Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 25 November 2011

Edisi Luah Perasaan : Doktor Bekeng

Bekeng aka Garang


Sebelum ni No dah bagitau kan kenapa No beria-ia sangat xmo buat D&C kat Ipoh dan rela lari balik ke Kelantan. Anda nak tau?...


Bermula dengan No bleeding dan ke KK Tg Rambutan, jadi KKTR refer ke HRPB Ipoh. Doktor di KKTR berpewatakan wanita muslimah dan sangat lemah lembut tutur katanya tapi berbeza sekali di HRPB..agak kasar dan seolah2 No ni membawa masalah padanya.


Sampai di HRPB, No di interview oleh sorang doc cayanunalif lelaki (DL) dalam sebuah bilik. Sebelum No masuk Abang meminta kebenaran untuk masuk sekali dan diizinkan. Dalam bilik tu terdapat sorang lagi pesakit pompuan. Masa doc laki tu duk isi borang maklumat No, tetiba masuk la sorang doc pompuan (DP) yang berpakaian ala2 bedah gitu dan No sempat jeling TAG namanya.


DP : Why so many people here?
DL : ~~~diam je tak menjawab sambil memandang DP~~~
DP : Sape pesakit disini angkat tangan..
No dan sorang lagi pompuan tu angkat le tangan...
Doc P : Bukan pesakit sila tunggu diluar ye...


Waaaaah, cara cakap tu MENYINDIR bukan main..Abang hanya tersenyum tengok gelagat DP tu sambil berlalu keluar. DP tu meneruskan kerjanya-scan pompuan tu-kemudian baru scan No. 


(DP =sila baca dengan kata tegas, tiada senyuman, klo adapun No rasa senyuman tak ikhlas dan terpaksa atau menyindir..mungkin keletihan akibat tekanan kerja)


DP : Sebelum ni ada guna perancang?
No : Ada..
DP : Guna apa? Brapa lama?
No : Injek..dalam 4thn jugak la..
DP : Kenapa benti?
No : Dia yang suh benti..
DP : Dia tu sapa?
No : Misi kat klinik desa Labuan tu la..
DP : Kenapa dia suh benti?
No : Dia kata tak bagus injek lama2..
DP : Bis tu, dia tak suh guna kondom ke, makan pil ke?.. -aik macam tak bagi mengandung je-
No : Tak.. 
DP : Kenapa, merancang nak mengandung ke?
No : Tak juga sebab sebelum saya nak mengandung biasanya saya p urut perut saya dlu..maksud No betulkan peranakan No macam No buat sebelum ni..


Tapi belum sempat No jelaskan, tetiba DP yang tengah scan perut No menenyeh (menekan) dengan kuat alat scan ke perut No sambil marah dengan kuat..misi dan DL tu dengar la apa yang DP ni bebel..


DP : Ada lagi rupanya yang PERCAYA kepercayaan KUNO macam tu..bla bla KUNO bla bla bla..


Tetiba No tercengang..tak kata apa2..jantung berdegup kencang bercampo baur..


DP : Angkat kaki 


Katanya dengan tegas sambil mengambil sejenis alat panjang (camera) dan terus jolok ke TUUUUUUT No tanpa minta izin pun.


DP : Sah..memang kena D&C..janin tak jadi..
No : Sebab apa janin tak jadi? Adakah sebab amal perancang atau faktor umo?
DP : Janin cacat..bukang sebab tu..(jawabnya ringkas)..jadi awak ada 2pilihan..nak tunggu gugur sendiri atau buat D&C?..
No : Klo gugur sendiri berapa lama?
DP : Tak pasti, awak nak tunggu brp lama? Klo dia tak gugur jugak macam mana?
No : Klo D&C bila?
DP : Pagi esok, awak boleh balik dan datang jam 10pg.
No : Boleh..boleh (tanpa berpk panjang No jawab)..
DP : Bagus..jadi baca dulu risiko yang ada dalam ni dan sign kat bawah tu (sambil hulur sekeping kertas)


No baca dan...
No : takut pulak saya bila baca RISIKO ni..
DP : Tu la..RISIKO tu pesakit akan tanggung. Kita tak boleh nak elak klo berlaku.
No : Boleh bincang dengan suami tak..
DP : Boleh, nanti masuk balik..


