Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 10 Oktober 2011

Tetamu Misteri Di Ulu Chepor

Tarikh/Masa : 8 Oktober 2011/Sabtu
Tempat : Ulu Chepor, Chemor, Perak

Cuti2 Abang bawa kami sekeluarga merehat minda. Maklum la anak daranya baru je abis peksa UPKK Khamis lepas. Harap2 Husna berjaya la hendakNYA...amiiiin..

Ok No nak kongsi apa mende yang MISTERI sangat tu..

nampak tak??
Anak2 suke sangat dapat main air..takmo naik dah walopun sejuk menggigil.


Yeaaaah...ni aksi terjunan ala mengcangkung dari Faris hahaha...


Ni pula aksi libasan maut dari cucu pakcik berkopiah tu..Pakcik ni katanya polis pencen dari Kelantan. Jadi macam bertemu orang kampung la Abang ni. Berborak sakan la jawabnya


Tengok sape tu????? Menurut pakcik tu..monyet ni peliharaan orang tapi tak tau statusnya macam mana. Terlepas ke atau sengaja dilepaskan. Apa yang pasti ianya seekor monyet yang jinak. Eh, Abang cakap ini bukan MONYET tapi KERA. Errrr..tak tau la No hehe. Yang No tau ianya BETINA..


Kera ni memang jinak dengan No. No suh duduk tepi No dia datang seblah. Time No makan mula2 datang dekat. No bagi kopok keping dia cium2 kemudian buang. Last2 No bagi yang macam atas tu dia amik dan......


Eh, Kera tu makan la hehehe....2keping No bagi kat kera tu..abis 2keping tu terus kera tu turun ke bawah cari air. Terus diteguknya hehehe....Nak tau pebende No bagi??


Ni haaa...jeruk pala yang No beli dari luar..hahaha...biasa la regenye mahal sket...100gm RM2..time tu rasanya nak p beli kat P.Pinang je huhuhu....sabooooo

Ye la dah orang bagi kopok keping dia xmo..bagi pisang goreng pun buang..bagi kacang pun dia baling balik. Aish...kera ni memang memilih la.

Oh ya..sebut pasal memilih sekiranya anda membawa anak2 LELAKI seharusnya berwaspada ya. dan JANGAN MEMAKAI BAJU WARNA MERAH..dia akan kejar..kera ni akan terkam sambil menunjukkan giginya yang tak berapa nak ada tu haha..tapi klo kanak2 pompuan takpe la. No beranggapan mungkin kanak2 lelaki suka mengusiknya atau menyakitinya.

Yang No paling suka pabila disuruh duduk sebelah No dia akan datang..kemudian No tepuk peha No..tup tup dia datang bertenggek. Cuma sayang time ni camera No dh simpan dalam kereta sebab No nak mandi juga..


Gerai dan kedai makanan turut disediakan disini. Jarak antara rumah No  ke sini lebih kurang 10-15minit sahaja.

Ahadnya pula kami pergi main air tempat lain pula hehehe......lagiii syooooook..

9 ulasan:

~izan~ berkata...

tajuk n3 akak ala2 misteri nusantara dah hehe..ingat apa la td.

tetamu tu mujur jugak la friendly kan hehe tp demand huhu

Norhafiza berkata...

izan = hahaha...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

No...syoknya mandi-manda kat situ..terasa sejukk lak kita yg baca nih (tgh ujan pon mmg hahaha)..


No beraninya dgn kera tu..kalau rina misti jauh-jauh jer..geli lagipon..hihik..


memilih betul kera tu ya..nk makan jeruk pala..tak sedap ah jeruk tu..kt rumah rina bnyk sbb aritu suami pegi penang beli..takda sapa suka makan..

Mama Zara berkata...

yuhuuu kak No!

lama dh tak g manda2..planning nk ke tambun pon terpaksa cancel dah...huhuu

ada je aktiviti tiap hujung minggu..skang plak ada projek baekkk punya, so kena la 'kerja keras' tiap2 hujung minggu :(

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

seronoknya no, rumah dekat ngan sungai, kalau akak cam tu setiap hujung minggu gi mandi.

kalau pegang beg atau purse kena gak berhati-hati, takut dilarikan kera tu.

So Shy Lady berkata...

amboi no, syoknya mandi mnda ;D
akak klau ada kera sbelah huhuhu hilang mood.... takut weh

kayrul-shah berkata...

tajuk entry dah kasi orang seram sejuk je akak nie..rupanya nak citer pasal kera..hehehehe

sal berkata...

eh..besnya dpt mandi sejuk2 di situ...anak2lah yang paling seronok,kan...

mzhany berkata...

no kalu jenis dtg dekat tak usik dok ape, ni gok takot ye mari terekam teruh...hok tu yg takot tu...