Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 10 November 2011

Rojak Kateh


Salam semua..huh, seminggu No menyepi kan..biasalah kan, musim2 raya ni tak sempat nak berblog pun. Fb je yang lajuuuu hihi..

Kali ni No nak kongsi resepi Rojak Kateh atau di Terengganu kami sebut ROJOK KATEH. Makanan ni juga biasanya hanya terdapat di Terengganu sahaja kerana ianya makanan tradisi rakyat Terengganu. Lain la klo rakyat Terengganu ada menjualnya ditempat anda kan. KATEH adalah isi yang terdapat ditulang rawan. Ini bermakna sesiapa yang ada penyakit gaut adalah dilarang sama sekali merasanya hehe..


BAHAN
Kaki lembu/kambing/kerbau

CARANYA
~Kaki tersebut hendaknya dibakar kira2 10-15minit supaya kuku dan kulitnya mudah ditanggalkan. Cara menanggalkan dengan menggunakan sebilah pisah, di kupas macam kita mengupas kulit mangga bahagian kulit bulu tersebut.
~Bahagian kuku hanya buangkan tapak kukunya dan tinggalkan isi/tulang kuku tersebut. Kemudian basuh bersih2 dan rebus sehingga empuk.
~No guna periuk tekanan yang hanya mengambil masa 30minit.
~Dah empuk No hiris dan kikis semua isi. Ketepikan.

KUAH
~10 tangkai cili kering di kisar halus atau 1/2 senduk cili boh.
~ segenggam asam jawa di jadikan semangkuk air.
~1keping (kecik) manisan atau gula melaka
~gula, garam dan cuka secukup rasa.

CARANYA
~Masakkan semua bahan tersebut hingga mendidih dan masukkan isi tadi. Masaklah sehingga mendidih sekali lagi. Lagi sedap sekiranya dibiarkan semalaman (atau dah sejukkan masukkan kedalam peti ais) dan esoknya dididihkan sekali lagi.
~Enak dimakan sejuk2 selepas dikeluarkan dari peti ais. Tapi No tak buh dalam peti ais pun, nak makan, tiap kali No panaskan hehe..

Guna ni..sekejaaaaap je masak.. 
Abis No kikis..liciiiiiiiin

Ini lah hasilnya..banyak juga yang dapat...

Alhamdulillah, percubaan pertama No dapat pujian dari Abang. Dan No terkejut Abang pula yang lebih2 makan rojak kateh ni..sekali makan 3mangkuk huhuhuhu...

14 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

Alamak No! Rina dahlah mmg suka tulang rawan nih..teringin nk rs rojak kateh ni..pes time dengor..kalau Rina mai tmpt No buatkan buleh hehe

Aku Ibu Muda berkata...

nmpk mcm sedap...hehe

Ardini Humaira berkata...

first time dni dengar tentang ni.. nanti boleh cuba jugalah :D

ainnoraini berkata...

tak pernah cube lagi..

mesti sedapkann...

~aSFaLiZa~ berkata...

wah nampak sedap la kak. tak pernah dgr n tak pernah try.

Kakzakie berkata...

Kakak tak pernah tahu pun resepi ini No. Kalau kakak kaki biasanya rebus buat sup adalah.

Kalau masak yg leceh2 nie No biasanya memang sedap...

munna berkata...

munna pun first time tgk rojak kateh ni

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

no first time akak dengar rojak ni.tulang rawan memang peberet akak, sedapnya no, kalau dekat akak mintak skit.kui kui kui

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

saya first time tengok resepi nie.. so next time boleh try.. saya copy resepi ini ekkk..tq

Daddy Ziyyad berkata...

1st time saya dengar makanan ni...boleh try tanya kalau saya gi Tgnu ni...hehehe

amacam, mesti meriah kan raya haji kat kampung...

mzhany berkata...

hihihi, mmg glemer nih...tp tu lah hany kureng sikit mkn rojak kateh ni maybe sebab lendir2 tu kot

ariana berkata...

Akak mmg suka sgt ni,cuma kadang terbeli yg sos atau kuah dia tu termasam sgt..bila tgk No buat, nampak x lah payah sgt pun rupanya.. Selalu kalau Pak mertua balik tghanu, mesti kirim beli rojak kateh ni..

budak penjara berkata...

selalunya makan rojak biasa je..rojak kateh x penah jmpe lgi..hehe

sal berkata...

akak pun tak pernah rasa..
camnelah rasanya yee..tentu sedap ye