Setelah berbincang dengan Abang dan amik risiko tunggu turun sendiri. DP bagi No masa 1minggu iaitu pada tarikh 22/11. Sekiranya No xmo buat lagi pada 22/11, No boleh bagitau nak tunggu lagi 1minggu. Sekiranya dalam masa 2minggu tu tak gugur juga maka No kena buat D&C juga.


Malam tu, No cerita pada Abang..DP tu kasar orangnya. Abang pun perasan katanya. Dan part KUNO tu buat Abang agak marah..


Abang : KUNO?..aik, kita bukannye p jumpa bomoh jampi ke, mantera ke amal mende syirik ke..kita cuma jumpa bidan kampung. Lagipun bidan tu dari misi kerajaan juga dlu..dah pencen jadi bidan kampung la plak..bla bla bla Abang bebel....
No : Tu la..yang mama takut sekiranya DP tu yang buat D&C kat mama, dia main rodok je sebab kita dah sign. Lagipun mama tak selesa sebab situ ramai doc cayanunalif dan kaplamnga..Mama nak balik buat kat kampung la..
Abang : Elok juga tu..


Bukan minta untuk dilayan sebagai PUTERI tapi cukup la sekadar SENYUMAN yang membuatkan pesakit rasa selesa dan tenteram. Bukan makin terbeban dengan beban yang ditanggung..


>>>agaknya ada masalah peribadi kot<<< (masih bersangka baik huhu)


****bersambung****

11 ulasan:

cikguden berkata...

bekeng ngat. macam tentera

HappyIrfa berkata...

mengucap saya baca.
doktor ke along tu?aduh.kalau tak yakin baik awak cari org yg menyakinkan.ini bukan perkara main2 No.saya yg baba pun naik bulu roma

halila Ibrahim berkata...

Tekanan kerja kot doc tu ... ye lah hospital ipoh ramai pesakit .. apa2 kes teruk dr taiping ke sri manjung ke semua rujuk ipoh ...*** bersangka baik jugak ** hehe

qemaishak berkata...

Sian kakno, kalau qema pun tensen gak kena camtu, dr patut meringankan beban pesait bukannya tambahkan beban perasaan pesakit..elok la tu kak, buat kat tempat yang akak selesa.

~izan~ berkata...

dtg bulan gamaknya DP tu.ishh izan yg baca pun rasa tensi..akak yg menghadapnya lg la kan..tp akak ni jenis sbr jgk ni,kalau izan,mau bergaduh dah agaknya hehe..

apa2 pun semoga semuanya berjalan lancar dgn izinNya..semoga akak kembali sihat...

munna berkata...

mmg tak suka klu dpt doc yg garang2 mcm tu... mcmlah kita ni pesakit tak bayar perkhidmatan diaorg...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rina cukup menyampah kalau dr bekeng mcm ni..x kiralah dia bnyk keje ke apa..sbg doktor tugas dia bkn setakat rawat fizikal pesakit je tp mental juga..

MaMa NuRuL berkata...

nyampahhh nya kat DP tu..

sal berkata...

Assalamualaikum no..

semasa akak baca crita no pun, dah dpt bayangkan,betapa tak berapa lembut dan tak berapa prihatinnya DP kpd pesakit..

take care yee..moga no dpt rawatan yg sewajarnya drp pust rawatan nanti..serta dipermudahkan urusan jua hendaknya..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

kalau cik ina kat tempat no ,doktor tu dah kena sound.mana boleh dia cakap sesuka hati kat pesakit. dia petut cakap, lepas seminggu kena datang balik kalau no tak gugur sendiri. serius benci ngan org bekeng tak bertempat.cian no:(

mzhany berkata...

hishhh takmoo komen pjg sbb emo bila baca entri no nih...gerammm lak...hamboiiii laju mulut dia.