Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 4 Oktober 2011

Pecal Mangga

Lama No menghilang kan..maaflah ye..mood blogging No menurun sesangat buat masa ni. InsyALLAH akan pulih seperti sediakala kot. Mudah2an..amiiiin..

Oklah, hari ni No nak kongsi camne nak buat Pecal Mangga ni.


Bahan2
2biji mangga putik (yg besar)/4-6biji mangga pedal ayam atau buah macang
2ekor ikan selayang direbus/panggang-isinya ditumbuk lumat
1labu bawang besar bombay/4-6ulas bawang merah-ditumbuk lumat
1-2 sudu lada hitam ditumbuk
Santan dari 1biji kelapa diramas menggunakan air panas.
Garam secukup rasa

Cara2
Buah mangga/macang dibuang kulit dan dibersihkan. Kemudian dicincang halus. Baik2 jangan tercincang tangan sudah ye. Lepas tu campurkan semua bahan yang ditumbuk serta santan dan rasa garamnya secukup rasa.

dah siap dicincang
Di atas tu adalah cara2 tradisi..cara moden yang No buat..campur isi ikan + lada hitam + bawang besar + air masak ke dalam blender dan lumatkan. Santan tu No beli RM2 dan dicampur dengan air panas. Masukkan semua bahan kedalam buah mangga yang dh siap dicincang dan rasa garamnya.

Kuah kene banyak sket ye macam kita sayo lemak tuh. Klo sket nanti jadi macam KERABU la pula.

PESANAN
Oleh kerana santannya tidak dimasak..dinasihatkan sejurus selepas siap sila simpan ke dalam peti sejuk ye. Nak makan amik sket2.

7 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

pernah makan .. tp ,,, kat sini gaul ngan kelapa parut bukan santan ...

Daddy Ziyyad berkata...

pecal tu kalau kat tempat saya ialah rojak..ekekeke

~aSFaLiZa~ berkata...

hmmm sedap nya. terliur la kak

Pia berkata...

"kerabu mangga stail ni biras akk pandai buat,dia ore kelate..kalau akk buat mcm salad ja,takde cmpur lain2 kecuali bawang ngan cili api,garam dan gula sikit.."

ainnoraini berkata...

terliur kak ain ni..bile nengoknye tu...

tq dear...barang yg No bg tu dah sampai...bile la kite jumpe ye...

~izan~ berkata...

terus telan air liur..suka mangga.buat la masak apa pun,memang sedap..mana plak nak cari mangga ni huhu

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

teringin nak buat tapi mangga kat rumah ni yang masak sangat.tak best plak.