Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Jumaat, 9 Disember 2011

Farouk Hussain- Terima Kasih Ya..

Siapa tak kenal ngan Farouk Hussain? ..Aaaa, x kenal? Aish, tak kan tak kenal kot..mai cheq nak habaq mai..ala, yang kurus2 tinggi2 tu..yang cumil2 tu hihi..yang kelako2 tuuuu...ala, PELAKON la...haaaa..dapat teka?..Ye la yang jadi pengacara dalam Warung Kita @Astro Prima dlu tuuuuu...


Ni No nak kongsi cerita sekitar tahun 1994. Masa ni No lepas SPM..saje gatai2 minta kerja dapat la kerja sementara kat Subang Airport. Time ni KLIA tak kenal laginye.


Satu hari tu No dah lambat p keje. Tunggu teksi pulak sekian hal kat bus-stand tu. Nak naik bas memang tak sempatnya sebab kena amik 2buah bas. Datang satu teksi tu No tahan..aish ada orang la pulak. Patut la tak benti. Tapi tetiba No tengok ada teksi berundur menghala arah No. No buat tak tau je la sebab kita tengok depan bukan belakang kan. Sampai betul2 dekat No berdiri tu...sekali dreba teksi tu tanya..


Dreba Teksi : Kerja kat Subang Airport ye?
No : Ya encik..
Dreba Teksi : Mari la naik, enFarouk tu suh amik cik..


Sekali No pandang belakang..waaaaaah, siap angkat tangan lagi Abang Farouk kita tu. Dengan seragam PRAMUGARA yang warna hijau lembut tu. Wah, berbunga2 la No meleret senyum..Ehem, anda jangan nak mengada pulak ye ingat No de pe2..Umah dia dekaaaaaat je ngan umah Abang No kat Kelana Jaya. Tapi skang No tak tahu samada Abang Farouk tu masih disitu atau dah pindah. Lagipun Abang No pun sekarang dah pindah ke Kelana Utama.


Anda sume tertanya2 kan macam mana Abang Farouk tu tau No kerja mana...hehehe..melalui seragam uniform No la hehehe...klo tak..dia tak kenal nye minah sepet hidung pesek pakai spek ni haaaaa..hahaha


Nampak kan, begitu baik nya hati Abang Farouk sampai kan sanggup balik jalan kaki ke rumahnya. Ye la, kita naik teksi mesti la nak suh hantar sampai kat gate rumah kita kan. Ni tak, sanggup Abang Farouk berjalan No rasa lebih 100meter gak kot dari bus-stand ke rumah Abang Farouk. Mesti berpeluh2 dengan kot hijau tu hehe...


Begitu la adat kan, buat PELAKON/SELEBRITI yang lain tu..bila dah terkenal..jaga la peminat anda sebaiknya ya. Kerana peminat anda naik dan kerana peminat juga anda hancur.


Buat Abang Farouk, sekiranya ada terbaca blog No ni..waaaaah, macam berangan MAT JENIN la plak..eh eh, mana tau kan kan kan...buatnye Abang Farouk search nama sendiri..maka terkeluarla tajuk entri dan blog No ni kan kanzzz hihi...>>mood perasan<<


No nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH, semoga jasa baik Abang Farouk akan dibalas sebaik2nya oleh ALLAH SWT..No doakan juga semoga Abang Farouk sekeluarga sentiasa hidup bahagia hingga akhir hayat..dan semoga berjaya dunia akhirat...amiiiiiin...


Comel kan anak Abang Farouk...
>>gambar dari sini<<

Mungkin Abang Farouk dah lupa peristiwa ni tapi No akan ingat sampai bila2...TERIMA KASIH sekali lagi..

Pernah tersempak dengan pelakon Abang Hilal Azman dalam bas SRIJAYA no33, antara tahun 92-95. Mulutnya sentiasa menguntum senyuman dan sentiasa membalas senyuman dari peminatnya walaupun masa tu Abang Hilal terpaksa berdiri.

>>gambar dari sini<<
Pssst...No salah sorang peminat Abang Farouk dan Abang Hilal ni tau...

4 ulasan:

ariana berkata...

Dah jarang nampak dia berlakon skrg ekk..ye lah dah terlalu ramai pelakon baru.

pena rozie berkata...

oo.. dah jarang die berlakon sekarang ni...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

eh farouk hussein tu pramugara ke dulu?

aish..mmglah peristiwa manis ni No..retisss tu muehheehehe


hilal azman tu dh x berlakon kan..

Irfa berkata...

org baik mesti akan dikenang org.
tak tahu lak farouk tu ex pramugara