Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 5 Oktober 2011

Tapai Ubi Kayu Goreng

Hari ni No nak kongsi resepi nak buat Tapai Goreng pla la. Alkisahnya, minggu yang sudah jenuh No mencari setiap gerai jual goreng pisang sekitar taman perumahan No ni kot2 ada dorang jual tapi HARAAAAAM...huhu..yang paling tention sekali makcik2 tu jawab...

"MAKCIK TAK PANDAI BUAT LA NAK.."
"TAPAI GORENG??? TAK PERNAH TENGOK PUN.."
"CAMNE RUPENYE TU??.."

Muka makcik2 tu macam pelik sangat. Macam la makanan ni dalam ketegori makanan yang pelik2. tapi memang pelik bagi mereka yang belum tau haha..Last2 No cakap..

"MAKANAN TU ORANG PANTAI TIMUR YANG MAKAN , MAKCIK.. ASALNYA TAPAI UBI DAN DIGORENG MACAM GORENG PISANG TU"
"OOOOOO...."

Kebetulan pula No dapat panggilan emegency, salah seorang keluarga No meninggal. Eksiden, dia ngan moto lawan kereta. Innalillahiwainailaihirojiuuuuun....Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Masa tu No buat status bahawa Abang Tiri No. Tapi sebenarnya arwah adalah anak tiri arwah ayah No.

Jadi No sempat la merasa di kampung. Mula2 kakak No beli 1plastik xsempat goreng..No makan macam tu je sebab dah kemaruk sangat. Balik klate Ma pula beli dan buatkan untuk No. Tima kasih Ma susah susah semata menantu Ma nih hehe..

Nak tau camne rupenye? Ni haaaa...

>tengkiu engugel<

Yang ni digoreng macam goreng pisang..salut dengan tepung.


Yang ni Ma yang gorengkan. Goreng macam tu je dalam minyak hehe..


Dah garing leh angkat ye...


Yang ni pula No tapau buat balik goreng kat umah pula. No pakai kuali non-stick, xyah buh minyak. Hasilnya dia kering la sket. Tapi bagi No sedap klo tambah dalam 1-2sudu minyak sket. Sedap sebab dia basah2 lembab hehe...


Hasilnya......


Yang ni pula No rendam dengan susu cair. Rendam dengan santan lagi sedap..lemak2 manis rasanya. Oh ya, kene penyet sket tau tapai ubi tu macam No buat ni. Tapai ubi kan dia bulat2 panjang kan?


No goreng lagi. Kali ni buh minyak sket.


Nak masak dah ni......


Tadaaaaaaa......


Lebihan susu cair tadi No buat ala2 kuah. Sedap juga. 


Ni la bentuknya ya. Sebenarnya cara membuatnya ikut selera anda la. Bagi yang suka goreng macam No kemudian ditabur gula pun boleh. Bak kata apa yang boleh dibuat pada pisang macam tu la boleh dibuat pada tapai ubi ni. 

Anda pernah rasa tak?? Sedap tau goreng garing2 dan makan panas2.

PSSST
Skang macam nak merasa lagi la..mengidam mengalahkan orang peknen lak huhu...naik keco dh ni..harap2 sini ade la orang jual tapai ubi ni..balik goreng je..

5 ulasan:

halila Ibrahim berkata...

tak pernah makan n tak pernah tengok .. tapi kalau tapai dalam daun pisang tu .. banyak la sy dok tengok kat pasar ... cuma tak pernah beli la lagi ..

ariana berkata...

No..baru ni pecal mangga. hari ni tapai goreng pulak..sedap nya..huhu terliur akak..

~izan~ berkata...

oo byk cara yer kak nak goreng.izan tahu mkn je hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

tapai ubi goreng? wah pes time menengoknya..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

tak pernah lagi akak tengok ngan makan. macam sedap. takziah ye tuk ahli keluarga no yang meninggal dunia tu. no dah tahu ye akak dah dapat key chain, hari tu aku dah tulis tak tahulah no perasan ke idak. terima lasih no.maaf dah lama tk kesini, sibuk sikit