Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 15 November 2011

Bleeding...

Dah jam 7.30mlm kelibat Abang tak kelihatan lagi. Hujan yang tadi rintik2 mula lebat. Tengahari tadi Abang bagitau dorang p inspection kat Setiawan, Perak..dan kebiasaannya memang balik lambat sket.. Risau kot2 taya boco ke apa ke..No tepon 2-3x tak berjawab pulak. Nak naik solat kang Abang balik tak sedo pula.

No keluar rumah kejap untuk alihkan ampaian takut tempias hujan dan tetiba nampak cahaya slow2 sampai ke rumah..ALHAMDULILLAH, Abang sampai dengan keadaan basah kuyup kira2 jam 7.40mlm..biasa la merempit kan huhu..

Abang masuk bersihkan badan dan solat. No pula amik giliran dan tetiba No nampak tompokan coklat kat sua..ala macam kita lap aiskrim coklat kat mulut anak kite tu..berderau darah No. TAKDE PULAK RASA SAKIT..Cepat2 No bagitau yang No nak p klinik dan tunjukkan pada Abang..Abang nampak risau. Tanpa makan malam yang sepatutnya Abang bawa No ke klinik. Kesian Abang, dah la letih2 baru balik..suruh makan dlu xmau pula..

Sampai klinik doc scan. Agak lama juga la doc nak cari janin tapi tak jumpa. No mula risau..BETUL KE AKU NI MENGANDUNG???

No : ada bb ke doc?
Doc : sekejap ye, tak jumpa lagi ni...

No dah cuak..sebab selama No mengandung ni memang xda rasa apa2 pun..mual, morning sickness ke cuma selera makan mak oooiiii...sabo je la...dah bambam nih huhu

Sekali doc jumpa..LEGA No dibuatnya. No nampak 2x doc amik keputusan tu. Dan hasilnya...

saiz bb : 17mm
usia bb : 5m 1h
duedate : 15/07/12
No tengok Abang..Abang tengok No..Tak sepatah pun keluar dari mulut Abang. No pula macam2 tanya tanda tak puas hati. Tapi, apa yang boleh No katakan bahawa No tak puas hati dengan jawapan yang diberikan. No dibekalkan dengan ubat kuatkan rahim sebab katanya mungkin sebab rahim No tak kuat.

Klo diikutkan tarikh LMP No ialah 6 September 11 dan EDD jatuh pada 13 Jun 12 mengikut kiraan dalam buku pink ni. Dan usia janin No sepatutnya dan 10minggu. Saiznya pula anggaran 3cm atau 1 1/2inc. Ni maknanya keputusan scan ni selisih sebulan.

Abang : Abang tengok doc tu macam letih je. Nak tanya soklan pun tak sampai hati. Suara pun slow je sampaikan Abang dengar tak dengar. Agaknya doc tu silap kot masa nak tick tadi. Sabar ye.

No tabahkan hati..23 Oktober ni turn No buat scan kat klinik kesihatan pula. Nanti No nak compare hasil scan tu.

Terima kasih Abang sebab tak jemu2 memberi dorongan dan semangat pada No. No dah baca kenapa No bleeding dalam artikel ni dan No xmo pk yang bukan2. Lagipun hari ni dah xde darah dah..Alhamdulillah. Apa yang No fokus adalah saiz bb pulak.


PUNCA TAPAI KE?? TAPI DAH LAMA TAK MAKAN....

***Lepas scan balik umah baru No rasa tak selesa kat perut..saboo sabooo..pg ni ada rasa macam ngilu2 sket..kadang2 je..Doakan semoga janin No terus sihat seiring dengan kesihatan No...***

16 ulasan:

So Shy Lady berkata...

salam no,

akk suggest better g spital lain plak coz kdg2 pndpt dr blainan

jgn bgrak byk sgt ye, amalkn mkn kurma 7 bj s hari dgn sgelas air kosong yg dh dbaca slawat nabi

~aSFaLiZa~ berkata...

saya dl kena mcm akak jugak. kena tahan wad 3 hari. siap kena scan jolok kat bawah ni sbb tak jumpa jantung baby kalau scan biasa kat perut.

Halim RSaga berkata...

ermm ... kak no pergi la klinik lain .. risau la jugak ..

jaga kesihatan yea...

No Lan berkata...

=>soShyLady : salam kak..tengkiu, tu la dah cari kurma kat sini tp xde stok pula..menyesal tak beli byk2 time balik klate hr tu..

=>Asfaliza : aish, nape la kakNo tak tertanya kat doc tu pasal denyutan jantung..sbb lama sangat duk golek2 kat perut tu yg terlupa huhuhu..terima kasih

=>halinRsaga : insyALLAH, nnt kakNo bincang nge abangLan nk p klinik lain ke tak..nak tunggu rabu depan macam lambat lagi kan..terima kasih..

cikguden berkata...

minta2 sihat2 semuanya

maya amir berkata...

1st time here...salam perkenalan:)

jgn byk bergerak& aktif sgt ye..sbb awal lg..jaga makan jugak...insya Allah ething will be fine..take good care!:)

Ila berkata...

sabar yer kak no..doakan yg baik2 jer

munna berkata...

takut juga ye kak no.... harap2 semuanya selamat ye

MrS. F!zA berkata...

wah tahniah..sedar tk sedar mmg dah ada baby dlm perut..jga diri dan baby tu bebaik..anugerah terindah..

sal berkata...

no..
akak suka tulisan yg digunakkan dlm entry..senang nak baca..

harap2 ok je..take care..

budak penjara berkata...

hehe..x tau lak sal2 sakit pompuan ni.pe2 pon..harap2 akk selamat semuanya

Kakzakie berkata...

No jangan banyak berjalan dan elakkan angkat berat. Kalau boleh banyakkan baring pun tak apa. Gemuk tolak tepi dulu.... Elak turun-naik tangga juga.

Kakak doakan moga segalanya berjalan dengan baik buat No, janin dan semuanyalah...

ainnoraini berkata...

Baik No gi hospital periksa dgn pakar plk...
Byk2 berehat tau..

YATZAKIE berkata...

i'Allah kak..semoga semuanya selamat ye...amin

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

no , masa baru-batu ni janganlah makan benda -benda yg boleh panaskan badan.semoga Allah SWT lindungi no ngan baby dalam tu ye. jaga makan ye, jangan makan sebarangan.banyakkan makan sayur ngan ikan. cam doktor plak akak ni.kui kui kui

Azie berkata...

z dh 4x gugur. slh satu sbbnya janin x mbesar. dh 10 mggu tp saiz besar ibu jari tgn je. tp yg z ingat z minum coke n aiskrim kt a&w x silap. anak ptama x tau mende ms 2