Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Selasa, 13 Disember 2011

Ketiak Berbau?..Malunyeeee

Pernah tak anda masuk dalam lif..orangnya takda tapi ADE BAU laaaaaa...bau apa? Hapak hapak tapi intai intai tak nampak..bukan hapak tapi HANGIIIIIT huhu..


Ataupun, dalam lif tu ada beberapa orang dan bau tersebut tak tau dari TUAN yang mana satu. Tu ok lagi kan. TAPI, klo la TUAN EMPUNYA BADAN tu, muka cantik, bodi menggoda tapi lalu tepi kita...YA ALLLAH....nak termuntah la plak.. Eh, anda jangan kata takda orang macam tu ye. No dan Abang pernah terkena. Yang memalukan sekali Abang boleh siap bagi komen.."Harap muka je lawa" huhuhu...Anak dara pulak tuh..


Jadi bagi yang rasa bawah lengan dia tu macam ADE BAU, cuba la pakai deodorant. Beli la yang sesuai dengan badan anda. Sekarang ada macam2 kan dari yang jenis spray, stik dan roll-on. Bah kan yang jenis losyen pun ada. Sabun tawas pun ada ataupun serbuk tawas. Biasa di kedai India ada jual.


Sabun Tawas

Dlu No pernah guna ni..
-Serbuk Anti Keringat-


Ada juga sesetengah orang dia memang tak suka pakai deodoran tapi buat cara tradisional. Jadi No kongsi la petua2 yang boleh anda amalkan ya..


1) Amalkan menyapu limau nipis di bawah lengan anda setiap kali lepas mandi. Limau tu potong dua la ye. Jangan pula p sental sebiji2 tu hehe..
2) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih, rendamkan dengan air panas dalam 1cawan dan minum airnya. Amal la selalu.
3) Semasa mandi amalkan menyapu campuran kapur (secubit je) bersama perahan limau nipis. Gosok dengan kepala lutut. Kemudian mandi dan bilas seperti biasa. Amalkan 2x seminggu. 
4) Semasa mandi juga amalkan menggosok ketiak anda dengan belakang tapak tangan anda atau kepala lutut anda.
5) Sapukan ubat gigi dan biarkan seketika. Bilas dan mandi seperti biasa.
6) Amik beberapa helai pucuk jambu batu. Ramas dan lumur di ketiak. Bilas dan mandi macam biasa. Boleh hilang daki dibadan juga.


Atau anda ada petua yang lain yang boleh kita kongsi bersama?

13 ulasan:

~izan~ berkata...

info menarik ni kak.mmg betul tu,kalau muka je lawa tp tang itu tak jaga hehe..

kalau dlm lif lg haru huhu.

Kakzakie berkata...

Kakak sukalah petua yg No bagi ini. Banyak yg kakak tak tahu. Cuma nak dapatkan benda tu agak susahlah sikit. Tapi kalau setakat limau dan cengkih senang tu kan...

Terima kasih No..

sal berkata...

terimakasih berkongsi info..
elok kita turunkan petua2 begini pd anak2 kita..
selain drp pewangi didapati di kedai, secara tradisional pun elok dipelajari..

sal berkata...

terimakasih berkongsi info..
elok kita turunkan petua2 begini pd anak2 kita..
selain drp pewangi didapati di kedai, secara tradisional pun elok dipelajari..

Irfa berkata...

kdg2 org terdekat ngan kita malu nak tegur..takut kecik ati

Pamie berkata...

erk,ketiak berbau..tips lagi satu,jangan simpan bulu ketiak lebat2..peluh kering tinggal kat ctu..hehe

kak no,pakai la Cbox..sayang buang terus shoutbox tu..

kakcik berkata...

Terima kasih No.

Ada juga orang yang tak sedar badan/mulut mereka berbau kalau tiada yang sudi memberitahu. Tapi, bukan senang nak beritahu, kan? :)

Daddy Ziyyad berkata...

hahahaha..memang betul, kebanyakkan yg ada problem ketiak berbau ni ialah awek awek!

Kella berkata...

wah.. info yang amat berguna.. =)

terima kasih atas perkongsian ini...

So Shy Lady berkata...

akk slalu amalkn yg no 4 tu... mmnglah t.molek klau bhgian tu bbau tmbah2 prmpuan so usahalah atasinya

qemaishak berkata...

qema amalkan petua yang akak bagi no.4 tu tapi guna belakang tangan sejak dulu lagi..mujarab kot hehe

konde berkata...

bau alami tuh ahahah

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Pia berkata...

"guna blkg tapak tgn dn lutut semasa mandi tu mmg akak penah dgr sejak dr skolah dulu lgi...limau nipis dgn kapur tu pun mujarab..."