Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 19 Oktober 2011

Murtabak Raja

Anda penggemar Murtabak?? Klo singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang anda seharusnya merasa MURTABAK RAJA. Bagi No Murtabak Raja ni adalah yang terbaik kerana dilimpahi daging cincang yang banyak dan diadun sekata bersama bahan2nya. Saiznya sudah semestinya saiz besar hehe..

Saiz pinggan No 10 1/2inci
RM14

Tengoklah ketebalannya..

Murtabak ni No tempah dengan SIL No. Sebelum ni mertua SIL yang usahakan di kampungnya. Sekarang keadaan mertua SIL semakin uzur dan usaha itu diwarisi anaknya pula.

Selain ni No pernah merasa Murtabak Raja Daging Lada Hitam. Rasanya sudah semesti ada pedas2 lada hitam sket. Yang telah diusaha oleh anak Kelantan untuk pasaran Malaysia..keluaran Bumiputra.

Didatangi khas dalam kotak istimewa..
dari Muslim Best Halal Products

Harga RM22 (termasuk kospos).
-Masa ni No duk Labuan-

Boleh tahan jugak tebalnya..


Tapi bila anda adalah peminat setia Murtabak Raja ni..anda dapat bezakan rasa yang diusahakan oleh orang kampung dan rasa yang diusahakan secara komesial. Tak dinafikan rasa keduanya memang sedap..tapi anda akan dapat merasai kelainan. Biasanya orang kampung akan lebih 'ikhlas'..

Cuba anda perhatikan betul2..A mewakili perusahaan komesial dan B mewakili perusahaan orang kampung.

Warna MERAH : kulit (tepung)
Warna Hijau : isi daging

Dan No tak akan lepaskan peluang untuk menempah 10biji setiap kali No terasa nak makan hehe. Dan No dah tak makan murtabak yang dijual di pasar malam tu sebab banyak ubi kentang je. Klo kata Murtabak Daging ada la 1-2 ketul yang sesat..

Mmmmm..raya haji makin menjelang. Klo nak kena tempah awal2 sebab biasanya tak menang tangan..klo lambat kirim salam la jawabnya..

Cara nak makan biasanya ia akan disejukbekukan. Letak dalam icebox. Nak makan amik panaskan dalam oven api atas bawah kira2 15-20minit. Nak pastikan ianya dah boleh dimakan..amik lidi satay tu cucuk tengah2 murtabak tu. Klo keras sila panaskan lagi..klo lembut dah OK la tu. Nak lagi garing terus masukkan ke dalam kuali dengan api perlahan..balikkan atas bawah. Atau bagi yang tiada oven, keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik dalam 4-5jam..kemudian goreng/panaskan dalam kuali..jangan lupa tutup kuali untuk hasil yang maksimum.

Pssst...musim korban ni boleh bawak daging sendiri..dapat la harga lagi murah hehehe....


~~~~~~~~~~~~~~
Lupa nak cerita..kuahnya ialah campuran hirisan bawang + cuka + gula.

22 ulasan:

~izan~ berkata...

akak,izan tak pernah jumpa n mkn murtabak ni..tebal,puas hati mcm ni.ni beli murtabak nipis melayang.rasa pun ntah mana2 huhu

Kakzakie berkata...

No... habis dia tak kommersialkan business dia ke. Kalau ada dealer di JB bagithulah kakak, dptlah kakak nak merasa juga. Terliur juga bila tengok gambar yg No tepek:)

halila Ibrahim berkata...

wahh .. tebalnya ... best la kalau cam ni selalunya .. nipis je pas tu kentang je banyak,,,

MamaEma berkata...

memang sedap murtabak raja ni..puas hatilah

Norhafiza berkata...

=>kakZakie : xde kak..biasa klo abang turun KL..SIL pos ngan bas..abang amik kat stesen bas tu br buat balik Labuan..dia buh lam polisterin tu bagi tahan sejuk. Klo tak kualiti akan terjejas..

~aSFaLiZa~ berkata...

kita sokmo order dgn opismate kalau dia balik kelate. ternyata mmg mantop. kalau order msti amik 2 kotak. huhuhuhu

mummy rozie berkata...

Beli kat mane ek???

Norhafiza berkata...

=>mummy rozie : duk area mana?..klo nk try yang lada hitam tu contact 03-80622781..dia akan poskan terus ke rumah..klo nk yang SIL No buat kena tny dia dlu proses penghantaran..sila hubungi No 0195353202..

mzhany berkata...

sedap kan no. hany br ni sutir tuh makan 2org dgn mz, memang sodap...

munna berkata...

tebalnya...tak pernah lagi munna makan murtabak raja ni

Ila berkata...

ila cuma suka makan murtabak time puasa je...heheh

IBU GEBU berkata...

kuah dia yang warna merah tu kan kak no? sedapnya kak... kat jerteh ni ada org jual tapi tak pernah beli lagi... sekeping saiz kecik RM3

Yatie Awang berkata...

akak pun makan juga martabak ni, tapi taklah suka sangat..tapi ni memang tebal, makna separuh pun tak habis ni

azian berkata...

no...
dah tak duduk labuan lagi ke??huhuhu...apesal sy tak tau nihhhhhh....eh, murtabak nih boleh beli ke no???bg laa details...nak rasa jugak...kat jb ade murtabak kg melayu taw...nak beli kene beratur pjg....huhuhu....tu yg malas...rm15 sekeping....

So Shy Lady berkata...

eh no dah naik hg ke? dulu rm10 je murtabak tu


frust pulak akk bli kli trakhir dh t.tebal mcm dulu :( lpas tu t.bli dah

Norhafiza berkata...

=>SoShyLady : ye kak..No pernah beli yg rege RM10 tu..tu dalam 3-4thn dlu rsanya..skang rege daging pun dh naik hehehe...

azian berkata...

ok no...tq ye...alahaiiii...kl COD jauh le plakkk...huhuhu

Aku Ibu Muda berkata...

selalu makan murtabak raja kt sini je, bila blk klate, dop jupe pulop :(

MrS. F!zA berkata...

mak aih!tebal giler!

mummy darwishes berkata...

menarik...boleh memelh air liuq.....huhuhuhh

kayrul-shah berkata...

sedapnya kak no..dah la kita nie hantu murtabak...

razak yaakob berkata...

Kalau dok disekitar lembah kelang boleh dapatkan si medan mara kuala lumpur.. boleh lawati www.murtabakrajaon9.blogspot.com