Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 24 November 2011

Kenapa PENGUGURAN HARAM Tetap Berlaku?

Salam sayang dari No untuk anda semua. Terima kasih kepada semua yang tetap memberikan sokongan dan semangat untuk No..ALHAMDULILLAH, No sihat dan masih berpantang.

Bagi rakan2 No anda semua sudah maklum pasal No dalam entri sebelum ni kan. Jadi sepanjang situasi tu, No dan Abang sentiasa berusaha untuk mengelak dari melakukan D&C -sila rujuk entri Sah : Keguguran (Missed Abortion). Rakan2 No juga tidak lekang memberikan petua itu dan ini. Tapi memandangkan masa No dah tak banyak sebab klo apa2 berlaku No nak buat di Kota Bharu dan bukan di Ipoh (ada sebabnya, nanti No cerita).

Seorang rakan baik No telah mendapat maklumat dari misi gomen mengenai sejenis pil yang boleh menggugurkan kandungan tapi hanya terdapat di klinik swasta sahaja. Kemudian kami berusaha menjejaki setiap klinik dan tanpa segan silu bertanyakan berkenaan pil tersebut. JAWAPAN memang mengejutkan kami...MEMANG ADA..bahkan sekiranya kami tidak mahu kandungan tersebut pun ada klinik swasta yang melakukan D&C secara HARAM. Mudah saja, anda perlu membayar KOS UBATAN yang SANGAT MURAH dan buuuuuuus..janin anda akan keluar. TAPI sekiranya sebarang RISIKO berlaku, anda akan tanggung SENDIRI. 

Dan apa yang PALING MENGEJUTKAN terdapat satu klinik yang di usahakan oleh graduan daripada universiti terkemuka MELAYU ISLAM pulak tuh telah menjalankan kegiatan tidak BERMORAL dan amat POPULAR dikalangan minah2 supermaket atau minah2 rempit. Hanya telan PIL dan SELAMAT.. Meremang bulu roma No huhu,..PATUT LAH MEREKA LANGSUNG TAK INSAF..ADA TEMPAT BERLINDUNG RUPANYA...

Tanpa membuang masa..20hb No telah ke klinik pakar sakit puan dokto cayanunalif dan diberikan beberapa biji pil. Dalam masa 5jam janin telah keluar. Pagi esoknya 21hb, No dinasihatkan untuk ke hospital (masa ni pandai pulak cari hospital haha) untuk mengesahkan rahim dah kosong. Alhamdulillah hasil pemeriksaan doktor semuanya telah keluar cuma No kena tahan dlu memandangkan No bleeding sejak 15hb lagi..takut juga klo2 ada jangkitan. Demam, muntah, pening, tumpah darah No tak ada esoknya 22hb No dah keluar wad. ALHAMDULILLAH semuanya SELAMAT..

23hb..kami pulang ke Ipoh. Nasib baik tiada jalan yang terputus dek keadaan sekarang.

****lepas ni kena sambung injek la, takut perkara sama berulang lagi****

11 ulasan:

~aSFaLiZa~ berkata...

org yg buat salah mmg tak takut benda haram ni kak. kita yg nak ni, susah pulak nak lekat.

btw, semoga akak cepat sembuh ye

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

dulu sy penah tgk drama seorg doktor melayu islam graduan universiti (sebiji mcm cerita No ni) buat pengguguran haram..


alhamdullah semua dh selamat..tabah ya No..

ariana berkata...

Alhamdulillah, No dah makin pulih. Jaga diri ye..

Zaman ni No..sebut je semua ada..samada yg baik maupun yg buruk..org kata tepuk dada tanya iman..Doakan lah utk jenerasi kita akn dtg..mintak jauh yg x baik tu ye..

Kakzakie berkata...

Alhamdulillah No... tapi masih kena jaga kesihatan, tak boleh renyah No. Makan pun kena berpantang tau... Nasiblah anak-anak No dah besar boleh bantulah juga kan. Kakak doakan No cepat sembuh.

Org buat jahat tu pasti ada pembalasan No. Mesti diburu rasa berdosa

Daddy Ziyyad berkata...

nak buat abortion, mmg mudah di klinik cina & india...

Ardini Humaira berkata...

semoga yang nak buat n dah buat ni sedar dan dapat hidayah, amin

halila Ibrahim berkata...

Takut lah .. kalau yg memandai2 telan pil ni .. tp tu lah .. patutlah org sekarang berani kemain ...

harap2 kak no jaga makan n pantang la sikit2...:)

So Shy Lady berkata...

salam no,

baru tau k adaan no. dah tak de rzeki. take care ye! buat ms skrg ni kna bpntang jugalah n t.leh wat kj brat2 ok

~izan~ berkata...

semoga akak cepat sembuh...

meremang kan dgr mereka dgn selamba aje buang2 baby dlm perot,mungkin kesan utk short term ni takde,tp long term,kita tak tahu...

lizz berkata...

klinik2 swasta selalu wat kejer haram cam ni bersepah...teruk betull...moga no cepat sembuh...

cikguden berkata...

keuntungan diutamakan biar pun moral punah. adusss