Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 16 November 2011

SAH : KEGUGURAN-(Missed Abortion)

Jutaan terima kasih atas semua rakan2 maya No yang telah memberikan kata2 semangat untuk No dalam entri semalam. Tapi Kuasa ALLAH SWT kita tidak mampu melawan.


Semalam lepas No taip entri Bleeding kira2 jam 11.35pg sekali lagi terdapat sedikit lelehan darah. Terus call Abang dan atas nasihat klinik yang No rawat malam semalam supaya terus ke Klinik Kesihatan tempat No buat buku pink tu. Dan doc telah mengeSAHkan janin telah 'mati' setelah scan dibuat. Tiada degupan jantung. Terus surat dikeluarkan untuk ke Hospital Raja Perempuan Ipoh, Perak.


Di sana sekali lagi No discan diperut juga dimasukkan camera ke dalam TUUUUUT untuk lebih terperinci. SAH. Setelah membaca RISIKO yang No akan tanggung semasa atau selepas proses D&C, Doc memberi 2pilihan samada nak buat cuci rahim (D&C) atau biarkan 'janin' tanggal sendiri memandangkan keadaan janin yang hampir tertanggal. Doc bagi masa No seminggu sekiranya janin masih disitu maka No akan menjalani proses D&C pada 22/11 jam 10.30 pagi.


No pasrah kerana itulah ketentuan ILLAHI kerana DIA MAHA MENGETAHUI. Syukur ALHAMDULILLAH keatas nikmat ALLAH SWT yang dipinjamkan selama 10minggu ni. InsyALLAH, dengan kuasaMu akan beroleh rezeki dilain masa.




>>petikan kata Dr Zubaidi<<

Disini No lampirkan sumber rujukan untuk makluman anda.

Kebetulan Abang kene outstation semalaman di Grik, Perak. Abang terus bawa No ikut sekali dan No amik keputusan untuk terus balik kampung. No bercadang nak terus ke USM, Kelantan atas sebab2 yang No akan jelaskan kemudian. Apa yang dapat No katakan keadaan di HRPB, Ipoh amat No tidak selesa sama sekali. InsyALLAH ada masa No akan buat satu entri.

*****Keadaan No sekarang sihat tanpa rasa sebarang kesakitan..sekadar rasa tidak selesa dibahagian perut yang hanya sesekali datang dan tidak menganggu tugas harian. Doakan supaya janin No akan gugur dengan SENDIRINYA dan SEPENUHNYA tanpa sempat melakukan D&C.*****

21 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

Rina semalam smpt baca jer entri No tp x smpt komen sbb buru-buru nk ke hospital..


No, tabah ya. Itu jer rina mampu ucapkan..

halila Ibrahim berkata...

terkedu saya .. sabar ye kak No ... pasti akan ada rezeki lain ... kuasa Allah tiada tandingan ...

cikguden berkata...

sabar yer kakno. sudah ketentuan tuhan

misya berkata...

sabar yer

MaMa NuRuL berkata...

Sabar kno ye...semua yg berlaku ada hikmahnya insyaallah..kno take care ye.

Qhaifa Nur berkata...

salam singgah

moga ada rezeki lagi....

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Ila berkata...

sabar je kak no..takde rezeki tu

munna berkata...

sabar kak no ye....mungkin bukan rezeki kak no lagi....

ieda berkata...

akak doakan no tabah ya .. ada hikmah disebalik semua ini .. dan kalau ada rezeki pasti x akan mengecewakan nor ..

dan nor kalau boleh makan lah maajun @ ubat2 kg .. itu lebih baik utk cuci darah tu .. insyaallah ..

HappyIrfa berkata...

dr blog cik ina..
semoga awak tabah..

hakak CNN berkata...

berat mater memandang berat lagi bahu yang memikul. terus tabah dengan Ujian dari Nya yer kak Nor.aperpon yang berlaku sudah tertulis hikmah disebaliknya...

rehat banyak-banyak yer kak..aperpon sy doakan yang terbaik untuk kakNor..jgn sedih-sedih sgt..boleh cuber lagik tuhh..:)

sal berkata...

takde rezki..
moga tabah ye ..
jgn bersedeeh..

YATZAKIE berkata...

salam..kak nor...lama kak nor xjengok blog yat kan....kak nor,sabar ye kak...i'Allah ade rezki untuk akak lg nanti...Dia akan tunggu akak kat sana...i'Allah..

Daddy Ziyyad berkata...

Bersabar lah. Dan betul, ada hikmahnya. Moga No tak perlu jalani D&C.

Rinna berkata...

Salam Nor.. Bertabah laa.. mungkin ada rezeki lain yang Allah akan beri dikemudian hari.. Insyallah..

rATu kEBaYA berkata...

semoga tabah ye kak no..

nana berkata...

saya dulu 3 kali alaminya. dan memang lebih suka natural kerana takut buat D&C. yang pertama dah besar jugak, mujur doktor pro natural. rasanya kalau hospital kerajaan dah terus suruh 'cuci'. DIA yang Memberi dan kesedihan akan berganti dengan kegembiraan bila kita terima ketentuanNYA.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

bertabah ye no. harap boleh jatuh sendirikan, tak yah nak buat D$C. lagi elok. No makan benda-benda yg panaskan badan. akak pun cam tu gak, boleh jatuh sendiri.

~izan~ berkata...

salam kak no,lama izan xdtg sini tup2 dtg baca n3 ni rasa sedih dan harap akak tabah dan kuar dgn dugaan ini...

semoga akak sihat dan harap semua berjalan dgn proses semulajadi.tak perlu d n c tu..tp apa2 pun kita harapkan yg terbaik..

bwk sbr byk2 yer kak...

Alin Marlini berkata...

sabarlah kak no..takder rezeki..ada hikmah yg membahagiakan satu hr nanti

ariana berkata...

Sabar banyak2 ye No..Semua ni dugaan..akak pun pernah keguguran sekali dan anak meninggal dalam perut pun pernah..Insyaallah No pun masih muda..ada rezeki lain tu..