Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 1 November 2011

Acu Parang Di Leher

Ini kisah benar berlaku kepada jiran No. Tapi dia tinggal di blok lain, Teres 1tingkat, No tinggal Teres 2tingkat.

Malam ahad lepas No p ziarah jiran No ni. Kami panggil dia Abang Syed. Abang Syed ni India Muslim bersama isterinya juga bangsa yang sama. Cuma apa yang No rasa hormat ialah didikan yang beliau asuh pada anak2nya cukup membuatkan kita yang sememangnya lahir sebagai ISLAM menutup muka MALU. Aurat mereka dijaga sempurna, bertudung melepasi dada dan sentiasa menjaga tutur kata. Sedangkan kita tidak malu hanya keluar bert-shirt lengan pendek, bertudung senteng di dada >>huhu No pun pernah buat ni<<

Ok, berbalik ceritanya..malam Deepavali kira2 jam 10mlm..mereka baru pulang dari berniaga di pasar malam. Si Ibu sedang solat dalam bilik, Si Ayah dalam bilik air mengambil wudu' dan Si Bongsu membasuh pinggan di anjung kereta.

Tiba2 datang 2orang lelaki India berpakaian serba hitam, berjaket kulit dan berhelmet penuh. Sorang masuk ke dalam rumah terus menuju ke dapur dan terserempak dengan Si Ayah, terus di hunusnya pedang ke leher. Si Bongsu pula dalam keadaan yang sama di luar sana bersama seorang lagi lelaki India.

KO DIAM..kata lelaki India tadi.

-Dalam rumah-
Lelaki India : Mana Mohan?? Sambil parang masih di leher Si Ayah
Si Ayah : Tak tau..ini rumah Islam..saya Islam..Saya tak kenal sapa Mohan..

Tiba2 keluar Si Ibu dengan berpakaian lengkap berbaju sembahyang..sambil memohon minta dilepaskan bila tengok keadaan suaminya sedemikian..

Si Ibu : Tolong la incek..kami Islam..tengok di dinding penuh dengan ayat2 Suci Al-Quran..sambil berkali2 menyebut nama YA ALLAH YA ALLAH TOLONGLAH KAMI..

Lelaki India tadi melihat seluruh rumah dan terus beredar maju setapak demi setapak. Namun sempat meragut rantai Si Bongsu. Telefon dan laptop atas meja kopi langsung tidak diusiknya..

Syukur Alhamdulillah kerana anak lelaki mereka baru keluar bersama kakak sorang lagi. Sekiranya ada bersama sudah tentu akan jadi mangsa akibat TERSILAP ORANG. Ini la yang dinamakan KUASA ALLAH SWT..hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI..

Masa ni baru la Abang Syed tu kenal siapa jiran2 terdekat. Masing keluar tengok keadaan tapi masuk balik dan terus menutup pintu rumah masing2.

**Sebenarnya dorang silap masuk rumah..rumah yang sebenarnya hanya berselang blok saje huhu..

Sekiranya ianya berlaku kepada jiran anda..LAKUKANLAH YANG TERBAIK YA..jangan pentingkan diri sendiri kerana kita tak tahu bila masa kita akan tiba.

Pernah tak anda dengar cara yang terbaik untuk mengelak PUKAU/SANTAU adalah sentiasa berwudu'?? Naah, lakukannya sekarang walopun ada diantara kita tak dapat lakukan sepenuhnya..

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Syukur alhamdulillah dia selamat No. Kalau org jahat ni entah apa-apalah janji dapat dia kaut je. Dah salah org tetap nak buat juga rumah org tak bersalah...

mzhany berkata...

uishhh takotnye. ni lah yg hany pernah buat entri, org yg salah jadi mangsa keadaan. yer lah kan benda ni semua ALLAH yg tentukan perjalanannya...tapi nak buat camne, berada ditempat salah, pada masa yg salah...

betol, sebagai jiran memang lah, kot ye pun tak berani nk pergi selamatkan, at least call la polis bagi kan. even mangsa tu bukan ISLAM at least kita tolong apa yg termampu kan...

MaMa NuRuL berkata...

seriau kan k.no?biasa dgr/tgk dalam tv je..skrg berlaku kat jiran sendiri..take care k.no!

munna berkata...

takut juga kak no ye...gara2 salah rumah ada jiwa yg melayang...tak pasal2 je...

Ann Huda (Ate) berkata...

Allah Maha Pemelihara. Tapi...takutnya. Sungguh. Minta dijauhkan perkara macam tu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

isk india ni main parang jer..ngerinya..

halila Ibrahim berkata...

takut la..

sal berkata...

kesian..
mudah2an jauhkanlah daripada perkara2 spt itu..