kene hukum pun masih tak serik2..ada yang bergaduh sambil pecahkan tinggap nako sekolah. Bab2 curi duit tu biasa la. Sampaikan si Faris terpaksa sorok duit dalam kasut dia haha...

Patutkah ke No tukarkan mereka ke sekolah lain atau tunggu dan lihat je sambil berusaha menjadikan anak2 No yang terbaik????.....


15 ulasan:

ariana berkata...

Budak zaman sekarang mmg perlu kita beri perhatian lebih, sbb ramai yag dah terlebih 'bijak". tapi berilah peluang dan tgk dulu mcmn..x perlulah tukar sklh rasanya.Lagipun mereka kan masih baru, masih dlm proses suaikan diri tu..

Aku Ibu Muda berkata...

parah ni kakNo...huhu...kecik2 lg dh tunjuk hero yek

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

budak sekarang menakutkan. semakin berani kan no .tang MAK BAPAK KO AKAN MATI".daalm dok serius cik ina baca tergelag-gelak. dasyat tu kalah samseng kampung dusun.Cakap ngan faris tu apa-apa hal jangan rahsiakan dari pengetahuan guru atau ibubapa.nanti tak delah mneyusahkan no.

qemaishak berkata...

alahai kecik2 dah pandai ugut camtu..kalau dah selalu kena baik tukar je kak, kan takut2 lak nak p sekolah..belajar pun tak tenang jadinya

Kakzakie berkata...

No kena ajar anak No jangan lembut sangat. Anak kakak perempuan tapi syukur sebab kakak ajar anak kakak taekwondo dan kakak selalu kata jgn jadi org bodoh kena buli. Anak pertama kakak dulu masa tahun 1 pernah kena tapi kakak siap bawakan botol air besar ajar kalau kena lagi lawan guna botol air ini. Ajar anak kita berani jumpa dgn cikgu juga kalau tak teruk anak kita. Kalau boleh kita jgn campur tangan dulu.

mzhany berkata...

ishhh mcm2 kan skrg...hurmmm no, risau kan dgr. ntahla nk bg cadangan suruh tukar pun ye lah hany taktahu exactly situasi, tapi hany risau, yg anak no ni mmg dah didik baik2 kan, takot la nanti dh bergaul kan, jadi macam2 pulak kan...tapi hany takla ckp budak2 kt sekolah tu tak baik...

pephm la kan pengaruh rakan sebaya ni kuat jugak kadang kadang kan. nasib baek la cikgu dia tak melulu percaya kan, siasat dulu baik baik kan...

ieda berkata...

salam perkenalan dari saya

ermm kalau saya perlu tukar sek atau tukar kelas .. susah hati kalau pergaulan ini x terbatas huhu

ayushida berkata...

kak no, kira terok jugaklah perangai bebudak tu ye, kalau sekolah lain tu lebih kurang je jarak nya, x salah tukar untuk tahun depan, tapi, kalau jauh, entahlah ye.... bukan apa, kita cuma nak anak2 kita nih x terpengaruh... ye lah, budak2 kan.... mudah je terikut... lagi umur 10 - 12 tahun ni, mudah je berubah2 personaliti.....

kalau bagi masa tuk diorang sesuaikan diri, boleh juga.... ikutlah kata hati seorang ibu..... kak no ibu diorg, kak no mungkin boleh dapat gerak hati yang org lain x rasa....

Tini Fattah berkata...

cian c faris.....kena buli oleh kawan2 dia....sabar ya nor...tunggu dulu lah...tp klu msih jugak u baik tukarkn sek c paris utk kebaiknya..salam utk anak2 nor...

halila Ibrahim berkata...

Parah la kak no .. cara terbaik tukar sekolah la.. sian anak2 kita . nanti pelajarn terganggu sebab takut dgn kawan2..
Nak tya .. tu sekolah dalam taman perumahan ka.. sebab selalunya sekolah dlm kawasan tmn perumahan la selalu bermasaalah.. ..
Anak saya ... kami mmg pilih sekolah.. biar jauh sikit.. janji seko ok.. cikgu ok .. persekitaran ok.. dalam daerah sekolah anak saya rating no 1.. mmg susah nk masuk..

Tapi anak2 saya mmg saya ajaq garang sikit dengan kawan2 ...
Kami pun selalu jumpa cikgu kalau x puas hati.. cikgu sekrg bukan macam cikgu dulo2...

AMMAR YASIR berkata...

Kesiannya.. Eeee geramnya..kecik2 dah pandai fitnah org

budak penjara berkata...

haha..klu sy kena tuduh tulis cmtu..bangga ape..biasala.. sy kn budak nakal tym zmn skolah dlu..haha

yg penting..jgn kita yg fitnah orang..huhu

So Shy Lady berkata...

rimas kn no klau kt sek byk kacang hantu. mmng bdk2 sek skrg prangai masyaAllah t.tau nk ckp

ms akk ngaja sek dulu, ada bdk form 2 dtangkap sbb kes mrogol. ada kes bdk form 4 tumbuk pk hem. yg ni heboh klua paper.

apa2 hal psal anak, akk pun mcm no jugak sms kt cikgu klas mnta siasat. akk rs better tukar sek sbb ank no pun mesti t.sronok blaja kt sek mcm tu kan nnti effect plak pd plajarn dia

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

isk isk..kesian faris..sy penah ngajar sekolah baru bukak pertengahan tahun..mmg betul No mmg bebudak tak bagus yg sekolah lama x nak yg diaorang akan hantar ke sekolah baru..sy rs baik No tukarkan Faris ke sekolah lain..bukan apa..kalau sekolah mcm ini cikgu biasanya akan sibuk nak disiplinkan bebudak sbb sukar nak buat P&P

Tanpa Nama berkata...

awal yang baik